Siapa yang ada masa untuk sakit tekak bukan? Ia adalah satu keadaan kesihatan yang sangat menjengkelkan! tapi betul ke ada manfaat air suam sewaktu gejala sakit tekak ini muncul?
Ini terutamanya jika anda bekerja sebagai seorang penyanyi, pelakon, pengacara, peniaga atau apa-apa sahaja kerjaya yang memerlukan suara sebagai aset utama.
Untuk menyelesaikannya, sudah pasti ada dalam kalangan kita yang akan mengambil ubat sakit tekak, banyak minum air suam serta kurang minum air batu.
Persoalannya, adakah ia berkesan? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!
Apa maksud sakit tekak?
Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita semua fahami maksud sebenar tentang keadaan kesihatan ini terlebih dahulu.
Untuk pengetahuan anda, sakit tekak mungkin disebabkan oleh 2 mikroorganisma iaitu virus dan bakteria atau pelbagai lagi faktor risiko yang lain.
Sakit tekak merujuk kepada rasa sakit, pedih, perit atau gatal pada tekak yang akan menjadi lebih teruk ketika menelan air liur, makanan dan minuman.
Sekiranya ia berlaku kepada anda, berikut merupakan antara simptom-simptom yang mungkin akan terjadi:
- Rasa perit pada tekak
- Rasa gatal pada tekak
- Rasa sakit apabila makan atau bercakap
- Rasa berat apabila cuba membuka mulut
- Kesukaran untuk menelan makanan
- Pembengkakan kelenjar pada leher atau rahang
- Timbul nanah pada tonsil
- Suara berubah menjadi serak/garau
Jika ia bukan berlaku akibat daripada virus atau bakteria, maka sila berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan susulan dengan kadar segera.
Apa punca sakit tekak?
Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, keadaan kesihatan ini mungkin disebabkan oleh jangkitan mikroorganisma virus atau bakteria.
Jangkitan ini kemudiannya akan menyebabkan keradangan pada bahagian tertentu pada tekak seperti:
- Faringitis: Keradangan farinks; struktur di belakang mulut dan kaviti hidung
- Laringitis: Keradangan dan kemerahan pada kotak suara atau larinks
- Tonsilitis: Keradangan dan kemerahan tisu tonsil
Selain itu, kondisi ini juga mungkin didalangi oleh beberapa faktor risiko yang lain seperti reaksi alahan, udara yang tercemar atau penyakit refluks asid.
Persoalannya, apa yang boleh dibuat untuk merawat sakit tekak? Penulis yakin mesti ramai yang akan mencadangkan lozeng!
Selain lozeng, apa rawatan boleh dicuba?
Lozeng adalah kaedah merawat sakit tekak paling utama dan efektif kerana ia mengandungi beberapa sebatian yang mampu membantu melegakan kondisi ini iaitu; menthol, tylenol dan amylmetacresol.
Jika tidak ada lozeng di rumah, jangan risau kerana ada beberapa alternatif lain yang boleh dicuba termasuklah:
- Madu
- Pudina
- Halba
- Air garam
- Akar manis
- Cuka epal
- Bawang putih
- Teh kamomil
- Serbuk penaik
Ataupun anda tidak perlu lagi pening kepala jika sakit tekak kerana ubatnya mungkin adalah sangat mudah iaitu hanya dengan banyak minum air suam! Benarkah?
Manfaat air suam terhadap kondisi ini!
Ya, kadangkala apa yang dipesan oleh orang tua kita satu ketika dahulu memang ada benarnya dan ini termasuklah manfaat air suam ketika sakit tekak! Kenapa?
Prof. Ron Eccles yang merupakan Pensyarah University of Cardiff ada jawapannya tentang manfaat air suami sewaktu sakit tekak.
[embed-health-tool-bmi]
Manfaat air suam – kenapa kena banyak minum?
Apabila minum air suam atau panas yang kuat rasanya, tekak penderita akan mengeluarkan lebih banyak air liur sekali gus memulihkan deria rasa individu.
Dalam pada itu, air suam mungkin boleh berfungsi sebagai ubat tahan sakit opioid semula jadi pada otak lantas memberikan efek plasebo pada penderita.
Buktinya, 30 penderita sakit tekak yang diberi minuman air suam didapati majoriti berjaya sembuh daripadanya dalam masa yang sangat singkat.
Pun begitu, ia juga mungkin ada kaitan dengan psikologi dan kajian lanjutan masih diperlukan!
Kenapa kena kurang minum air batu?
Apabila minum air batu atau ais, ia mungkin akan memberikan kelegaan yang sementara buat penderita sakit tekak namun bahayanya adalah pada proses pembuatannya.
Walaupun tidak semua, namun ramai orang yang membuat air batu ini menggunakan air yang tidak dimasak atau disuling terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti ais.
Ini menjadikan ais yang terhasil itu mungkin mengandungi mikroorganisma seperti virus atau bakteria yang masih mampu hidup dalam suhu yang terlalu sejuk.
Konklusinya di sini adalah banyakkan minum air suam dan kurangkan minum air batu ketika sakit tekak ya?
Sila hindari kondisi sakit tekak
Mencegah itu sudah pasti lebih baik daripada mengubati jadi sila hindari keadaan kesihatan ini sebaik mungkin! Caranya?
Pertama sekali, pakailah topeng mulut setiap kali berada di luar rumah dan cuba duduk berjauhan daripada mereka yang ada simptom sakit tekak.
Kemudian, jauhkan juga diri anda daripada faktor risiko kondisi ini seperti asap, debu, habuk atau segala perkara yang berkaitan dengannya,
Akhir sekali, amalkan manfaat air suam dengan lebih kerap mengambilnya walaupun sebelum sakit dan elakkan minum air batu terutamanya yang tidak diketahui cara dan proses pembuatannya okay!