home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Inilah Kos Sebenar Membesarkan Seorang Anak Di Malaysia, Pasti Anda TERKEJUT!

Inilah Kos Sebenar Membesarkan Seorang Anak Di Malaysia, Pasti Anda TERKEJUT!

Berdasarkan data dari Numbeo.com, Malaysia masih lagi dikategorikan sebagai antara negara yang memiliki kos sara hidup terendah di dunia.

Jika anda tinggal di ibu negara Kuala Lumpur, kos sara hidup di sini berada pada ranking ke-222 daripada keseluruhan 354 buah bandar dalam indeks Numbeo.com.

Walau bagaimanapun bagi mereka yang berkeluarga ramai, semestinya kos yang diperlukan akan menjadi lebih besar.

Tambahan lagi, jika seseorang individu tersebut memiliki pendapatan yang tidak seberapa setiap bulan.

Secara realitinya, kos bagi membesarkan seorang anak di Malaysia bukanlah satu kos yang kecil.

Kami kongsikan di bawah ini berkenaan dapatan kajian anggaran kos membesarkan seorang anak di Malaysia daripada bermulanya fasa kehamilan sehinggalah anak tersebut mencapai umur sekurang-kurangnya 23 tahun.

anak

Jika anda melihat kepada infografik di atas, kami telah memberikan anggaran jumlah terendah keseluruhan kos yang diperlukan untuk anda membesarkan seorang anak.

Kami memberikan dua pilihan anggaran kos, sama ada anda memilih untuk menggunakan kemudahan kerajaan yang bersubsidi atau memilih menggunakan perkhidmatan swasta.

Kehamilan dan keperluan bayi

Kos kehamilan yang diperlukan antara kedua-dua fasiliti kerajaan dan swasta sememangnya mempunyai perbezaan yang agak besar.

Jika anda mendaftarkan diri di klinik atau hospital kerajaan, anda hanya memerlukan kos sekitar RM200 hingga RM300 sahaja termasuklah caj wad harian.

Manakala bagi hospital atau pusat perubatan swasta, anda boleh mendapatkan perkhidmatan serendah RM4,000 sehingga RM20,000 bergantung kepada jenis hospital dan pilihan pakej anda.

Umum mengetahui bermula 1 Januari 2020, kerajaan mewajibkan penggunaan kerusi bayi dalam kereta bagi meminimumkan kadar kecederaan dan kematian bayi dan kanak-kanak akibat impak kemalangan.

Oleh itu, kami telah memasukkan harga kerusi bayi ini sebagai antara kos wajib yang perlu dibelanjakan oleh golongan ibu bapa atau penjaga untuk anak-anak mereka.

RM150 adalah anggaran terendah yang kami berikan kerana kami tidak mahu mencadangkan kerusi bayi yang lebih murah daripada harga tersebut.

Soal keselamatan kanak-kanak adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi, kerusi bayi yang terlalu murah belum tentu selamat digunakan!

Kos persekolahan kanak-kanak

Bagi ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah milik kerajaan, yuran yang dikenakan untuk tempoh setahun pembelajaran boleh dikatakan agak rendah.

Walau bagaimanapun, kos bagi mempersiapkan anak ke sekolah seperti alat tulis, buku-buku, uniform sekolah, dan belanja harian, perlu diambil kira.

Manakala bagi sekolah-sekolah milikan swasta sama ada sekolah rendah atau menengah, kos tahunan akan meningkat sekali ganda daripada kos keseluruhan tahunan sekolah kerajaan.

Ini kerana, anda perlu membuat pembayaran kos operasi sekolah tersebut dan pelbagai jenis yuran-yuran lain yang tidak terdapat di sekola kerajaan.

kanak-kanak

Cadangan bagi mereka yang ingin mengurangkan kos

Terdapat beberapa perkara yang mungkin anda boleh ikuti bagi mengurangkan beban kos yang perlu ditanggung dalam membesarkan anak anda.

Antaranya adalah:

  • Bagi kelengkapan bayi seperti baby walker dan buaian bayi, anda mungkin boleh mendapatkannya melalui pembelian secara second-hand atau meminjamnya daripada saudara mara anda sendiri
  • Bagi mereka yang tinggal di kawasan Perumahan Awam (PA) atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), anda boleh menggunakan perkhidmatan bas sekolah percuma yang disediakan oleh DBKL
  • Selain itu, bagi anak-anak yang kerap menggunakan perkhidmatan LRT, MRT atau mana-mana kemudahan pengangkutan awam yang diselia oleh RapidKL, anda boleh memohon Pas Pelajar untuk kegunaan anak anda
  • Bagi anak anda yang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, pilihlah pusat pengajian yang menyediakan kemudahan biasiswa dan pinjaman pelajaran seperti pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN)

Bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar dan pinggir bandar, kos yang diperlukan sememangnya lebih tinggi berbanding di kawasan luar bandar.

Namun, kerajaan juga menyediakan beberapa inisiatif tertentu terutamanya kepada golongan bersasar seperti B40 dan M40 bagi mengurangkan beban tanggungan menyara keluarga.

Gunakan kesempatan ini secara maksimum kerana kemudahan dan inisiatif yang diberikan ini sememangnya untuk kesejahteraan rakyat.

Rajinkan bertanya kepada petugas-petugas di jabatan-jabatan atau pusat perkhidmatan kerajaan bagi mendapatkan maklumat berkenaan inisiatif semasa yang disediakan oleh kerajaan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/162

http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/171?mid=297

https://shopee.com.my/

Perbandingan Yuran Tadika di Malaysia [2019]

https://sroziati1985.wixsite.com/blog/single-post/2017/12/14/Senarai-Persediaan-dan-Perbelanjaan-Sekolah-Untuk-Anak-Darjah-1

Senarai Semak Keperluan Murid Sekolah Awal Tahun

https://loanstreet.com.my/ms/pusat-pembelajaran/berapakah-kos-yang-diperlukan-untuk-pembiayaan-kanak-kanak

Senarai Pakej Bersalin 2019 Bagi 5 Hospital Swasta Sekitar Kuala Lumpur dan Selangor

Anggaran Kos Bersalin Normal Dan Caesarean Di Hospital Kerajaan & Swasta Lembah Klang

Home

https://uowmkdu.edu.my/

https://www.sinarharian.com.my/article/38184/EDISI/Selangor-KL/Wajah-baharu-bas-sekolah-percuma-DBKL

https://afterschool.my/bm/berita/asasi-di-universiti-awam

https://www.numbeo.com/cost-of-living/country_result.jsp?country=Malaysia

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz Disemak pada 08/07/2020
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x