backup og meta

10 Petua Hilangkan Kencing Kotor Semasa Hamil, Tip No. 5 WAJIB Amalkan!

10 Petua Hilangkan Kencing Kotor Semasa Hamil, Tip No. 5 WAJIB Amalkan!

Kencing kotor (UTI) adalah antara jangkitan serius yang sering dialami wanita mengandung. Berita baiknya, ada petua hilangkan kencing kotor semasa hamil yang boleh membantu mengatasi keadaan tersebut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Jangkitan kencing kotor

Sebelum berkongsi mengenai petua hilangkan kencing kotor semasa hamil, jom fahami tentang masalah kesihatan ini terlebih dahulu.

Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan jangkitan yang cenderung dialami wanita berbadan dua. Ini disebabkan oleh tekanan pada pundi dan saluran kencing daripada janin yang sedang membesar.

Bagi wanita hamil, UTI perlu dirawat dengan sebaiknya.

Jangkitan jenis ini bukan sahaja mengakibatkan ketidakselesaan, tetapi boleh mengembangkan komplikasi teruk pada ibu dan bayi dalam kandungan.

Tanda kencing kotor semasa hamil

UTI adalah jangkitan berlaku dalam struktur yang menyalurkan air kencing semasa ia dikeluarkan daripada badan – uretra, pundi kencing, ureter dan buah pinggang.

Perubahan pada badan dan saluran kencing semasa kehamilan meningkatkan risiko jangkitan pada bakal ibu. Pelebaran ureter dan struktur lain berlaku seiring tumbesaran bayi.

Perubahan hormon sepanjang tempoh kehamilan juga meningkatkan kecenderungan untuk mengalami UTI.

petua hilangkan kencing kotor semasa hamil

Tanda kencing kotor semasa hamil yang biasa termasuklah:

  • Rasa sakit (pedih) atau tidak selesa semasa kencing
  • Keinginan untuk kencing yang kerap
  • Warna kencing kotor keruh
  • Sakit atau mengalami tekanan pada pelvis
  • Air kencing berbau kuat
  • Demam
  • Loya atau muntah 

Walaupun ia merupakan jangkitan biasa, tetapi UTI boleh membawa kepada komplikasi bahaya seperti sepsis atau kerosakan buah pinggang

Ketika hamil pula, tanda kencing kotor semasa hamil meningkatkan risiko kepada ibu dan bayi sekiranya jangkitan kuman merebak atau menjadi terlalu teruk.

Petua hilangkan kencing kotor semasa hamil

Dalam kebanyakan kes, doktor mungkin akan menetapkan preskripsi antibiotik untuk mengatasi jangkitan ini dengan cepat.

Pengambilan antibiotik merupakan rawatan biasa untuk UTI. Namun disebabkan UTI selalunya merupakan jangkitan kronik atau berulang, rintangan antibiotik menjadi antara kebimbangan dalam menjadikannya sebagai rawatan untuk pesakit.

Antibiotik untuk tempoh masa singkat terbukti selamat untuk bakal ibu dan bayi, tetapi ia haruslah dipantau secara konsisten oleh doktor.

Terdapat juga remedi di rumah yang boleh membantu mengatasi jangkitan ini, seperti:

1. Jus kranberi sebagai cara hilangkan kencing kotor dengan cepat 

petua hilangkan kencing kotor semasa hamil

Pengambilan jus kranberi tulen tanpa gula tambahan dipercayai dapat menghalang UTI. Ini kerana kranberi berfungsi untuk membantu menghalang bakteria daripada melekat pada saluran kencing.

Pun begitu, anda tidak boleh minum jus ini jika mengambil ubat pencair darah kerana ia boleh menyebabkan pendarahan.

2. Banyakkan minum air, antara petua hilangkan kencing kotor semasa hamil

Dehidrasi dikaitkan dengan peningkatan risiko UTI. Apabila mengalami dehidrasi, anda akan kurang membuang air kecil, yang boleh mewujudkan tempat pembiakan bakteria.

Jadi pastikan anda minum air sepanjang hari untuk kekal terhidrat dan memenuhi keperluan cecair harian.

Ia dianggap sebagai cara hilangkan kencing kotor dengan cepat kerana dapat mencairkan air kencing dan membantu membuang bakteria yang mungkin ada.

3. Vitamin C juga cara hilangkan kencing kotor dengan cepat 

Meningkatkan pengambilan vitamin C juga boleh mencegah kemungkinan E.coli dan jangkitan saluran kencing.

Vitamin C dipercayai meningkatkan tahap berasid air kencing – yang membunuh bakteria punca jangkitan dan juga menguatkan sistem imun.

Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayuran kaya vitamin C seperti lada benggala merah, oren dan kiwi.

4. Elakkan minuman yang merengsakan pundi kencing

Kopi, alkohol dan minuman ringan mengandungi jus sitrus atau kafein boleh merengsakan pundi kencing serta menyebabkan kencing berlebihan.

Petua hilangkan kencing kotor semasa hamil #5. Tabiat kebersihan sihat

Amalan tabiat kebersihan yang baik dapat mencegah UTI.

Pertama, elakkan menahan kencing terlalu lama. Ini boleh menyebabkan pengumpulan bakteria punca jangkitan.

Kedua, biasakan diri untuk mengelap daripada faraj ke dubur selepas ke tandas. Ini dapat menghalang bakteria daripada kawasan dubur merebak ke faraj dan uretra.

6. Kencing selepas bersama juga cara hilangkan kencing kotor dengan cepat 

Amat penting untuk cuba menyingkirkan sebarang bakteria yang mungkin memasuki uretra dengan minum segelas air dan kencing sejurus selepas hubungan seks.

7. Produk kewanitaan 

Sesetengah produk kewanitaan seperti semburan deodoran, douche dan serbuk boleh merengsakan uretra dan menyebabkan UTI. Jadi elakkan penggunaannya, okay? 

8. Probiotik, salah satu petua hilangkan kencing kotor semasa hamil

Probiotik adalah mikroorganisma berfaedah. Ia menggalakkan keseimbangan bakteria sihat dalam usus.

Probiotik boleh didapati dalam bentuk suplemen atau makanan yang ditapai seperti kefir, kimchi atau yogurt.

9. Minyak cengkih sebagai petua hilangkan kencing kotor semasa hamil

petua hilangkan kencing kotor semasa hamil

Minyak cengkih terkenal dengan sifat antimikrob, antivirus dan antikulatnya. Sifat antibakteria minyak ini membantu membunuh E.coli dan mencegah risiko jangkitan UTI. 

Namun minyak cengkih juga dikaitkan dengan tindak balas buruk oleh badan. Jadi sebelum mencubanya, berundinglah dengan doktor terlebih dahulu.

10. Material seluar dalam

Pakailah seluar dalam diperbuat daripada gentian semula jadi seperti kapas untuk memastikan uretra kekal bersih dan kering bagi mengelakkan kemasukan bakteria. 

Seluar dalam yang diperbuat daripada gentian sintetik seperti nilon atau terlalu ketat boleh memerangkap kelembapan, sekali gus menjadi kawasan persekitaran kegemaran untuk pertumbuhan bakteria.

Akhir kata

Sebelum mencuba sebarang remedi di rumah atau petua hilangkan kencing kotor semasa hamil, anda dinasihatkan untuk berunding dengan doktor terlebih dahulu. 

Perhatian!

Ia penting untuk memastikan keselamatan dan kesesuaian diri dengan sebarang kaedah semula jadi ini.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Natural Treatments for UTIs During Pregnancy. https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/pregnancy-health-wellness/natural-treatments-for-utis-during-pregnancy/. Accessed on July 17, 2023
  2. Zafriri D, Ofek I, Adar R, Pocino M, Sharon N. Inhibitory activity of cranberry juice on adherence of type 1 and type P fimbriated Escherichia coli to eucaryotic cells. Antimicrob Agents Chemother. 1989 Jan;33(1):92-8. doi: 10.1128/AAC.33.1.92. PMID: 2653218; PMCID: PMC171427. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/2653218/. Accessed on July 17, 2023
  3. Beetz R. Mild dehydration: a risk factor of urinary tract infection? Eur J Clin Nutr. 2003 Dec;57 Suppl 2:S52-8. doi: 10.1038/sj.ejcn.1601902. PMID: 14681714. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/14681714/. Accessed on July 17, 2023
  4. M. E. Sanders, D. Merenstein, C. A. Merrifield, R. Hutkins. Probiotics for human use. Nutrition BulletinVolume 43, Issue 3 p. 212-225. https://doi.org/10.1111/nbu.12334. Accessed on July 17, 2023 
  5. Ritchie ML, Romanuk TN. A meta-analysis of probiotic efficacy for gastrointestinal diseases. PLoS One. 2012;7(4):e34938. doi: 10.1371/journal.pone.0034938. Epub 2012 Apr 18. PMID: 22529959; PMCID: PMC3329544. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/22529959/. Accessed on July 17, 2023
  6. Ritchie ML, Romanuk TN. A meta-analysis of probiotic efficacy for gastrointestinal diseases. PLoS One. 2012;7(4):e34938. doi: 10.1371/journal.pone.0034938. Epub 2012 Apr 18. PMID: 22529959; PMCID: PMC3329544. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/22529959/. Accessed on July 17, 2023
  7. Urinary Tract Infections During Pregnancy. https://www.aafp.org/pubs/afp/issues/2000/0201/p713.html. Accessed on July 17, 2023 

Versi Terbaru

14/08/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Rawat Selesema Dan Flu Ketika Hamil, Ini Adalah Pilihan Selamat Untuk Bakal Ibu!

Nak Elak Diabetes Gestasi, Kena Tahu Bacaan Gula Normal Untuk Ibu Mengandung!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/08/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan