backup og meta

Pernah Dengar Tapi Masih Tidak Faham? Jom Belajar Apa Itu Rintangan Antibiotik!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 29/07/2020

    Pernah Dengar Tapi Masih Tidak Faham? Jom Belajar Apa Itu Rintangan Antibiotik!

    Bakteria adalah organisma unisel yang didapati di seluruh bahagian dalam dan luar badan kita.

    Kebanyakan bakteria tidak berbahaya malah ada yang sangat membantu, termasuk majoriti bakteria yang hidup dalam usus kita (guts).

    Walau bagaimanapun, bakteria penyebab penyakit boleh menyebabkan penyakit seperti sakit tekak.

    Antibiotik  juga dikenali sebagai ubat anti mikrob, adalah ubat yang melawan jangkitan yang disebabkan oleh bakteria di dalam manusia dan haiwan.

    Antibiotik melawan jangkitan ini sama ada dengan membunuh bakteria atau menjadikannya sukar untuk berkembang dan membiak.

    Antibiotik tidak mempunyai sebarang kesan ke atas virus.

    Apa itu rintangan antibiotik?

    Maksud rintangan antibiotik berlaku apabila bakteria berubah untuk melindungi dirinya daripada antibiotik.

    Ia kemudian tidak lagi sensitif kepada antibiotik itu.

    Apabila ini berlaku, antibiotik yang sebelum ini akan membunuh bakteria, atau menghalangnya daripada membiak, tidak lagi berfungsi.

    Penggunaan berlebihan dan penyalahgunaan antibiotik boleh menggalakkan perkembangan bakteria tahan antibiotik.

    Setiap kali seseorang mengambil antibiotik, bakteria sensitif (bakteria yang antibiotik boleh menyerang) dibunuh, tetapi bakteria tahan antibiotik dibiarkan berkembang dan membiak.

    antibiotik

    Ini adalah bagaimana penggunaan berulang antibiotik boleh meningkatkan bilangan bakteria tahan.

    Inilah yang maksud rintangan antibiotik yang sebenar.

    Bagaimana ia memberi kesan kepada kita?

    Menggunakan antibiotik apabila anda tidak memerlukannya mungkin bermakna ia tidak akan berfungsi apabila anda memerlukannya pada masa akan datang.

    Jika anda mempunyai jangkitan bakteria tahan antibiotik:

    • Anda akan mendapat jangkitan lebih lama
    • Anda mungkin lebih cenderung untuk mendapat komplikasi jangkitan
    • Anda boleh kekal berjangkit untuk lebih lama, dan menyebarkan jangkitan anda kepada orang lain, yang meningkatkan masalah

    Apa itu rintangan antibiotik adalah salah satu persoalan dan masalah kesihatan awam yang paling mendesak di dunia.

    Maksud rintangan antibiotik adalah ia boleh menyebabkan penyakit yang mudah dirawat dengan antibiotik menjadi jangkitan berbahaya, memanjangkan penderitaan untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

    Bakteria tahan antibiotik boleh merebak kepada ahli keluarga, rakan sekolah, dan rakan sekerja, dan mungkin mengancam komuniti anda.

    Bakteria tahan antibiotik selalunya lebih sukar untuk dibunuh dan lebih mahal untuk dirawat.

    Dalam sesetengah kes, jangkitan bakteria tahan antibiotik boleh menyebabkan ketidakupayaan yang serius atau kematian.

    Walaupun sesetengah orang berfikir seseorang  boleh menjadi kebal kepada ubat-ubatan tertentu, sebenarnya bakteria, bukan orang itu, yang menjadi kebal kepada ubat-ubatan.

    rintangan antibiotik

    Bagaimana mencegah ketahanan antibiotik

    Anda boleh mengelakkan ketahanan antibiotik dengan cara berikut:

    • Memahami bahawa kebanyakan orang tidak memerlukan antibiotik untuk selesema dan flu kerana ia adalah disebabkan oleh virus
    • Tanya ahli perubatan profesional jika ada langkah-langkah yang boleh diambil untuk berasa lebih baik dan mendapat kelegaan simptom tanpa menggunakan antibiotik
    • Ambil dos antibiotik yang betul pada masa yang betul, seperti yang ditetapkan oleh doktor
    • Ambil antibiotik anda seperti disarankan doktor
    • Ambil langkah mudah untuk mengelakkan jangkitan dan menghalangnya daripada membiak
    • Maklumkan kepada ahli perubatan profesional anda, anda mengambil berat tentang rintangan antibiotik
    • Buang sebarang baki ubat
    • Tanya ahli perubatan profesional mengenai vaksin yang disyorkan untuk anda dan keluarga anda untuk mengelakkan jangkitan yang mungkin memerlukan antibiotik
    • Jangan sesekali terlepas dos atau berhenti mengambil antibiotik awal kecuali doktor anda memberitahu anda untuk berbuat demikian
    • Jangan sesekali memberi tekanan kepada doktor anda untuk menetapkan antibiotik
    • Jangan sesekali menyimpan antibiotik untuk waktu sakit di masa hadapan
    • Jangan sesekali mengambil antibiotik yang ditetapkan untuk orang lain

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 29/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan