backup og meta

Ada Pendarahan Di Awal Kehamilan? Ini 8 RISIKO Yang Mungkin Terjadi

Ada Pendarahan Di Awal Kehamilan? Ini 8 RISIKO Yang Mungkin Terjadi

Kenapa berlaku pendarahan walaupun berdasarkan ujian kehamilan, keputusannya positif? Ini punca pendarahan awal kehamilan yang patut bakal ibu ketahui.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kehamilan, anda boleh klik di sini.

Pendarahan di awal kehamilan keadaan normal?

Bila berlaku pendarahan implantasi?

Pendarahan ketika hamil yang dikategorikan sebagai ringan, tidak perlu dibimbangkan. Ini terutamanya jika ia berlangsung selama 1 atau 2 hari sahaja.

Pendarahan awal kehamilan adalah dianggap sebagai perkara biasa dan sering kali tidak mendatangkan sebarang masalah. 

Namun sebaliknya, jika ia pendarahan berat dan disertai dengan gejala-gejala lain, ini mungkin petunjuk kepada keadaan kesihatan yang lebih serius. Kini anda tahu bila berlaku pendarahan implantasi.

Punca pendarahan awal kehamilan 

Seperti yang dinyatakan awal tadi, jika pendarahan ketika hamil agak teruk, terdapat beberapa kemungkinan yang menjadi penyebab keadaan itu terjadi bila berlaku pendarahan implantasi.

Berikut antara 8 risiko yang boleh dialami ibu mengandung:

1. Pendarahan implantasi

Bila berlaku pendarahan implantasi?

Pendarahan di awal kehamilan yang ringan adalah tidak berbahaya, ia disebut sebagai spotting. Anda boleh lihat contoh spotting awal kehamilan di internet. 

Keadaan itu berlaku apabila embrio melekat pada dinding rahim dan sedang berkembang. Selalunya ia terjadi dalam tempoh anda sepatutnya mengalami kedatangan haid.

Berbeza dengan darah haid, pendarahan awal kehamilan atau pendarahan implantasi biasanya berwarna lebih ringan – merah muda hingga coklat pudar.

Biasanya ia berlangsung untuk tempoh beberapa jam hingga hari dan tidak melibatkan pendarahan berat. Lihat contoh spotting awal kehamilan di internet. 

pendarahan awal kehamilan
Jenis-jenis pendarahan semasa mengandung.

2. Polip serviks

Dianggarkan 2 hingga 5% wanita menghidap polip – ketumbuhan kecil sebesar jari – pada serviks, pintu masuk daripada saluran faraj ke rahim. 

Polip serviks biasanya jinak – bererti ia bukan punca barah. 

Walau bagaimanapun, ketumbuhan itu boleh menyebabkan keradangan atau iritasi sehingga mengakibatkan berlakunya pendarahan berwarna merah terang.

Anda juga mungkin tidak akan mengalami sebarang simptom lain. Tetapi polip ini boleh dikesan dengan mudah semasa melakukan pemeriksaan pelvis. 

Punca pendarahan awal kehamilan #3. Hubungan seks atau pemeriksaan fizikal

Bercakap mengenai pemeriksaan pelvis, seperkara perlu difahami, terdapat kemungkinan ada alatan yang mungkin mencucuk atau berada dekat dengan pelvis semasa ujian dilakukan.

Keadaan itu boleh menyebabkan iritasi sekali gus pendarahan faraj.

Ini bermakna, aktiviti seksual juga boleh menjadi faktor pendarahan di awal kehamilan.

Umumnya, keadaan ini terjadi kerana hormon kehamilan menjadikan serviks – dan banyak perkara lain – lebih sensitif.

Anda mungkin melihat darah merah terang pada seluar dalam sejurus selepas hubungan intim atau pemeriksaan fizikal.

Usah bimbang, ia keadaan biasa yang berlaku sekali sahaja dan akan hilang dengan sendiri. 

4. Keguguran

Sebarang pendarahan berat pada trimester pertama, terutamanya jika diikuti dengan kesakitan, ia mungkin berkaitan dengan keguguran, seperti pendarahan ketika hamil 4 minggu.

Kebanyakan keguguran berlaku pada trimester pertama kehamilan. 

Jika anda mengalami keguguran, terdapat beberapa simptom lain yang akan terjadi seperti:

  • Pendarahan berwarna merah terang hingga coklat
  • Rasa sakit pada bahagian bawah perut
  • Rasa mencucuk pada bahagian belakang badan
  • Keluar darah beku atau tisu daripada saluran faraj

5. Kehamilan ektopik

Turut dikenali sebagai kehamilan luar rahim, ia terjadi apabila telur disenyawakan melekat pada kawasan luar rahim.

Kebanyakan kehamilan jenis ini berlaku pada bahagian tiub fallopio – penghubung antara ovari dan rahim.

pendarahan awal kehamilan
Ilustrasi kehamilan ektopik.

Peratusan untuk berlakunya kehamilan ektopik adalah lebih rendah berbanding risiko keguguran

Simptom lain yang mungkin dialami adalah:

  • Gelombang kesakitan tajam
  • Kekejangan teruk
  • Tekanan pada rektum

6. Kehamilan molar

Punca lain pendarahan awal kehamilan adalah kehamilan molar atau kehamilan anggur.

Komplikasi ini jarang terjadi tetapi ia merupakan keadaan serius. Dianggarkan 1 daripada setiap 1,000 kehamilan mengalaminya. 

Ia terjadi apabila tisu plasenta tumbuh secara tidak normal, yang berpunca daripada kesilapan genetik semasa persenyawaan. 

Ia sekali gus mengakibatkan janin tidak membesar dan boleh menyebabkan keguguran pada trimester pertama. 

Selain pendarahan ketika hamil yang berwarna merah terang hingga coklat gelap, simptom lain yang mungkin terjadi adalah:

  • Sakit perut bahagian bawah
  • Loya
  • Muntah

7. Subchorionic hematoma

Merupakan pendarahan di awal kehamilan yang berlaku apabila plasenta terlepas sedikit lekatan daripada dinding rahim. 

Kebanyakan wanita yang mengalami hematoma dapat menjalani kehamilan yang sihat.

Namun bagi subchorionic hematoma besar, wujud risiko keguguran untuk 20 minggu pertama kehamilan. 

Simptom lain yang boleh dialami adalah:

  • Pendarahan ringan hingga berat, mungkin berwarna merah jambu hingga coklat
  • Sakit perut bahagian bawah
  • Kekejangan 

8. Jangkitan 

Adakalanya pendarahan ketika hamil mungkin tidak berkaitan dengan kandungan anda sama sekali, seperti jangkitan pada kawasan pelvis, pundi kencing atau saluran kencing.

pendarahan awal kehamilan
Jangkitan pada faraj juga boleh menyebabkan pendarahan.

Ia mungkin berpunca daripada bakteria, virus atau fungus.

Jangkitan yis atau keradangan (vaginitis) serius turut boleh mengakibatkan pendarahan. 

Selain pendarahan ringan berwarna merah jambu hingga merah, simptom lain yang mungkin terjadi adalah:

  • Kegatalan
  • Kesakitan bahagian perut bawah
  • Sensasi terbakar ketika kencing
  • Keputihan
  • Benjolan atau luka pada bahagian luar faraj

Berhati-hati dengan pendarahan awal kehamilan


Dalam kebanyakan kes, ia adalah keadaan biasa dan sebahagian daripada proses awal mengandung.

Tetapi jika pendarahan berat, ia mungkin petanda masalah lebih serius. 

Jika ada sebarang keraguan, segera berjumpa dengan doktor.

[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Taran, F. A., Kagan, K. O., Hübner, M., Hoopmann, M., Wallwiener, D., & Brucker, S. (2015). The Diagnosis and Treatment of Ectopic Pregnancy. Deutsches Arzteblatt international, 112(41), 693–705. https://doi.org/10.3238/arztebl.2015.0693. Accessed on February 19, 2021.

Bleeding During Pregnancy. https://www.acog.org/womens-health/faqs/bleeding-during-pregnancy#:~:text=Bleeding%20in%20the%20first%20trimester,are%20developing%20in%20this%20area. Accessed on February 19, 2021.

Bleeding or pain in early pregnancy. https://www.healthywa.wa.gov.au/Articles/A_E/Bleeding-or-pain-in-early-pregnancy. Accessed on February 19, 2021.

Vaginal bleeding. https://www.nhs.uk/pregnancy/related-conditions/common-symptoms/vaginal-bleeding/. Accessed on February 19, 2021.

Early pregnancy bleeding. https://www.racgp.org.au/afp/2016/may/early-pregnancy-bleeding/. Accessed on February 19, 2021.

Versi Terbaru

07/10/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

WOW! Ada 12 Manfaat Jambu Batu Untuk Ibu Hamil, Paling Best, Khasiat No.12!

Nak Kehamilan Sihat, Kena Tahu Bacaan BSP Yang Normal Untuk Ibu Mengandung!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan