backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

16

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Bila Waktu Terbaik Buat Ujian Kehamilan Di Rumah?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 4 minggu lalu

Bila Waktu Terbaik Buat Ujian Kehamilan Di Rumah?

Waktu melakukan UPT adalah topik yang sering dipersoalkan jika ingin menjalani ujian kehamilan. Apakah tempoh masa yang terbaik untuk melakukannya dan hari ke berapa boleh tahu mengandung? 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Hari ke berapa boleh tahu mengandung selepas hubungan seks?

Memutuskan waktu menjalani urine pregnancy test (UPT) boleh memberikan tekanan kepada kebanyakan wanita. 

Namun secepat mana ujian UPT boleh dilakukan setelah melakukan seks?

Anda mungkin ingin melakukan UPT secepat mungkin tetapi disarankan untuk menunggu sehingga tempoh seminggu anda tidak mengalami pendarahan haid. 

Persoalannya, hari ke berapa boleh tahu mengandung jika sudah terlepas haid satu hari?

Jika anda tidak sabar menantikan hari kedatangan haid, anda disarankan sekurang-kurangnya berikan tempoh 1 atau 2 minggu selepas hubungan seks terakhir anda sebelum menjalani ujian UPT.

Tempoh menunggu ini penting, kerana badan perlu membangunkan hormon kehamilan hCG secukupnya agar keputusan ujian kehamilan positif dapat dikesan.

Bagi kebanyakan kes, anda sudah boleh mengesan tahap hCG bermula 7 hingga 12 hari selepas persenyawaan telur berlaku.

Jika waktu melakukan UPT terlalu awal, anda mungkin menerima keputusan negatif walaupun pada hakikatnya anda hamil.

Adakah ujian kehamilan kendiri tepat?

Kit ujian kehamilan yang boleh dibeli di farmasi berkedakatan adalah tepat asalkan anda melakukannya dengan betul.

Keputusannya mungkin tidak betul sekiranya:

  1. Anda tidak melakukan ujian dengan betul.
  2. Melakukan ujian terlalu awal.

Hari ke berapa boleh tahu mengandung, bila waktu terbaik untuk buat ujian UPT?

hari ke berapa boleh tahu mengandung

Menunggu masa sesuai untuk melakukan UPT pastinya boleh mendatangkan debaran kepada anda. 

Tetapi apakah masa yang terbaik untuk melakukannya? Adakah pada waktu pagi atau malam?

Sama ada anda menantikan keputusan yang positif atau negatif, UPT yang dilakukan pada waktu awal pagi boleh memberikan pengesahan harapan atau meredakan kebimbangan anda.

Menurut pakar, untuk mengetahui hari ke berapa boleh tahu mengandung, anda perlu tahu dahulu bila waktu sesuai melakukan ujian air kencing.

Air kencing pertama pada waktu pagi mempunyai kadar kepekatan hCG paling tinggi.

Melainkan anda terbangun pada waktu tengah malam untuk membuang air, maka air kencing pertama pada waktu pagi adalah yang terbaik bagi mengesan tanda awal kehamilan.

Walau bagaimanapun, ia bukan bermaksud ujian kehamilan ini tidak boleh dilakukan pada waktu lain. Cuma keputusan yang diperolehi cenderung negatif palsu, terutamanya jika anda minum banyak air.

Sememangnya pada waktu pagi, anda mungkin akan berada dalam keadaan mamai selepas bangun tidur dan mudah terlupa untuk melakukan UPT. 

Jadi mungkin anda boleh meletakkan nota pada pintu bilik air untuk mengingatkan diri anda.

Bagaimana pula kalau anda mempunyai jadual tidur yang berbeza dan tidak boleh menguji air kencing pada waktu pagi?

Jangan bimbang, anda boleh mencipta waktu melakukan UPT sendiri dengan menahan diri daripada kencing untuk tempoh sekurang-kurangnya 4 jam. 

Sebelum melakukan ujian pengesanan kehamilan, anda dinasihatkan untuk tidak minum terlalu banyak air pada waktu pagi berbanding kebiasaan. 

Ini kerana ia boleh mencairkan air kencing dan mempengaruhi hasil ujian yang dilakukan. 

Jika keputusan yang diperolehi adalah negatif namun anda berasakan bahawa anda hamil, lakukan ujian pengesanan sekali lagi selepas beberapa hari.

Jadi, sudah terjawab kan persoalan anda mengenai hari ke berapa boleh tahu mengandung?

Masa terbaik untuk lakukan ujian kehamilan

Anda boleh lakukan ujian pada hari pertama lewat haid. Jika anda tidak tahu bilakah tarikh anda datang haid, lakukan ujian sekurang-kuranya 21 hari selepas anda melakukan hubungan seks.

Tahap hormon hCG pada awal kehamilan

Kebanyakan syarikat pengeluar UPT mengesyorkan agar ujian kehamilan dilakukan pada awal pagi.

Ini kerana air kencing pertama itu biasanya mengandungi kadar kepekatan human chorionic gonadotropin (hCG), iaitu hormon kehamilan yang tertinggi. 

Berita baiknya, kadar hormon hCG ini akan meningkat setiap 2 hari pada awal kehamilan

Ini bermakna selepas minggu ke-4 atau ke-5 kehamilan, tahap hCG adalah mencukupi untuk memberikan hasil ujian kehamilan positif lebih tepat tanpa perlu menggunakan air kencing pertama waktu pagi

Sekali gus, bermaksud waktu melakukan UPT adalah pada bila-bila masa dalam sehari.

Melakukan ujian kehamilan darah

Anda mungkin sudah memperoleh hasil keputusan positif waktu melakukan UPT di rumah. 

Walau bagaimanapun, apabila tiba di klinik atau hospital, berkemungkinan besar doktor akan mencadangkan untuk anda menjalani ujian darah.

Apakah yang dimaksudkan dengan ujian tersebut dan mengapa anda perlu menjalaninya?

Umumnya, ujian kehamilan yang dilakukan di rumah anda adalah untuk mengukur tahap hormon hCG dalam air kencing.

Doktor mencadangkan untuk anda melakukan ujian darah kerana ia lebih sensitif dan boleh memberikan lebih banyak maklumat berbanding ujian pengesan melalui air kencing yang dibuat di rumah.

Ujian pengesanan kehamilan melalui darah ini paling terbaik untuk dilakukan setelah beberapa hari lewat daripada waktu anda sepatutnya mengalami haid. 

Jika ujian yang dilakukan di rumah tetap memberikan hasil keputusan negatif walaupun anda mengalami semua tanda kehamilan, cadangan terbaik adalah untuk melakukan ujian darah ini. 

Ketepatan ujian darah

hari ke berapa boleh tahu mengandung

Ujian darah yang dilakukan bagi mengesan kehamilan adalah paling menyakinkan kerana ia bersifat kuantitatif dengan menentukan jumlah hormon hCG secara lebih tepat.

Melalui ujian darah ini, ia dapat memberitahu doktor jika anda hamil atau anda perlu melakukan ujian lain dalam tempoh beberapa hari.

Doktor akan menyarankan melakukan ujian darah jika anda pernah mengalami kehamilan ektopik atau keguguran pada kehamilan lepas.

Hari ke berapa boleh tahu mengandung? Jawapannya tunggu masa sesuai

Walaupun anda mungkin tidak sabar menanti waktu melakukan UPT, namun pilihan paling baik adalah menunggu untuk menjalani ujian pengesanan pada awal pagi. 

Tidak kiralah sama ada anda mahukan keputusan positif atau negatif, waktu yang tepat dan sesuai dapat mengelakkan sebarang risiko untuk memperolehi keputusan palsu. Jadi, inilah jawapan kepada hari ke berapa boleh tahu mengandung!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 4 minggu lalu

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan