Bila saya perlu berasa risau?
Pendarahan semasa hamil adalah biasa berlaku, tetapi ia akan menjadi luar biasa jika anda mengalami pendarahan yang banyak. Anda perlu berwaspada, jika:
- Darah anda berwarna merah terang.
- Pendarahan yang berlaku datang bersama sakit. Selain merupakan petanda untuk keguguran atau risiko kehamilan ektopik, ia juga boleh menjadi tanda-tanda gangguan plasenta, di mana plasenta berasingan daripada uterus.
Apa yang perlu saya lakukan?
Disebabkan pendarahan semasa hamil boleh menjadi tanda kepada masalah serius, jadi anda perlu sentiasa memantau berapa banyak pendarahan yang berlaku dan warna darah, kemudian boleh mendapatkan nasihat daripada doktor atau ahli terapi dengan segera. Anda juga boleh melakukan pemeriksaan ultrasound untuk mengenal pasti punca pendarahan anda.
Anda boleh menghubungi perkhidmatan perubatan kecemasan jika mengalami sebarang simptom berikut:
- Sakit teruk atau kejang pada bahagian bawah abdomen
- Pening atau pengsan
- Keluar tisu dari faraj anda
- Menggigil
Jika anda mengalami sebarang kehilangan darah, adalah lebih baik jika anda memberitahu doktor anda, walaupun jika pendarahan yang berlaku sudah atau hampir berhenti. Ia mungkin adalah sesuatu yang sedikit, tetapi mungkin juga menjadi petanda kepada masalah yang lebih serius. Walaupun anda dan bayi anda kelihatan selamat, namun lebih baik jika langkah keselamatan awal dilakukan serta bersedia dengan sebarang komplikasi yang berkemungkinan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen