3. Hipsters

Inginkan seluar dalam yang menyerlahkan bentuk punggung anda? Cuba pakai seluar dalam jenis hipsters! Confirm seksi!
Selalunya, hipsters mempunyai pelbagai jenis kemasan seperti renda atau manik, serta dijahit menggunakan fabrik yang berkilat dan tidak berkelim (seamless). Jadi, seluar dalam jenis ini tidak akan nampak ketara kesannya di seluar atau skirt anda.
Bukan itu sahaja, seluar dalam jenis ini juga sesuai untuk setiap jenis bentuk badan. Jadi, jika anda ingin tampil lebih seksi, cubalah gayakan seluar dalam ini!
Baca juga:
4. Seluar dalam perempuan jenis boy briefs
Inginkan ‘perlindungan’ tambahan ketika memakai skirt pendek? Pemakaian boy briefs adalah jawapannya!
Mungkin ramai yang menyamakan seluar dalam ini dengan boxer milik lelaki. Namun, boy briefs lebih comel dan sesuai dipakai ketika sedang bersantai di rumah.
Boy briefs sangat selesa untuk kegunaan harian. Bahagian kakinya lebih panjang, namun ia masih boleh menyerlahkan bentuk badan anda.
Malah, kini ada banyak jenis boy briefs yang comel yang boleh anda beli. Ada yang mempunyai corak comel. Ada juga yang mempunyai riben kecil pada getah belakang badan!
5. Thong

Thong merupakan antara jenis seluar dalam wanita yang paling seksi. Ia menyerlahkan bentuk punggung dan sering menjadi pilihan kaum Hawa untuk digayakan pada malam-malam intim bersama suami.
Walau bagaimanapun, bukan semua wanita suka pakai thong. Ia boleh menyebabkan celah punggung melecet jika dipakai terlalu lama. Namun, thong yang diperbuat daripada material yang lembut selalunya tidak akan mendatangkan sebarang kecederaan.
6. Seluar dalam perempuan jenis G string
G string merupakan sejenis seluar dalam yang sesuai untuk wanita yang ingin rasa seksi. Ia hanya menutup kawasan hadapan kemaluan. Jika anda ingin sesuatu yang dapat membuatkan suami anda tergamam, G string merupakan pilihan terbaik.
Walau bagaimanapun, bukan semua wanita gemar memakai G string semata-mata untuk nampak dan rasa seksi. Ada juga yang sukakannya kerana dapat rasa ‘bebas’ – macam tak pakai seluar dalam langsung!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen