Boleh ke ibu ayah sedut hingus bayi? Adakah ia bakal mendatangkan kesan bahaya kepada si kecil?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Boleh ke ibu ayah sedut hingus bayi? Adakah ia bakal mendatangkan kesan bahaya kepada si kecil?
Secara amnya, penyedut hingus bayi adalah alat digunakan untuk menyingkirkan mukus atau lendir pada si kecil yang masih belum mahir menghembus hingusnya sendiri.
Tetapi anda sebagai ibu bapa harus menggunakan alat penyedut ini sama ada nasal oral aspirator atau bulb syringe dengan betul. Ini kerana jika teknik yang digunakan salah, ia boleh mewujudkan risiko bahaya kepada hidung si kecil.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Jangan terkejut, alat penyedut hingus bayi ini boleh digunakan kepada si kecil, tetapi perlu dilakukan dengan cara yang betul.
Jika tidak, berikut antara risiko yang boleh terjadi:
Lapisan tisu dalam hidung bayi sangat nipis dan sensitif. Menolak alat penyedut hidung jenis picitan seperti bulb syringe terlalu dalam atau menyedut dengan agresif boleh mengakibatkan pendarahan.
Mungkin luka yang terjadi hanya kecil tetapi bagi bayi, ia boleh menyebabkan kesakitan dan menyukarkan si kecil untuk bernafas.
Penggunaan alat penyedut hidung secara berulang kali boleh menyebabkan membran di dalam lubang hidung membengkak.
Gunakan alat penyedut ini hanya bila diperlukan dan pastikan tidak melebihi 4x sehari.
Bagi mereka yang mempunyai lebih daripada seorang anak, mungkin anda terfikir untuk berkongsi menggunakan alat penyedut yang sama, betul tak?
Pada dasarnya tindakan anda ini boleh menyebarkan kuman antara anak-anak. Ini kerana lendir yang membawa kuman boleh hidup pada permukaan alat penyedut sehingga 48 jam.
Namun anda boleh mengelakkannya dengan mencuci alat ini sebersih-bersihnya. Sebaiknya, selepas setiap kali penggunaan, celupkan alat ke dalam bekas berisi air sabun suam selama beberapa minit dan biarkan ia kering sebelum digunakan semula.
Berikut adalah saranan cara untuk menyedut hingus bayi:
Cara penggunaan bagi alat penyedut jenis picitan
Selepas sedut hingus bayi
Cara penggunaan aspirator hidung-oral (nasal-oral aspirator)
Cara mencuci alat penyedut hingus bayi
Baca juga:
Berikut merupakan waktu sesuai untuk menggunakan alat penyedut hingus:
Masalah hidung berair dan tersumbat yang dialami bayi boleh menyebabkan kerisauan di hati ibu bapa. Tetapi umumnya, ia merupakan keadaan normal.
Anda boleh belajar untuk sedut hingus bayi dengan betul bagi membantu si kecil lebih selesa, di samping mencuba rawatan rumah lain seperti penggunaan alat pelembap udara (humidifier).
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, berundinglah dengan pakar pediatrik untuk lebih kepastian.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen