Oksitosin – hormon yang membantu mendorong proses ini, akan meningkat semasa penyusuan.
Ia akan mendorong pengecutan rahim dan mengurangkan pendarahan, sekali gus membantu rahim kembali ke ukuran asal.
Kebaikan penyusuan susu ibu #3. Menurunkan risiko kemurungan
Kemurungan selepas bersalin (PPD) atau meroyan berisiko untuk terjadi sejurus selepas melahirkan anak.
Walau bagaimanapun, wanita menyusu badan dikatakan kurang terdedah untuk mengalaminya berbanding mereka yang tidak menyusukan anak atau bercerai susu terlalu awal. Pun begitu, masih belum terdapat bukti kukuh untuk mengesahkannya.
#4. Mengurangkan risiko penyakit

Menyusukan anak memberikan penurunan risiko barah payudara dan ovari.
Selain itu, penyusuan susu ibu secara eksklusif juga dapat mengurangkan risiko untuk:
- Tekanan darah tinggi
- Artritis
- Lemak dalam darah tinggi
- Penyakit jantung
- Diabetes jenis 2
walau bagaimanapun masih tiada kajian dapat membuktikan manfaat ini.
#5. Menyekat haid kesan penyusuan susu ibu secara eksklusif
Penyusuan berterusan dapat menghentikan ovulasi dan haid.
Penangguhan kitaran haid adalah cara semula jadi untuk memastikan jarak antara kehamilan. Ia berperanan seperti alat pencegahan kehamilan.
#6. Jimat masa dan duit
Sudah tentu kebaikan penyusuan susu ibu yang teratas sekali adalah ia percuma. Tidak memerlukan sebarang perbelanjaan.
Dengan memilih untuk menyusukan anak, anda tidak perlu:
- Membelanjakan wang untuk susu formula
- Menghitung berapa banyak si manja perlu menyusu setiap hari
- Menghabiskan masa untuk membersih dan mensterilkan botol susu
- Mencampurkan air panas dalam botol (pada waktu malam atau siang)
- Mencari jalan untuk memanaskan air ketika dalam perjalanan
Sesungguhnya susu ibu mempunyai suhu yang bersesuaian dan boleh diminum pada bila-bila masa.
Jalinan semasa penyusuan susu ibu
Ikatan fizikal dan emosi yang terjalin antara ibu dan anak merupakan kebaikan penyusuan susu ibu paling utama dan terpenting sekali.
Ia mendorong lebih banyak hubungan kulit ke kulit, sentuhan dan belaian fizikal.
Jika ibu mampu melakukan penyusuan eksklusif untuk si manja, teruskanlah.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen