Penyakit Jangkitan Saluran Kencing (UTI): Ini Tanda, Punca & Rawatan Anda Perlu Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/02/2021 . 6 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Jangkitan Saluran kencing, sila dapatkannya di sini. 

Jangkitan saluran kencing (urinary tract infection – UTI) atau dikenali juga dengan nama penyakit kencing kotor merupakan sejenis jangkitan yang boleh menyebabkan rasa ketidakselesaan pada kawasan alat sulit.

Setiap tahun, kencing kotor merangkumi hampir 8.1 juta lawatan ke hospital atau klinik di seluruh dunia. Hampir 60% wanita dan 12% lelaki berisiko untuk menghidap UTI sekali seumur hidup.

Kencing kotor berlaku pada saluran air kencing. Saluran ini meliputi bahagian buah pinggang, pundi kencing dan juga uretra.

Darah di dalam badan manusia akan melalui proses penapisan di bahagian buah pinggang. Segala bahan buangan akan ditapis dan disimpan di dalam pundi kencing sebagai urin. 

Uretra pula ialah saluran yang bertanggungjawab untuk membuang urin daripada pundi kencing keluar daripada badan.

Sebelum meneruskan pembacaan, mari kita kenali apakah jangkitan salur kencing dengan lebih mendalam dan simptom-simptomnya. 

Apa itu jangkitan saluran kencing?

Jangkitan saluran kencing merupakan sejenis jangkitan yang berlaku di dalam sistem urinari. Ia boleh berlaku pada mana-mana bahagian termasuklah pada uretra, ureter, pundi kencing dan juga buah pinggang.

Antara simptom UTI yang lazim ialah rasa sakit ketika membuang air kecil, kerap pergi ke tandas dan juga rasa sakit pada bahagian pelvis.

Berbanding lelaki, wanita lebih berisiko untuk dijangkiti UTI. Malah, 1 daripada 2 wanita mempunyai risiko untuk dijangkiti UTI sekali seumur hidup. 

Tambah lagi, wanita  juga lebih berisiko untuk mengalami jangkitan saluran kencing lebih daripada sekali.

UTI selalunya berlaku disebabkan oleh jangkitan bakteria. Oleh sebab itu, doktor selalunya akan mengubat jangkitan ini dengan antibiotik.

Bakteria ini akan memasuki bahagian uretra dan pundi kencing lalu menyebabkan inflamasi dan jangkitan. 

Walaupun UTI selalunya berlaku hanya pada dua bahagian ini, jangkitan boleh merebak ke bahagian ureter lalu menjangkiti buah pinggang.

Hampir 90% kes infeksi pada bahagian buah pinggang adalah disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali sebagai E. coli. Bakteria ini selalunya dapat dijumpai di dalam usus manusia.

Jangkitan saluran kencing selalunya akan membuatkan pesakit rasa sakit dan tidak selesa. Oleh sebab itu, mencegah UTI adalah lebih baik daripada mengubati.

Simptom jangkitan saluran kencing

Kadangkala, UTI tidak akan menunjukkan sebarang simptom. Namun, antara simptom yang lazim adalah:

1. Rasa sakit ketika membuang air kecil.

Individu yang mempunyai jangkitan saluran kencing akan alami iritasi pada kawasan pundi kencing dan juga uretra.  Iritiasi ini akan menyebabkan bahagian bawah abdomen rasa sakit ketika membuang air kecil.

2. Air kencing berwarna keruh, coklat atau berdarah

Selain rasa sakit, jangkitan bakteria yang disebabkan oleh UTI akan membuatkan air kencing berwarna keruh, coklat ataupun berdarah.

Kadangkala, pesakit akan alami masalah urin berbau busuk pada masa yang sama.

3. Perlu ke tandas berulang kali

Selain itu, pesakit juga mungkin perlu ke tandas berulang kali untuk membuang air kecil. Walaupun rasa terdesak untuk kencing, pesakit pada akhirnya hanya akan membuang air kecil dalam jumlah yang sedikit.

4. Rasa sakit pada bahagian belakang atau bawah abdomen

Jangkitan saluran kencing akan menyebabkan pesakit demam dan alami sakit belakang. Selain itu, jangkitan juga akan menyebabkan rasa loya dan muntah-muntah.

Pesakit yang alami UTI perlu dirawat dengan segera kerana jangkitan tersebut boleh merebak ke bahagian buah pinggang.

Jika ini berlaku, jangkitan tersebut akan merebak pula melalui salur darah dan mungkin mengakibatkan kondisi yang boleh mengancam nyawa.

Jenis-jenis jangkitan saluran kencing

Setiap jenis UTI mempunyai tanda dan simptom yang berbeza, bergantung kepada bahagian apa yang terkesan dengan jangkitan. Sebagai contoh:

1. Cystitis (pundi kencing)

Pundi kencing pesakit yang alami cystitis akibat UTI akan rasa sakit kerana mula membengkak dan mengalami iritasi. 

Akibatnya, pesakit akan rasa sakit ketika membuang air kecil. Mereka juga perlu ke tandas dengan kerap.

Antara simptom cystitis adalah:

  • Sakit pada bahagian pelvis
  • Sakit di sekitar bawah abdomen
  • Rasa sakit, pedih ketika membuang air
  • Darah di dalam air kencing

2. Acute pyelonephritis (buah pinggang)

Acute pyelonephritis berlaku apabila bakteria atau virus menjangkiti salah satu atau kedua-dua buah pinggang pesakit. 

Jika individu tersebut pernah diserang UTI, pundi kencing akan dijangkiti terlebih dahulu sebelum ia sampai ke bahagian buah pinggang. 

Apabila jangkitan telah sampai ke bahagian buah pinggang, kondisi ini boleh membawa maut jika ia tidak dirawat secepat mungkin. 

Antara simptom acute pyelonephritis:

  • Sakit pada sisi badan
  • Demam bersuhu tinggi
  • Menggeletar dan rasa sejuk
  • Mual
  • Muntah-muntah

3. Urethritis (uretra)

Urethritis merupakan sejenis inflamasi yang berlaku pada kawasan ureta. Jangkitan ini akan membuatkan pesakit rasa pedih ketika membuang air kecil.

Antara simptom urethritis adalah:

  • Sakit ketika membuang air kecil
  • Keluar cecair yang tidak dapat dikenal pasti pada kawasan kemaluan

Rawatan dan pencegahan jangkitan saluran kencing

Penyakit air kencing kotor boleh dirawat menggunakan antibiotik untuk menyembuhkan simptom yang dialami. 

Namun, sebagai peringatan, UTI boleh berlaku kali kedua jika pesakit tidak melakukan beberapa jenis perubahan dari segi gaya hidup. 

Untuk mengelakkan jangkitan berulang, ada beberapa langkah pencegahan mudah yang boleh anda lakukan.

Rawatan menggunakan antibiotik

Air kencing kotor

Jika anda merupakan seorang lelaki ataupun wanita yang tidak mengandung, doktor akan memberikan preskripsi antibiotik untuk menyembuhkan jangkitan yang dialami.

Simptom UTI akan mula hilang selepas beberapa hari melakukan rawatan. Pastikan anda menghabiskan antibiotik yang diberikan walaupun anda rasa sudah sembuh daripada jangkitan.

Jika UTI yang dialami sembuh, anda tidak perlukan ujian urin untuk kali kedua.

Walau bagaimanapun, individu yang mengalami jangkitan yang lebih teruk mungkin perlu mengambil antibiotik dalam tempoh yang lebih lama.

Malah, ada juga yang perlu dihospitalkan selama beberapa hari.

Untuk pengetahuan anda, 20 hingga 40% wanita yang pernah menghidap UTI akan mengalaminya kembali pada masa hadapan. 

Lelaki pula lebih sukar untuk menghidap UTI, namun jangkitan boleh berulang jika bakteria tersebut masih berada di dalam prostat.

Individu yang mengalami UTI lebih daripada 3 kali setahun perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. 

Anda mungkin perlu melakukan ujian lain untuk kenal pasti masalah yang menyebabkan anda sering diserang kencing kotor.

Kadangkala, pesakit mempunyai kelainan dari segi anatomi yang menyebabkan mereka lebih berisiko untuk diserang UTI.

Pencegahan penyakit air kencing kotor

Ada beberapa langkah yang pesakit boleh ambil untuk mencegah UTI. Antaranya ialah:

1. Minum banyak air, terutamanya air putih

Individu yang mempunyai UTI digalakkan minum lebih banyak air supaya urin lebih cair. Malah, amalan ini bukan sahaja dapat membantu untuk kekal hidrat, ia juga boleh merendahkan risiko UTI.

Selain itu, risiko untuk menghidap UTI juga dapat dikurangkan kerana bakteria telah disingkirkan dari badan bersama-sama air kencing sebelum jangkitan berlaku.

2. Minum jus kranberi elak jangkitan saluran kencing

Ramai orang yang mendakwa jus kranberi boleh memberikan kelegaan kepada pesakit yang menghidap UTI. Namun, kajian masih lagi tidak mempunyai sebarang bukti yang kukuh untuk menyokong kenyataan ini.

Walau bagaimanapun, tidak salah jika anda ingin amalkan pengambilan jus kranberi. Ia bukan sahaja sedap, malah berkhasiat untuk anda!

3. Jaga kebersihan diri

UTI selalunya boleh dielakkan dengan mengamalkan penjagaan dari segi kebersihan diri, lebih-lebih lagi untuk kaum wanita.

Uretra dalam kalangan wanita lebih pendek berbanding lelaki. Oleh sebab itu, bakteria E. coli lebih mudah untuk masuk dan menjangkiti saluran kencing wanita.

Cara yang paling mudah untuk elakkan jangkitan ialah dengan sentiasa mengelap kemaluan daripada depan ke belakang dan bukannya sebaliknya.

Selain itu, wanita juga perlulah menjaga kebersihan diri sewaktu datang haid. Tukar tuala wanita sekerap mungkin untuk elakkan UTI.

4. Buang air selepas melakukan hubungan seks

Sentiasa buang air kecil selepas seks untuk mengurangkan risiko kencing kotor. Amalan ini dapat mengeluarkan bakteria daripada saluran kencing dan mengelakkan sebarang jangkitan pada masa hadapan.

Selain itu, elakkan meruang alat sulit. Amalan ini tidak digalakkan dan mungkin akan menyebabkan anda alami jangkitan yang lebih teruk.

Cukup sekadar membasuh alat sulit dengan air selepas membuang air dan juga melakukan hubungan seks.

5. Tukar kaedah perancang kehamilan anda

Ada wanita yang lebih berisiko untuk mendapat jangkitan UTI setelah mereka menggunakan diafragma sebagai alat perancang kehamilan. 

Jika anda rasa ini penyebab UTI yang dialami, berhubunglah dengan doktor secepat mungkin.

6. Gunakan seluar dalam yang longgar untuk elak air kencing kotor

Seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada material yang sukar untuk menyerap peluh akan menggalakkan pertumbuhan bakteria.

Sebagai ganti, cuba gunakan seluar dalam kapas. Ia juga lebih selesa dan tidak murah menyerap lembapan.

Bila saya perlu berjumpa doktor

Air kencing kotor

Jangan berlengah untuk terus berjumpa doktor jika anda alami simptom UTI seperti pedih ketika membuang air kecil, sakit pada bahagian abdomen dan ada darah di dalam air kencing.

Selain itu, jika anda demam, rasa sakit pada sisi abdomen dan alami cirit birit, pastikan anda berjumpa doktor dengan segera. Simptom tersebut merupakan tanda jangkitan pada buah pinggang dan boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan serta-merta.

Doktor mungkin akan bertanya mengenai simptom yang dialami dan mengambil sampel urin untuk mengesahkan pesakit menghidap UTI.

Untuk UTI yang kerap berulang pula, doktor mungkin akan memberi preskripsi ubat antibiotik untuk tempoh masa yang lebih lama.

Jika anda berada di rumah dan ingin melegakan ketidakselesaan yang dialami, anda boleh mengambil paracetamol sebelum berjumpa doktor.

Selain itu, anda juga perlu rehat dan minum air dengan banyak. Ini dapat membantu badan untuk menyingkirkan kuman daripada alat sulit dengan lebih cepat. Selain itu, elakkan melakukan hubungan seks sehinggalah simptom mulai hilang.

UTI bukan sejenis STD. Oleh sebab itu, ia tidak boleh menjangkiti pasangan anda. Walau bagaimanapun, seks akan jadi menyakitkan untuk penghidap penyakit air kencing kotor.

Kesimpulan

Kencing kotor merupakan penyakit yang lazim berlaku. Jika anda alami simptom-simptom UTI, jangan panik dan berjumpalah dengan doktor secepat mungkin.

Terangkan kepada doktor mengenai simptom anda dengan jelas. Jangan malu untuk menjawab soalan-soalan yang ditanya kepada anda lebih-lebih lagi jika seks merupakan salah satu penyebab UTI yang dialami.

Individu yang mempunyai UTI dengan kerap boleh hidup dengan selesa jika mereka berada di bawah program pengambilan antibiotik. Doktor akan memberi preskripsi berupa ubat antibiotik dalam amaun yang sedikit untuk mengelakkan jangkitan daripada berulang kembali.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Takut Masalah Kencing Kotor Melarat Jika Bersama Suami? Buat 5 Langkah Ini!

Jangkitan salur kencing (UTI) merupakan satu masalah kesihatan lazim. Bolehkah penghidapnya melakukan hubungan seks dengan pasangan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Jangkitan Saluran Kencing, Urologi 02/07/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Hamil, JANGAN Abaikan Jika Anda Alami Kencing Kotor! Ia Beri Kesan Pada Buah Pinggang

Kencing kotor semasa mengandung berbahaya buat ibu hamil. Oleh itu, jalanilah saringan air kencing yang disarankan oleh doktor di klinik terdekat.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Cubaan Hamil, Cubaan Hamil Lain, Kehamilan 06/03/2020 . 3 minit bacaan

Aduh, Kencing Tak Lawas Menyerang Lagi? Ini 6 Cara Mengawalnya Dengan Berkesan!

Kencing tak lawas boleh berlaku disebabkan oleh beberapa perkara antaranya penuaan, menopaus, kelahiran anak dan keadaan kesihatan lain.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Farah Aziz
Kencing Tak Lawas, Urologi 04/01/2019 . 4 minit bacaan

14 Tanda Anda Alami Kencing Kotor, Usah Abaikannya!

Kencing kotor lazim dialami oleh wanita terutamanya populasi ibu hamil. Oleh sebab itulah wanita perlu berjaga-jaga dan mengambil langkah pencegahan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Kesihatan Wanita, Menopaus 25/10/2018 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kencing kotor

Kerap Rasa Nak Kencing Tapi Keluar Setitis Sahaja, AWAS Anda Mungkin Kena Kencing Kotor!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 22/01/2021 . 5 minit bacaan
kencing kotor

BAHAYA! Hentikan Tabiat Buruk Sering Menahan Kencing, Jika Tak Nak Dapat Penyakit Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
rahim jatuh

Nak Tahu Rahim Jatuh Atau Tidak, Caranya Hanya Guna Jari, Boleh Lakukan Sendiri?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 02/09/2020 . 3 minit bacaan
kencing kotor

Anak Dapat Kencing Kotor Jika Berendam Dalam Buih Sabun, Betul Ke? Ada Lagi 8 Punca UTI Berlaku

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 08/07/2020 . 3 minit bacaan