Apabila melalui tempoh kehamilan, terdapat aspek penjagaan kehamilan yang perlu diketahui bagi mengelakkan masalah kesihatan lain seperti diabetes gestasi. Jom ketahui bacaan gula normal untuk ibu mengandung.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Apabila melalui tempoh kehamilan, terdapat aspek penjagaan kehamilan yang perlu diketahui bagi mengelakkan masalah kesihatan lain seperti diabetes gestasi. Jom ketahui bacaan gula normal untuk ibu mengandung.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Diabetes gestasi atau gestational diabetes mellitus (GDM) merupakan satu penyakit yang biasa dialami oleh individu wanita hamil. Ia adalah salah satu komplikasi perubatan yang kerap dihadapi semasa kehamilan.
Penyakit ini akan memberikan implikasi kesihatan yang serius untuk ibu dan anak dalam kandungan sekiranya tidak dikawal dengan baik.
Sekiranya menghidap penyakit diabetes, anda perlu mengendalikan gula darah dan memastikannya sentiasa dalam paras normal untuk melindungi kesihatan diri dan bayi.
Jadi, anda perlu tahu bacaan gula normal untuk ibu mengandung bagi mengelakkan diabetes gestasi.
Jenis diabetes ini boleh menjejaskan kesihatan ibu dan janin jika tidak dikesan dan dikawal.
Wanita hamil mempunyai lebih banyak risiko preeklampsia, jangkitan, macrosomic baby (saiz bayi lebih besar daripada bayi normal yang lain, walaupun tidak semua diabetes gestasi menyebabkan bayi menjadi besar) dan keguguran.
Merawat diabetes gestasi perlu untuk memastikan janin sihat dan mengelakkan komplikasi semasa kelahiran.
Anda sudah mengetahui bahawa diabetes gestasi boleh mendatangkan implikasi kesihatan kepada ibu dan bayi dalam kandungan, jadi apakah bacaan gula normal untuk ibu mengandung?
Bacaan gula normal untuk ibu mengandung atau bsp bergantung kepada sama ada ketika dia berpuasa atau selepas makan. Untuk pengetahuan, BSP merupakan singkatan kepada profil gula dalam darah.
Ujian BSP sering dilakukan di hospital dan klinik kesihatan bagi ibu yang menerima diagnosis diabetes gestasi atau mereka yang sudah mempunyai penyakit diabetes sebelum hamil (jenis 1 atau jenis 2).
Walau bagaimanapun, jika berkemampuan, anda boleh mendapatkan alat ujian ini untuk membolehkan ujian dilakukan di rumah.
Berikut merupakan garis panduan bacaan daripada American Clinical O&G (ACOG):
Walau bagaimanapun, bacaan di atas adalah sekadar garis panduan semata-mata yang diperolehi daripada pelbagai penyelidikan yang dilakukan.
Ini bermakna, bacaan gula normal untuk ibu mengandung adalah berbeza bagi setiap individu.
Jadi bagaimana penjagaan bagi ibu yang mungkin mengalami masalah diabetes gestasi ini? Berikut dikongsikan beberapa tip penjagaan yang boleh diamalkan:
Pemakanan seimbang
Diet yang sihat dan seimbang amatlah digalakkan untuk setiap individu, khususnya individu yang mempunyai masalah diabetes.
Seorang pakar pemakanan boleh membantu anda membuat rancangan pemakanan seimbang dan menunjukkan cara mengawal gula dalam darah sepanjang tempoh kehamilan.
Hidangan makanan biasa bagi wanita yang mempunyai diabetes gestasi adalah termasuk tiga hidangan bersaiz kecil ke sederhana dan dua hingga empat hidangan snek.
Pengubahsuaian hidangan makanan adalah bergantung kepada tahap gula dalam darah, selera pemakanan dan pola pertambahan berat serta faktor-faktor lain berkaitan kehamilan.
Pemeriksaan doktor
Sepanjang tempoh kehamilan, ibu hamil yang mempunyai diabetes perlu untuk melakukan pemeriksaan doktor dengan kerap.
Keadaan ini adalah untuk mendapatkan cara terbaik bagi mencegah dan merawat masalah kesihatan yang dialami pada peringkat awal.
Insulin dan pil
Anda perlu mengikut jadual pengambilan insulin dan pil seperti yang diarahkan oleh doktor bagi mengawal tahap gula dalam darah.
Terdapat beberapa keadaan di mana insulin sesuai untuk dijadikan rawatan utama. Antaranya:
Pemantauan dan kawalan
Mengekalkan gula dalam darah secara terkawal juga boleh menyebabkan paras gula dalam darah berada pada tahap yang rendah. Ini boleh menjejaskan bacaan gula normal untuk ibu mengandung.
Jika anda mengambil pil diabetes atau insulin, disyorkan untuk mempunyai sumber gula yang cepat, seperti gula-gula, tablet glukosa atau gel sepanjang masa.
Sememangnya sepanjang tempoh mengandung, berat badan anda pasti akan bertambah. Berikut adalah kenaikan berat badan yang disarankan bagi individu wanita hamil mengikut indeks jisim badan (BMI):
Secara mudahnya, jika BMI anda adalah antara 18.5 hingga 22.9 sebelum mengandung, pastikan kenaikan berat badan anda sepanjang tempoh kehamilan adalah tidak melebihi 16 kg.
Sebaliknya, jika BMI anda adalah tinggi sebelum hamil, kenaikan berat yang lebih rendah adalah amat digalakkan.
Apa yang penting adalah untuk ibu yang sedang hamil perlu menjaga diri secara keseluruhan, melibatkan kesihatan fizikal dan mental. Elakkan stres, okay?
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen