Setiap wanita pastinya mahukan fasa kehamilan berjalan lancar. Namun malangnya, terdapat komplikasi yang boleh berlaku kepada wanita hamil seperti mengandung luar rahim, dan ia sudah tentu mendatangkan risiko bahaya.
Pantau kitaran haid
Anda pasti?
Setiap wanita pastinya mahukan fasa kehamilan berjalan lancar. Namun malangnya, terdapat komplikasi yang boleh berlaku kepada wanita hamil seperti mengandung luar rahim, dan ia sudah tentu mendatangkan risiko bahaya.
Mengandung luar rahim turut dikenali sebagai ectopic pregnancy (kehamilan ektopik). Umumnya , ectopic membawa pengertian ‘di tempat yang salah’.
Jadi dalam pemahaman yang mudah, kehamilan ektopik bermaksud, proses kehamilan yang berlaku di luar rahim ibu. Adakah keadaan ini bahaya?
Bagi kebanyakan kes kehamilan sebegini, implantasi berlaku di dalam tiub fallopio dan berbahaya kerana bayi dalam kandungan yang sedang membesar boleh mewujudkan rasa sakit dan menyebabkan berlakunya pendarahan.
Jika dibiarkan berterusan, berisiko mengakibatkan tiub fallopio pecah dan seterusnya berlaku pendarahan dalaman. Terdapat dua keadaan yang boleh berlaku didasari pendarahan dalaman, iaitu:
Untuk keadaan kehamilan normal, zigot akan bergerak melalui tiub fallopio dan memasuki ruang rahim – tempat di mana sperma dan ovum yang telah disenyawakan akan menempel dan proses tumbesaran janin akan berlaku.
Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu seperti tiub fallopio tersumbat atau sempit, keadaan ini menyebabkan zigot tidak dapat bergerak untuk memasuki rahim, sebaliknya terhenti di tiub fallopio.
Jika keadaan kehamilan ini dibiarkan, ia berisiko tinggi untuk mengancam nyawa ibu. Dalam kebanyakan kes melibatkan kehamilan ektopik ini, pengguguran adalah jalan yang terbaik.
Kehamilan di luar rahim biasanya dapat dikenal pasti pada minggu ke-4 hingga ke-10. Oleh itu, setiap individu wanita yang disahkan hamil perlu mendapatkan pemeriksaan dengan pakar perubatan di klinik kesihatan atau lawatan perinatal pada minggu ke-5 kehamilan.
Pemeriksaan imbasan akan dilakukan untuk memastikan kehamilan tersebut bukanlah kehamilan ektopik. Malahan, dalam sesetengah kes, ujian darah perlu dilakukan bagi mengetahui tindakan selanjutnya yang boleh dilakukan jika ia melibatkan kehamilan ektopik.
Masalah mengandung luar rahim boleh berlaku kepada mana-mana individu wanita. Akan tetapi, terdapat segelintir daripada mereka yang lebih berisiko untuk mengalaminya.
Individu wanita yang pernah berdepan dengan situasi mengandung luar rahim ini juga, berisiko tinggi untuk mendapat masalah kehamilan berulang. Risikonya akan semakin bertambah seiring dengan pertambahan usia.
Berikut adalah beberapa situasi tertentu yang boleh meningkatkan risiko untuk mengandung luar rahim:
Biasanya simptom yang dialami adalah sama seperti mengalami haid atau keguguran. Keadaan ini akan mewujudkan rasa sakit seakan-akan senggugut dan keluar sedikit darah.
Berikut adalah beberapa simptom awal yang boleh membantu anda untuk mengenal pasti sama ada anda mengandung luar rahim atau tidak:
Berlaku pendarahan tidak normal. Kuantiti darah yang keluar adalah berbeza berbanding keadaan haid normal, sama ada lebih banyak atau sedikit. Warna darah juga dikatakan lebih gelap daripada darah haid dan bersifat cair.
Jika keadaan kehamilan di luar rahim ini tidak dikesan dari awal, ia akan meningkatkan risiko tiub menegang disebabkan proses tumbesaran embrio seterusnya berisiko untuk pecah.
Apabila keadaan ini berlaku, berikut adalah beberapa gejala yang boleh anda alami:
Jika anda mengalami simptom yang dinyatakan, lakukan pemeriksaan segera dengan pakar sakit puan atau doktor perubatan.
Jika keadaan tiub fallopio tidak rosak selepas berdepan dengan kehamilan luar rahim ini, maka peratusan kebarangkalian untuk kembali hamil tidak terjejas dan cenderung hamil kembali dalam tempoh 18 bulan selepas berlakunya kehamilan ektopik.
Jika salah satu tiub fallopio terjejas, seperti mengalami kerosakan teruk atau pecah, peluang kembali hamil akan berkurangan. Peratusan untuk hamil semula semakin berkurangan jika kedua-dua belah tiub fallopio terjejas.
Namun, jika kedua-dua tiub fallopio rosak atau terjejas, berkemungkinan anda perlu mempertimbangkan untuk melakukan prosedur rawatan IVF.
Setiap wanita mempunyai risiko untuk mengalami kehamilan ektopik. Patuhi jadual pemeriksaan doktor kerana ini merupakan jalan terbaik untuk membantu mengesan kehamilan luar rahim ini.
Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.
Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.
Panjang Kitaran
(hari)
Objektif
(hari)
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
https://www.acog.org/womens-health/faqs/ectopic-pregnancy
https://www.marchofdimes.org/complications/ectopic-pregnancy.aspx
https://kidshealth.org/en/parents/ectopic.html
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen