Semua benda pasti akan jadi serba tidak kena jika mengalami perut kembung yang menjadi masalah besar. Ini kerana masih ramai orang yang belum tahu cara buang angin dalam perut.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Semua benda pasti akan jadi serba tidak kena jika mengalami perut kembung yang menjadi masalah besar. Ini kerana masih ramai orang yang belum tahu cara buang angin dalam perut.
Mungkin ada yang akan mencadangkan untuk cuba mengeluarkan angin dalam perut itu dengan sendawa atau kentut namun ia tidak semudah disangka.
Sebenarnya, terdapat beberapa tip yang boleh anda cuba sebagai cara buang angin dalam perut. Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu tentangnya!
Gejala perut kembung angkara angin adalah antara keadaan kesihatan yang biasa dialami oleh individu ekoran terlalu banyak angin di dalam perut.
Ia akan menyebabkan kekembungan, kesakitan atau ketidakselesaan gara-gara angin yang terperangkap di dalam perut dan tidak mampu untuk keluar.
Secara alami, angin ini akan keluar melalui usus (kentut) dan kerongkong (sendawa) namun kadangkala proses tersebut boleh terganggu atau terjejas.
Antara punca yang menyebabkan angin terperangkap di dalam perut adalah seperti berikut:
Mungkin kita semua sudah biasa dengar tentang cara untuk buang angin dalam perut ini namun tidak semuanya sesuai buat setiap orang. Jadi, apa alternatif yang lain?
Dalam usaha untuk mengeluarkan angin dalam perut melalui kentut atau sendawa, ada beberapa tip yang mungkin boleh membantu anda termasuklah:
Aktiviti fizikal boleh membantu melancarkan pergerakan dalam sistem penghadaman anda lantas memudahkan pengeluaran najis serta angin dalam perut.
Ia sangat bagus dibuat lebih-lebih lagi buat anda yang mengalami masalah sembelit untuk membantu anda melegakan simptom-simptom akibat perut kembung.
Kajian pada tahun 2016 menunjukkan bahawa gabungan sapuan ekstrak fennel dan curcumin pada perut kembung adalah berkesan untuk melegakan gejala-gejalanya.
Pun begitu, individu dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum menyapu apa jenis minyak kerana khuatir akan toksik di dalamnya.
Haba yang anda boleh dapat daripada mandi air suam atau panas dipercayai mampu melegakan rasa tidak selesa pada perut dan abdomen angkara angin.
Selain itu, mandian sebegini juga sangat bagus untuk membuat tubuh badan lebih relaks dan kurang stres, lantas membuat sistem penghadaman lebih baik.
Aktiviti fizikal memang sangat bagus sebagai cara buang angin dalam perut dan yoga adalah antara aktiviti tersebut yang terbaik buat kesihatan secara keseluruhan.
Oleh itu, anda mungkin boleh cuba beberapa teknik yoga seperti Child Pose, Happy Baby Pose atau Squat yang dipercayai mampu membantu anda membuang angin.
Anda juga boleh cuba mengurut perut serta abdomen anda dengan perlahan bagi memastikan sistem penghadaman lebih lancar dan ia boleh dibuat dengan cara:
Namun jika sebarang urutan ini mendatangkan rasa sakit pada anda, adalah lebih baik untuk berhenti dan dapatkan khidmat pakar urut atau doktor berdekatan.
Probiotik adalah sejenis bakteria baik yang hidup dalam usus dan perut yang boleh membantu anda meregulasikan bakteria kolon yang membawa angin.
Untuk mendapatkan sumber probiotik ini, anda boleh membeli suplemen daripada klinik, farmasi ataupun mengambil makanan dan minuman yang mengandunginya.
Akhir sekali, cara membuang angin dalam perut ini mungkin nampak remeh namun ketahuilah bahawa gula-gula getah juga adalah punca utama angin dalam perut.
Ini disebabkan oleh kandungan gula alkohol yang wujud di dalamnya serta angin yang boleh masuk dalam perut tanpa sedar di saat anda mengunyah gula-gula ini.
Jadi, jika anda ada masalah angin dalam perut, cuba ikuti 7 cara mudah yang kami cadangkan ini. Selamat mencuba!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen