What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Kitaran Haid Wanita Akan Berubah Bergantung Usia, Awasi Ketika Masuk 50an!

Kitaran Haid Wanita Akan Berubah Bergantung Usia, Awasi Ketika Masuk 50an!

Pernahkah anda terfikir, mengapa jadual kitaran haid ketika mula-mula ‘datang bulan’ berbeza dengan kitaran yang sekarang? Atau ia hanya perasaan anda?

Wanita, tahukah anda bahawa jadual haid kaum Hawa itu sebenarnya akan berubah mengikut peredaran usia mereka? Ya, fakta ini adalah benar sama sekali!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Jadual kitaran haid ketika remaja

Rata-rata wanita mendapat haid pertama mereka sekitar usia 12 tahun, namun jika anda mendapatnya lebih awal atau lambat usah risau kerana ia masih normal.

Umur anda ketika pertama kali mendapat haid bergantung pada banyak faktor seperti genetik anda, indeks jisim badan (BMI), diet makanan yang diamalkan dan sebagainya.

Jadual kitaran haid semasa dalam fasa usia ini adalah normal jika ia masih tidak tetap.

Dalam beberapa tahun pertama, adalah biasa bagi haid anda tidak teratur dan tidak dapat diramalkan.

Anda mungkin tidak datang period berbulan-bulan tanpa sebarang petunjuk dan kemudian secara tiba-tiba ‘datang bulan.’

Kitaran haid kita diatur oleh hormon di dalam tubuh badan.

jadual kitaran haid

Pengalaman fizikal ketika haid seperti pendarahan, kekejangan, perubahan emosi, payudara berasa sakit dan sebagainya, semuanya bergantung pada jumlah hormon yang dikeluarkan oleh tubuh kita pada waktu tertentu.

Hormon estrogen dan progesteron secara khusus menentukan jadual kitaran para wanita.

Hormon estrogen merangsang pertumbuhan lapisan rahim, sementara progesteron mengatur pertumbuhan itu.

Ketika berusia 20-an

Tempoh usia 20-an adalah masa kesuburan anda. Inilah masanya badan anda paling bersedia untuk melahirkan seorang bayi.

Bagi kebanyakan wanita ini bermakna jadual kitaran haid mereka akan menjadi yang paling stabil dan senang diramal.

Namun begitu, pada fasa umur inilah majoriti orang sibuk dengan kerja dan belajar serta ramai juga wanita yang menangguhkan impian untuk menimang cahaya mata dek kerana faktor keutamaan hidup.

Selain itu, ini juga sebabnya mengapa ramai wanita yang berusia 20-an menggunakan alat kawalan kelahiran atau yang seangkatan dengannya.

Namun, masalah berkaitan rahim juga boleh melanda wanita dalam golongan umur ini, antara simptom-simptomnya adalah:

jadual kitaran haid

Ketika berusia 30-an

Anda yang berumur 30-an mungkin mengalami campuran kitaran berbeza-beza ketika datang haid.

Pada awal dekad ini, anda mungkin masih ovulasi secara berkala dan boleh menjangkakan haid anda seperti ketika berusia 20-an.

Bagi sesetengah wanita, tempoh ini mungkin memberi maksud kesakitan dan pendarahan yang lebih banyak.

Anda mungkin mulai mengalami kekejangan, kesakitan pada payudara, insomnia, perubahan emosi dah sebagainya.

Ini kerana premenopause boleh bermula pada pertengahan dan penghujung usia 30-an.

Namun, sekiranya anda mengalami haid yang berlainan daripada kebiasaan, usah risau dahulu kerana faktor mengandung juga boleh mempengaruhi jadual kitaran haid anda.

Jadual kitaran haid ketika 40-an

Walaupun usia 40-an adalah masa yang normal untuk mengalami perimenopause, namun pakar memberi amaran bahawa petanda haid tidak teratur sahaja belum cukup membuktikan wanita mengalaminya.

Sekiranya anda mengesyaki sedang mengalami perimenopause, berwaspadalah dengan tanda dan gejala lain yang serupa, seperti:

Perubahan apabila fasa usia 50-an

jadual kitaran haid

Sebilangan besar pakar bersetuju bahawa seseorang wanita secara rasminya akan mengalami menopaus ketika mereka tidak mempunyai haid selama 12 bulan berturut-turut.

Selain itu, secara puratanya, usia 51 tahun merupakan antara umur paling biasa wanita dilanda menopaus.

Sebilangan besar individu boleh mengharapkan gejala perimenopause mereka mulai reda sepanjang usia 50-an, ini adalah tempoh ketika mereka menghampiri proses akhir ovulasi.

Pakar mengatakan bahawa selagi seseorang wanita mempunyai ovari, ada kemungkinan untuk mengalami beberapa aktiviti hormon.

Walau bagaimanapun, untuk majoriti individu yang berusia lebih daripada 60 tahun, tidak akan ada banyak aktiviti hormon sama sekali.

Gejala menopaus boleh menunjukkan emosi turun naik, dan bukan hanya kerana perubahan hormon semata-mata.

Gambaran dan penjelasan berkaitan perbuatan dan gaya bagi wanita yang mengalami menopaus adalah berbeza-beza dan sukar diramal.

Oleh itu, para wanita bersedialah dengan fasa-fasa ini dan kenali serta fahami kitaran haid tubuh badan anda sendiri.

Kalkulator Ovulasi

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Panjang Kitaran

(hari)

28

Objektif

(hari)

7


Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan bertukar cerita dengan bakal ibu yang lain. Sertai Komuniti Kehamilan!

Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan bertukar cerita dengan bakal ibu yang lain. Sertai Komuniti Kehamilan!


Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Periods and fertility in the menstrual cycle, https://www.nhs.uk/conditions/periods/fertility-in-the-menstrual-cycle/, Accessed Jun 28 2021.
  2. Normal Menstruation, https://my.clevelandclinic.org/health/articles/10132-normal-menstruation, Accessed Jun 28 2021.
  3. Menstrual cycle: What’s normal, what’s not, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/womens-health/in-depth/menstrual-cycle/art-20047186, Accessed Jun 28 2021.
  4. The Menstrual Cycle: An Overview, https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=menstrual-cycle-an-overview-85-P00553, Accessed Jun 28 2021.
  5. The Menstrual Cycle, https://www.ucsfhealth.org/education/the-menstrual-cycle, Accessed Jun 28 2021.
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nisreen Nadiah Disemak pada 3 hari lalu
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan