Namun satu lagi kajian menemui bahawa lebih kurang 20 individu yang mengalami perceraian ibu bapa mereka semasa mereka masih kecil, masih melaporkan kesakitan dan kedukaan atas perceraian ibu bapa mereka selepas sepuluh tahun kemudian. Orang muda yang melaporkan konflik yang tinggi antara ibu bapa mereka jauh lebih berkemungkinan mempunyai perasaan kehilangan dan penyesalan.
-
Ibu bapa yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi

Satu kajian 2014 yang diketuai oleh ahli psikologi University of Michigan, Sandra Tang mendapati bahawa ibu yang menamatkan peringkat sekolah menengah atau kolej lebih cenderung untuk membesarkan anak-anak dengan melakukan perkara yang sama.
Kajian daripada sekumpulan 14,000 kanak-kanak yang memasuki tadika pada tahun 1998 hingga 2007, kajian tersebut mendapati bahawa kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu remaja (berumur 18 tahun ke bawah) kurang berkemampuan untuk menamatkan sekolah menengah atau pergi ke kolej berbanding rakan sebaya mereka.
Dalam kajian longitudinal yang melibatkan seramai 856 individu di bahagian semi pendalaman New York, ahli psikologi dari Bowling Green State University, Eric Dubow mendapati bahawa “peringkat pendidikan ibu bapa apabila anak berusia 8 tahun akan meramalkan kejayaan pendidikan dan pekerjaan untuk kanak-kanak itu 40 tahun kemudian dengan ketara.”
-
Ibu bapa yang mengajarkan anak mereka matematik lebih awal
Kajian meta-analisis pada tahun 2007 terhadap seramai 35,000 orang kanak-kanak prasekolah di seluruh Amerika Syarikat, Kanada, dan England mendapati bahawa kemahiran matematik yang dibangunkan awal dapat menjadi kelebihan yang besar.
Menurut pengarang bersama dan penyelidik Northwestern University, Greg Duncan, kepentingan utama matematik awal – permulaan sekolah dengan ilmu nombor, susunan nombor, dan konsep matematik asas lain – adalah salah satu teka-teki yang terhasil daripada kajian tersebut. Penguasaan kemahiran matematik awal bukan sahaja meramalkan pencapaian matematik pada masa hadapan, tetapi juga meramalkan pencapaian membaca pada masa hadapan.
-
Perana ibu bapa yang mewujudkan hubungan dengan anak-anak mereka
Kajian pada tahun 2014 yang terdiri daripada 243 orang yang dilahirkan dalam kemiskinan mendapati bahawa kanak-kanak yang menerima “pengasuhan sensitif” dalam tiga tahun pertama mereka tidak hanya lebih baik dalam ujian akademik di zaman kanak-kanak, tetapi turut mempunyai hubungan yang lebih sihat dan pencapaian akademik yang lebih tinggi pada usia 30-an.
Seperti yang dilaporkan di PsyBlog, ibu bapa yang bertindak sebagai pengasuh sensitif “bertindak balas dengan isyarat anak mereka dengan segera dan bersesuaian” dan “menyediakan pangkalan yang selamat” untuk kanak-kanak meneroka dunia.
Menurut Lee Raby yang merupakan pengarang bersama dan ahli psikologi di University of Minnesota, ini menunjukkan bahawa pelaburan dalam hubungan awal ibu bapa dan kanak-kanak boleh menyebabkan pulangan jangka panjang yang mengumpul keseluruhan kehidupan individu.
-
Peranan ibu bapa yang menghargai usaha untuk mengelakkan kegagalan
Di mana kanak-kanak berfikir mengenai datangnya kejayaan, juga boleh meramalkan pencapaian mereka.
Selama beberapa dekad, ahli psikologi di Stanford University, Carol Dweck telah mendapati bahawa kanak-kanak (dan orang dewasa) berfikir tentang kejayaan dalam salah satu daripada dua cara.
“Pemikiran tetap” mengandaikan bahawa watak, kecerdasan, dan keupayaan kreatif kita bersifat statik yang tidak dapat kita ubah dengan cara yang bermakna, dan kejayaan adalah pengakuan bahawa kecerdasan yang wujud, penilaian bagaimana orang-orang yang bersikap mengukur terhadap standard tetap yang sama; berusaha untuk berjaya dan mengelakkan kegagalan pada semua kos menjadi cara untuk mengekalkan rasa bijak atau mahir.
“Pemikiran pertumbuhan,” sebaliknya, berkembang maju dalam cabaran dan melihat kegagalan bukan sebagai bukti kecerdasan tetapi sebagai batu loncatan untuk pertumbuhan dan untuk meluaskan kebolehan sedia ada.
Dasarnya adalah perbezaan dalam cara anda mengandaikan kebolehan anda akan mempengaruhi keupayaan anda, dan ia mempunyai kesan yang kuat pada anak-anak. Jika kanak-kanak diberitahu bahawa mereka mendapat ujian kerana kecerdasan bawaan mereka akan mencipta “pemikiran tetap”. Jika mereka berjaya kerana usaha, itu akan mencipta “pemikiran pertumbuhan”.

Menurut penyelidikan dari Harvard Business School, terdapat manfaat yang besar untuk anak-anak yang membesar dengan ibu-ibu yang berkerjaya.
Kajian mendapati anak perempuan bagi ibu yang berkerjaya mendapatkan pendidikan dengan lebih lama, lebih cenderung untuk mempunyai pekerjaan dalam peranan penyeliaan, dan memperoleh lebih banyak pendapatan – 23% lebih berbanding dengan rakan sebaya mereka yang dibesarkan oleh ibu yang tinggal di rumah.
Anak lelaki bagi seorang ibu yang berkerjaya juga lebih cenderung untuk melakukan tugasan rumah tangga dan penjagaan anak, kajian itu mendapati – mereka menghabiskan tujuh setengah jam lebih seminggu dalam penjagaan anak dan 25 menit lagi untuk kerja rumah.
-
Ibu bapa yang mempunyai status sosioekonomi yang lebih tinggi
Menurut penyelidik di Stanford University, Sean Reardon, jurang pencapaian antara keluarga berpendapatan tinggi dan berpendapatan rendah “adalah kira-kira 30% hingga 40% lebih besar dalam kalangan kanak-kanak yang dilahirkan pada tahun 2001 berbanding daripada yang dilahirkan 25 tahun yang lalu.”
Pengarang “Drive”, Dan Pink telah menyatakan, semakin tinggi pendapatan untuk ibu bapa, semakin tinggi skor SAT yang diperolehi anak-anak mereka. Mereka turut menyatakan, campur tangan yang komprehensif dan mahal, status sosioekonomi adalah faktor yang mendorong banyak pencapaian dan prestasi dalam pendidikan.
-
Perana ibu bapa yang berwibawa berbanding ibu bapa yang bersifat autoritarian atau permisif
Pertama kali diterbitkan pada tahun 1960-an, ahli psikologi pembangunan University of California at Berkeley, Diana Baumride mendapati terdapat tiga jenis gaya keibubapaan:
Permisif: Ibu bapa cuba untuk tidak menghukum dan menerima kelakuan anak mereka
Autoritarian: Ibu bapa cuba membentuk dan mengawal kanak-kanak itu berdasarkan standard kelakuan yang ditetapkan
Berwibawa (authoritative): Ibu bapa cuba mengarahkan anak secara rasional
Jenis gaya keibubapaan yang ideal adalah berwibawa. Kanak-kanak itu membesar dengan rasa hormat kepada pihak yang berkuasa tetapi tidak merasa terbeban olehnya.
-
Ibu bapa yang mengajarkan ‘grit’
Pada tahun 2013, ahli psikologi University of Pennsylvania, Angela Duckworth memenangi geran “genius” MacArthur kerana penemuannya mengenai sifat personaliti yang kuat, yang memandu individu kearah kejayaan yang dipanggil sebagai ‘grit’.
Ditakrifkan sebagai “kecenderungan untuk mengekalkan minat dan usaha ke arah matlamat jangka panjang,” penyelidikannya telah mengaitkan kecenderungan dengan pencapaian pendidikan, purata titik gred dalam kalangan pelajar-pelajar di universiti-universiti Ivy League, pengekalan dalam kalangan kadet di Akademi Ketenteraan Amerika Syarikat West Point, dan kedudukan dalam US National Spelling Bee.
Ianya adalah berkenaan pengajaran kepada kanak-kanak untuk membayangkan – dan memberi komitmen yang tinggi untuk masa hadapan yang mereka mahu cipta.
Apakah peranan ibu bapa yang boleh diikuti?

-
Peranan ibu bapa untuk membuat keputusan sukar yang tidak popular
Jika anak anda tidak marah dengan anda sekurang-kurangnya sekali-sekala, anda tidak melakukan tugas anda dengan baik sebagai ibu bapa. Seiring dengan ini, ingatlah bahawa anda tidak perlu memberikan penjelasan yang panjang mengenai keputusan anda. “Ia tidak selamat” boleh menjadi banyak penjelasan apabila anda anda bertanya mengapa dia tidak dapat melompat dari bumbung dan terjun ke trampolin. “Ia adalah tanggungjawab anda” adalah justifikasi cukup untuk memberitahu anak anda untuk melakukan tugasan rumah.
-
Peranan ibu bapa untuk mengajarkan anak anda untuk berdikari
Ia adalah peranan ibu bapa untuk mengajar kemahiran anak anda sesuai dengan usia untuk membolehkan mereka menjadi semakin berdikari. Ada masa ketikamana anak anda perlu belajar bagaimana untuk menenangkan diri sendiri, mengikat tali kasutnya, menulis namanya, dan pekerjaan-pekerjaan mudah yang lain mengikut kesesuaian peringkat umur. Lama kelamaan, dia perlu mengembangkan kemahiran yang lebih maju. Dia perlu tahu cara untuk menaip sesuatu, katakan tidak kepada dadah, memandu kereta, dan mengisi permohonan kerja. Anak anda perlu belajar bahawa tahap tanggungjawabnya akan berkembang sepanjang hayatnya.
-
Peranan ibu bapa dalam menjaga kebertanggungjawaban anak-anak mereka
Anda bertanggungjawab untuk menjada kebertanggungjawaban anak anda terhadap tingkah laku dan tindakannya. Sekurang-kurangnya, menetapkan batas dengan anak anda apabila dia berkelakuan dengan kelakuan yang tidak sesuai. Sebagai contoh, apabila anak anda tidak melakukan tugasan rumah, anda mungkin boleh menutup televisyen dan mengatakan:
“Menonton TV tidak akan menyiapkan tugasan anda. Apabila tugasan anda selesai, anda boleh menghidupkan semula TV. “
Dan sememangnya, ini boleh bermakna memberi kesan yang berkesan untuk sesuatu seperti tugasan rumah yang tidak disiapkan oleh anak anda. Anda boleh membuat sesuatu sperti menunda aktiviti hujung minggu yang telah dirancang sehinggalah tugasannya selesai.
-
Peranan ibu bapa untuk sentiasa bersama dengan anak-anak

Keibubapaan dan peranan ibu bapa adalah satu perjalanan yang mencabar dan anda bertanggungjawab terhadap pembesaran anak anda sama ada anda suka atau tidak. Akan ada masa ketika anak anda menjalani hidupnya dengan baik dan masa ketika anak anda mempunyai masa yang sukar buat dirinya. Ingatkan diri anda bahawa naik dan turun tidak mencerminkan anda – itu adalah lumrah perjalanan kehidupan. Oleh itu, jangan salahkan diri anda apabila sesuatu perkara berlaku. Tumpukan pada mencari cara yang positif untuk mengatasinya dan mencari sesuatu yang baharu untuk cuba membantu anak anda dengan berkesan. Dan jangan takut untuk mendapatkan sokongan, sama ada melalui laman web atau daripada individu lain
Anak anak adalah ibarat permata dalam keluarga. Ianya adalah nikmat kurniaan tuhan terhadap ibu dan bapa, dan ibu bapa perlu bertanggungjawab dalam membesarkan anak-anak mereka dengan cara didikan yang terbaik dan bersesuaian. Peranan ibu bapa bukanlah terhad sekadar dengan memberikan suapan makanan agar mereka membesar, tetapi ibu bapa juga adalah pendorong kepada anak-anak untuk menentukan kejayaan kehidupan mereka di masa hadapan.