backup og meta

Tak Tahu Nak Makan Apa Ketika Sahur? Ambillah 10 Makanan Terbaik Kaya Vitamin C Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 04/07/2022

    Tak Tahu Nak Makan Apa Ketika Sahur? Ambillah 10 Makanan Terbaik Kaya Vitamin C Ini

    Saat sedang berpuasa, pengambilan makanan dan minuman anda pasti tidak sama seperti sewaktu tidak berpuasa. Kurangnya pengambilan minuman dan makanan vitamin C membuatkan keperluan nutrien dan vitamin ini tidak dipenuhi dengan baik.

    Jangan bimbang, anda masih boleh memenuhi keperluan vitamin C sewaktu sahur.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Buah dan sayuran yang boleh memenuhi keperluan makanan vitamin C sewaktu sahur

    Vitamin C atau asid askorbik merupakan salah satu vitamin penting yang diperlukan tubuh. Vitamin C bermanfaat sebagai antioksidan yang bertugas mencegah kerosakan sel-sel tubuh akibat pendedahkan kepada radikal bebas.

    Pengambilan vitamin C ke dalam tubuh boleh melalui pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan vitamin C, atau suplemen dalam pelbagai bentuk.

    Untuk memenuhi keperluan vitamin C sewaktu berpuasa, anda boleh memasukkan buah dan sayuran ini ke dalam menu sahur anda.

    makanan vitamin C

    1. Jambu batu, lubuk untuk penuhi keperluan makanan vitamin C

    Selain buah limau, salah satu buah yang menjadi sumber vitamin C adalah buah jambu batu. Kandungan vitamin C pada 100 gram jambu batu boleh mencapai 108 mg vitamin C.

    Kandungan vitamin C pada buah jambu batu bahkan lebih banyak berbanding kandungan vitamin C pada buah limau.

    Kandungan vitamin C  pada buah jambu batu bermanfaat untuk menjaga sistem imun tubuh serta memiliki sifat anti keradangan. Jika tidak suka memakannya secara langsung, anda boleh menjadikan buah ini sebagai jus.

    2. Epal, makanan ringkas semasa sahur

    Kandungan vitamin C pada buah epal baik itu epal merah maupun epal hijau juga cukup tinggi. Kandungan vitamin C pada 100 gram buah epal adalah sebanyak 5 mg vitamin C.

    Anda boleh mengambil buah epal untuk memenuhi keperluan vitamin C sewaktu sahur. Anda boleh mengambil buah ini sebelum makan makanan utama sewaktu sahur.

    3. Betik, makanan vitamin C terbaik

    makanan vitamin C

    Selain kandungan vitamin A yang tinggi pada buah betik, buah betik juga mengandungi vitamin C. Kandungan vitamin C pada 157 gram buah betik boleh mencapai 95.7 mg.

    Manfaat lain dari buah betik adalah membantu melancarkan metabolisme pencernaan tubuh.

    4. Strawberi, bantu cegah radikal bebas

    Strawberi merupakan salah satu jenis buah daripada kelompok buah beri. Kandungan vitamin C pada 100 gram buah strawberi iaitu sebanyak 83 mg vitamin C.

    Kandungan vitamin C pada buah strawberi bermanfaat membantu mencegah radikal bebas, mencegah keradangan, serta mengurangkan risiko penyakit kanser.

    5. Markisa, makanan vitamin C sahur yang optimum

    Buah yang dapat memenuhi keperluan vitamin C sewaktu sahur adalah buah markisa.

    Buah ini memiliki beberapa kandungan di antaranya vitamin C, serat, kalori, dan protein. Kandungan vitamin C pada 100 gram buah markisa adalah sebanyak 72 mg vitamin C.

    6. Kubis, penuhi keperluan serat dan vitamin

    Walaupun ramai orang yang tidak menyukai kubis atau sebarang sayur secara amnya, namun kubis boleh membantu menjaga kesihatan tubuh, bagaimana?

    Ini kerana 100 gram kubis mengandungi 92.6 mg vitamin C. Pengambilan kubis setiap hari boleh mencukupkan keperluan serat sekitar 5 gram,  50 kalori dan 3.76 gram protein.

    Jadi ia juga merupakan antara makanan vitamin C yang perlu anda ambil.

    7. Brokoli, tumbuhan hijau yang padat dengan nutrien

    Brokoli memiliki bentuk seperti kubis bunga namun berwarna hijau padat. Sayuran ini sering dimasak sebagai sup, bubur atau masakan lain.

    Dalam 100 gram brokoli ditemukan 49 mg kandungan vitamin C, 3 gram serat, 23 kalori dan 1.76 gram protein. Vitamin C dalam brokoli sangat baik untuk mencegah kanser dan sebagai agen antioksida dalam tubuh.

    makanan vitamin C

    8. Kubis bunga, sumber kekebalan tubuh terhadap penyakit

    Kubis bunga banyak boleh diubah menjadi pelbagai jenis masakan. Selain rasanya yang lezat dan renyah, 100 gram brokoli mengandungi 26 mg kandungan vitamin C.

    Kubis bunga juga mengandungi 2 gram serat, 12 kalori dan 1.23 gram protein. Vitamin C dalam kubis bunga sangat baik untuk menyokong kesihatan tubuh, mempertahankan kekebalan tubuh dan melawan serangan bakteria dan kuman penyebab jangkitan.

    9. Labu kuning, cegah kanser melalui makanan vitamin C

    Labu kuning disukai oleh ramai orang tua karena memiliki rasa yang lembut, mengenyangkan dan boleh diubah kepada pelbagai macam lauk.

    Dalam 100 gram labu kuning ditemukan kandungan 23 mg vitamin C, labu juga mengandungi serat hingga 2.1 gram, 23 kalori dan 1.23 gram protein.

    Kandungan vitamin C dalam buah labu kuning juga berperanan untuk melawan radikal bebas, mencegah kanser dan mengurangkan risiko kesan penuaan awal.

    Baca juga:

    10. Cili benggala hijau, penuhi keperluan tubuh badan

    Cili benggala hijau memang tidak terkenal seperti cili benggala merah. Cili benggala hijau hanya disukai oleh beberapa orang sebagai campuran salad atau hiasan dalam masakan.

    Namun ternyata cili benggala hijau memiliki kandungan nutrien yang sangat penting untuk menyokong kesihatan tubuh. Dalam 50 gram cili benggala hijau, terdapat sekitar 56. 5 gram kandungan vitamin C, 1.6 gram serat, 13 kalori dan 0.52 protein.

    Kandungan semua nutrien ini boleh membantu memenuhi keperluan tubuh setiap hari.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 04/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan