Apa Itu Polip Serviks? Tahukah Anda, Masalah Ini Boleh Menyebabkan Kanser Serviks?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 30/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pernahkah anda mendengar tentang polip serviks? Polip serviks merupakan satu ketumbuhan yang licin, berbentuk jejari dan berwarna merah di dalam kawasan serviks. Selalunya, polip ini dikaitkan dengan masalah kemandulan. 

Polip ini selalunya bersifat benign (bukan kanser). Walau bagaimanapun, polip serviks boleh bertukar menjadi kanser.

Wanita boleh mempunyai lebih daripada satu polip dalam satu satu masa. Saiz polip tersebut pula mungkin berbeza-beza; sama ada lebih kecil daripada biji sawi atau lebih besar daripada bola golf.

Selalunya polip tersebut akan kekal di dalam serviks wanita. Namun, kadangkala polip tersebut boleh tercabut dan turun ke bahagian bukaan serviks ke dalam vagina.

Polip uterus selalunya berlaku dalam kalangan wanita yang sedang mengalami menopaus. Namun, wanita yang lebih muda juga tidak terkecuali daripada masalah ini.

Mengapa wanita mengalami masalah polip serviks?

masalah kemandulan

Punca sebenar yang menyebabkan wanita mengalami ketumbuhan ini masih tidak diketahui. Namun, polip boleh terjadi jika badan mempunyai reaksi abnormal yang menyebabkan mereka merembeskan hormon estrogen yang lebih banyak daripada biasa.

Inflamasi yang kronik pada bahagian serviks juga boleh menyebabkan pertumbuhan polip. Selain itu, wanita yang mempunyai salur darah yang tersumbat di bahagian serviks juga boleh menggalakkan pertumbuhan polip.

Selain itu, wanita yang mengambil ubat taximofen untuk merawat kanser payudara lebih berisiko untuk membentuk polip uterus.

Polip pada kawasan serviks merupakan sesuatu yang lazim berlaku kepada wanita. Selalunya, polip akan terjadi pada wanita yang berumur 40 tahun ke atas yang mempunyai ramai anak.

Polip serviks amat jarang berlaku kepada wanita yang masih belum datang haid.

Ia selalunya dikesan ketika wanita melakukan ujian pelvis. Hanya 1 polip akan terbentuk dalam satu-satu masa. Walau bagaimanapun, tidak mustahil untuk seseorang itu mempunyai 2 atau 3 polip sekaligus.

Wanita yang mendekati menopaus (pra-menopaus) ataupun sudah menopaus didapati lebih berisiko untuk menghidap polip serviks.

Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan dan darah tinggi (hypertension) juga mempunyai risiko yang sama.

Bagaimana polip serviks didiagnosis?

masalah kemandulan

Selalunya, doktor akan menyemak semula sejarah haid pesakit seperti tempoh masa dan kekerapannya. Jika anda mempunyai sebarang simptom yang luar biasa, anda perlu jelaskan kepada doktor mengenai gejala tersebut.

Selain itu, doktor mungkin akan bertanya tentang sebarang pendarahan yang luar biasa. Doktor juga akan bertanya jika pesakit mempunyai sebarang kesusahan untuk mengandung.

Jika doktor mengesyaki anda mempunyai polip uterus, anda mungkin akan diminta untuk melakukan prosedur berikut:

  1. Transvaginal ultrasound – doktor akan memasukkan sejenis alatan ke dalam vagina pesakit. Menggunakan gelombang bunyi, alat ini boleh menghasilkan imej uterus termasuklah pada bahagian dalam.
  2.  Hysteroscopy – Doktor akan memasukkan satu teleskop kecil, halus dan nipis ke dalam bahagian vagina anda. Alatan ini amat fleksibel dan membolehkan doktor untuk memeriksa bahagian dalam uterus.
  3.  Endometrial biopsy – Doktor akan memasukkan sejenis alat yang bernama suction catheter ke dalam kawasan uterus untuk mengambil specimen untuk ujian makmal.

Perlukah anda berjumpa dengan doktor?

masalah kemandulan

Kebanyakan polip bukan bersifat kanser. Namun, beberapa jenis kanser, contohnya kanser serviks akan terbentuk sebagai polip.

Doktor berkemungkinan besar akan mengesyorkan anda untuk membuang polip tersebut kerana ia mungkin boleh menyebabkan masalah kemandulan dalam kalangan wanita.

Selepas itu, doktor akan menghantar sampel tisu untuk analisis. Analisis ini akan menentukan sama ada polip tersebut bersifat benign ataupun kanser.

Polip serviks selalunya dikaitkan dengan masalah kemandulan. Oleh sebab itu, jika anda mempunyai polip dan tidak boleh mengandung, pembuangan polip tersebut mungkin akan membantu anda untuk hamil. 

Pastikan anda segera berjumpa dengan doktor jika mempunyai simptom berikut:

  1. Haid yang tidak teratur – Contohnya, datang haid terlalu kerap atau haid yang sukar untuk dijangka (tempoh masa haid berbeza/pendarahan berbeza)
  2. Pendarahan di antara dua haid
  3. Pendarahan yang terlalu banyak ketika datang haid
  4. Pendarahan vagina selepas menopaus
  5. Sukar untuk mendapatkan anak/mandul

Walau bagaimanapun, bukan semua wanita mempunyai simptom yang sama. Ada wanita yang mempunyai polip, tetapi mereka tidak mempunyai sebarang simptom.

Kesimpulan

Pembentukan polip merupakan satu keadaan yang tidak dapat dihalang. Oleh sebab itu, wanita perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan secara berkala.

Tidak salah jika ingin bertanya kepada doktor mengenai kondisi anda. Selalunya, pesakit yang didiagnosis dengan polip serviks akan bertanya mengenai kaedah rawatan dan ujian yang mereka perlu ambil.

Selain itu, anda juga boleh bertanya sama ada polip yang dihidapi merupakan sejenis kanser ataupun tidak.

Ada pelbagai perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai polip uterus. Antaranya ialah obesiti dan tekanan darah tinggi. Diet seimbang dan amalan gaya hidup sihat boleh membantu untuk merendahkan risiko kondisi ini.

Polip kadangkala akan kembali selepas rawatan. Oleh sebab itu, pesakit mungkin akan perlukan rawatan tambahan untuk membuang polip yang baru terbentuk.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ini 10 Pro & Kontra Selepas Buang Rahim, Setiap Wanita PATUT Ambil Tahu!

Histerektomi adalah proses membuang rahim melalui kaedah pembedahan. Tetapi apakah kesan selepas pembedahan yang mungkin terjadi?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kesihatan Wanita Lain 10/02/2021 . 3 minit bacaan

Makan Cendawan Seminggu 2x Boleh Cegah Kanser Prostat, Fakta Atau Mitos?

Cendawan tiram kelabu dan spesies lain sesuai dijadikan snek sihat buat para lelaki. Ia boleh merendahkan risiko kanser prostat dan berupaya untuk...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kanser Prostat 05/02/2021 . 3 minit bacaan

Kemoterapi Mampu Panjangkan Usia Pesakit Kanser, Tapi Apa Kesan Sampingannya?

Selain rambut gugur, sebenarnya terdapat beberapa lagi kesan sampingan kemoterapi yang wujud. Jom klik artikel ini untuk tahu tentangnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kanser 02/02/2021 . 3 minit bacaan

Wanita Usia 30-an, Buat Ujian HPV Sekarang Jika Tak Mahu Dapat Kanser Serviks! Ini Sebabnya

Buat golongan wanita, anda kini hanya perlu lakukan ujian HPV sebagai ujian kanser serviks yang menggantikan pap smear. Apakah maksud ujian HPV?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
HPV, Kesihatan Seksual 28/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

sakit pangkal rahim

Wanita, Jangan Lambat Bertindak! Ini Rawatan Kanser Pangkal Rahim Mengikut Tahap

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan
pendarahan awal kehamilan

Hamil TAPI Kenapa Ada Pendarahan, Takkan ‘Period’? Ini 8 RISIKO Yang Mungkin Terjadi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/02/2021 . 3 minit bacaan
tanda kanser prostat

Ia Mungkin Berlaku Tanpa Diduga! Lelaki, Kena Tahu Tanda Kanser Prostat Dari Awal

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 19/02/2021 . 3 minit bacaan
kesihatan anak

8 Jenis Kanser Ini Berisiko Terjadi Kepada Si Kecil, Ibu Ayah Kena Ambil Tahu Simptomnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 12/02/2021 . 4 minit bacaan