home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Lelaki Juga Berisiko Jadi Punca Isteri KEGUGURAN - Ini Antara Sebabnya!

Lelaki Juga Berisiko Jadi Punca Isteri KEGUGURAN - Ini Antara Sebabnya!

Punca keguguran selalunya akan dikaitkan dengan wanita.

Tetapi sebenarnya kualiti sperma juga boleh menjadi faktor penyebab.

Tak percaya? Bacalah artikel ini.

Lelaki boleh jadi punca keguguran

Oleh sebab kandungan adalah dibawa oleh wanita, ramai yang menyangka keguguran berlaku disebabkan oleh si ibu.

Namun, kita sering terlepas pandang mengenai 1 perkara, iaitu peranan si ayah, atau lebih tepat spermanya yang berperanan dalam kehamilan.

Dalam sesetengah kes, kualiti sperma juga boleh memberikan kesan kepada kehamilan dan boleh dipertanggungjawabkan sebagai penyebab berlakunya keguguran.

Walau bagaimanapun, harus diingatkan adakalanya punca keguguran boleh terjadi tanpa sebarang penjelasan.

Menurut American Society for Reproductive Medicine (ASRM), kurang daripada separuh keguguran berlaku di Amerika Syarikat mempunyai sebab yang dapat dikenal pasti.

ASRM turut menjelaskan bahawa 2 per 3 daripada wanita dengan kehamilan sihat mengalami masalah keguguran.

Kualiti sperma dan keguguran

Selalunya kehamilan akan membuatkan kita fokus kepada wanita.

Tetapi kajian terbaharu melihatkan kepada lelaki serta hubung kait antara kualiti sperma ke atas kehamilan yang berjaya.

Walaupun pakar kesuburan menyatakan banyak kajian masih perlu dilakukan, namun sekurang-kurangnya, kita mengetahui bahawa lelaki juga boleh menjadi faktor berlakunya keguguran.

Sperma boleh mempengaruhi hasil kehamilan, melalui:

  • Kromosom tidak normal
  • Pecahan DNA spema
  • Gaya hidup

Seandainya keguguran berlaku berulang kali, maka ujian kesuburan bukan sahaja harus menumpukan kepada si ibu, bahkan perlu melibatkan si ayah.

Masalah kromosom

kualiti-sperma-jadi-faktor-keguguran

Penyebab utama keguguran adalah berkaitan kromosom. Ia adalah blok DNA dengan maklumat yang diperlukan untuk perkembangan janin.

Separuh daripada kromosom bayi berkembang adalah berasal daripada si ayah.

Maka terdapat kemungkinan mereka boleh menjadi penyumbang kromosom yang tidak normal kepada kehamilan.

Anggaran 3 daripada 4 keguguran berlaku pada trimester pertama kehamilan.

Biasanya wanita yang gugur kandungan pada tempoh ini mempunyai masalah dengan kromosom bayi.

Apabila melibatkan masalah kromosom, mungkin berlaku kesilapan semasa proses persenyawaan.

Ia mungkin kerana embrio mendapat bilangan kromosom yang salah – terlalu banyak atau terlalu sedikit, jadi wujud risiko keguguran.

Namun, tidak semua bayi yang mempunyai jumlah kromosom yang salah berdepan risiko gugur. Contohnya, bayi dengan trisomi 21 akan mengalami sindrom Down.

Tidak ada anggaran untuk menentukan dua perkara ini:

  1. Kekerapan masalah berkaitan sperma boleh menjadi punca keguguran yang berulang, dan
  2. Masalah kromosom dipercayai bukan penyebab utama masalah gugur yang terjadi lebih daripada sekali.

Tetapi masih ada kemungkinannya, terutamanya bagi lelaki dengan sperma yang menunjukkan morfologi tidak normal (ukuran dan bentuk sperma) atau tahap kesuburan rendah.

Kualiti sperma dan pecahan DNA

Kunci sperma berkualiti adalah terletak pada DNA, yang mana mempunyai risiko untuk terjejas dan rosak.

Apabila kerosakan berlaku, ia dikenali sebagai fragmentasi DNA sperma (DSF) dan menjadi fokus kajian kebanyakan penyelidikan yang mengkaji punca berlakunya keguguran.

SDF boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor. Antaranya seperti:

  • Kematian sel
  • Toksin persekitaran
  • Masalah kesihatan atau demam

Sperma tidak boleh memperbaiki kerosakan sel seperti sel lain di dalam badan dan ia adalah penyebab utama kemandulan lelaki.

Kerosakan yang berlaku juga boleh mempengaruhi struktur DNA dalam sperma dan sekiranya persenyawaan berlaku, ia berpotensi mengakibatkan keguguran.

Dalam 1 kajian lain, penyelidik membandingkan pasangan yang mengalami keguguran berganda dengan pasangan bersama lelaki tidak subur dan lelaki yang subur.

Hasilnya, sperma terlibat dalam keguguran cenderung mempunyai tanda fragmentasi pada kadar yang sama dengan lelaki dengan masalah ketidaksuburan.

Kajian tersebut menunjukkan bahawa wujud persamaan antara DSF dengan ketidaksuburan – kedua-duanya sukar untuk hamil dan risiko kegagalan kandungan – boleh menjadi punca kepada keguguran yang berlaku.

Amalan gaya hidup jejaskan kualiti sperma

punca keguguran

Apabila bercakap mengenai peluang untuk mengandung, amalan gaya hidup wanita sering ditekankan bagi menjamin kehamilan dan kandungan yang sihat.

Tetapi jangan lupa, sebenarnya amalan gaya hidup lelaki sebelum kehamilan berlaku juga penting untuk dititikberatkan.

Ini terutamanya melibatkan kualiti sperma.

Tabiat seperti merokok, penyalahgunaan dadah serta pengambilan alkohol, pemakanan, berat badan serta aktiviti fizikal juga boleh mempengaruhi tahap kesihatan sperma.

Pilihan gaya hidup yang tidak sihat sudah tentu boleh menurunkan % untuk peluang kehamilan berjaya.

Ia juga akan mengurangkan tahap pengerakan sperma, daya hidup dan kuantiti sperma lebih rendah serta meningkatan risiko morfologi abnormal kepada air mani.

Malahan risiko kerosakan fizikal untuk berlaku juga tinggi.

Jika wujud kerosakan pada sperma, ia pastinya akan menyebabkan masalah kesuburan.

Seandainya telur berjaya disenyawakan, risiko keguguran adalah tinggi.

Pemeriksaan doktor

Kebanyakan masalah keguguran yang berlaku, terjadi tanpa dapat dikenal pasti puncanya.

Banyak faktor menyumbang kepada punca keguguran dan masih tidak dapat ditentukan % kesan sperma kepada keadaan ini.

Melakukan pemeriksaan doktor adalah 1 cara terbaik untuk mendapatkan jawapan lebih pasti bagi sebarang keraguan yang bersarang di hati dan pemikiran anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak pada 29/04/2020
x