Walaupun majoriti keju yang dijual di pasaran sudah melalui pemeriksaan yang teliti, namun adalah lebih baik jika anda anggap keju sebagai makanan dilarang ambil sewaktu hamil.
10. Pucuk mentah
Orang melayu suka makan ulam dan pucuk mentah, kan? Akan tetapi, jika tidak dibasuh, makanan seperti kacang hijau, lobak, brokoli dan bawang mentah boleh mengandungi bakteria berbahaya.
Sebelum anda ambil ulam dan sebagainya, pastikan makanan tersebut dibasuh terlebih dahulu. Lebih baik jika anda boleh masak sayur tersebut.
11. Makanan yang berisiko menyebabkan alergi
Ambil perhatian lebih kepada jenis makanan yang membuatkan anda alergi. Kadangkala, makanan seperti roti dan lauk-pauk yang dimasak boleh mengandungi bahan tersebut.
Jika anda alergi pada kacang, maka itu adalah makanan dilarang ketika hamil. Pengambilan makanan tersebut hanya sesuai diambil oleh mereka yang tidak alergi sahaja.
12. Jus yang tidak dipasteurkan
Jangan sangka susu sahaja perlu melalui proses pempasteuran. Jus juga perlu dipasteurkan supaya bakteria yang terkandung di dalamnya boleh dibunuh.
Jus yang anda tidak pasti sama ada sudah dipasteurkan perlu dianggap sebagai makanan dilarang ketika hamil.
13. Makanan berkafein
Seperti yang anda sudah sedia maklum, kafein boleh menyebabkan kesan mudarat jika diambil secara berlebihan oleh ibu mengandung.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan had maksimum 200 mg sehari bagi peminum kopi tegar.
Jika diambil secara berlebihan ia boleh menyebabkan masalah berat lahir rendah, kelahiran pramatang dan kematian dalam rahim.
14. Teh herba

Mungkin teh herba kedengaran seperti bahan minuman yang selamat diambil oleh ibu mengandung, namun herba tertentu seperti kava-kava dan yohimbe perlu dielakkan kerana ia merupakan perangsang rahim.
Ia dianggap sebagai makanan dilarang ketika mengandung kerana boleh menyebabkan masalah keguguran dan kelahiran pramatang.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen