Bermain puzzle merupakan antara permainan klasik kanak-kanak sejak dahulu lagi.
Permainan ini sesuai untuk meningkatkan kemahiran motor halus, pengesanan corak, pengecaman imej dan penyelesaian masalah.
Kanak-kanak juga boleh belajar tentang kerjasama untuk menyelesaikan tugasan, serta kemahiran penting yang berkaitan dengan kepuasan tertunda setelah menyelesaikan puzzle.
#2. Kiub Rubik
Siapa sahaja yang tidak mengenali kiub Rubik. Anda boleh membuat permainan kiub Rubik lebih menyeronokkan dengan memberi anak anda strategi asas yang mereka perlukan untuk menyelesaikannya dengan betul.
Anda boleh mengikuti tutorial dalam talian atau bermain dengan rakan untuk membiasakan diri terlebih dahulu sebelum mengajarkannya kepada anak anda.
Game untuk kanak kanak ini melatih mereka mengenai kepentingan pembangunan kemahiran dan juga ingatan.
#3. Bercerita dengan satu perkataan

Anda boleh mengajak semua anak-anak anda atau kanak-kanak lain untuk bermain permainan ini.
Berikan perkataan tertentu kepada setiap kanak-kanak dan minta mereka untuk membuat cerita ringkas dengan menggunakan perkataan tersebut.
Aktiviti ini boleh membantu mencetuskan kemahiran penyelesaian masalah kreatif dalam diri kanak-kanak dan meningkatkan pemahaman mereka tentang bahasa.
#4. Game untuk kanak kanak: Bermain chess atau catur
Catur merupakan satu lagi permainan kanak kanak di rumah yang agak klasik.
Catur adalah salah satu permainan otak terbaik yang boleh dimainkan oleh kanak-kanak kerana ia membolehkan mereka terlibat dalam pengalaman yang merangsang intelektual.
Anak anda boleh mempelajari langkah baharu, mewujudkan komuniti rakan catur dan meneroka idea yang kompleks dalam fikiran mereka.
#5. Bermain tanah liat

Bermain tanah liat juga amat baik untuk perkembangan minda anak anda, lebih-lebih lagi tanah liat dengan pelbagai warna.
Bagi kanak-kanak yang masih kecil, tanah liat berwarna-warni sangat sesuai untuk mengajarkan mereka menentukan warna yang betul.
Selain itu, membentuk tanah liat dengan menggunakan tangan mereka sendiri dapat merangsang motor halus selain mengembangkan bakat kreatif anak anda.
#6. Permainan pagar sesat atau maze
Untuk permainan ini, cukup sekadar anda melukis maze anda sendiri atau mencetaknya daripada laman web secara percuma.
Maze membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah pada kadar yang lebih cepat.
Ia menguji keupayaan mereka untuk mengingati jalan yang betul melalui percubaan & kesilapan (try & error).
Mereka juga boleh mencari jalan yang betul dengan menavigasi secara mental dan kemudiannya diterjemahkan kepada gerakan pen pada kertas.
Kesimpulan
Sebenarnya, terdapat pelbagai lagi game untuk kanak kanak yang boleh anda berikan kepada si manja di rumah.
Namun, enam jenis yang kami nyatakan ini adalah antara yang terbaik dan paling mudah untuk anda sediakan.
Jika enam permainan ini masih tidak cukup, anda boleh mencari pelbagai lagi kaedah atau game lain untuk melatih minda anak anda.
Selamat mencuba!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen