Betul ke lauk pantang tidak sedap? Bagi mereka yang belum pernah melalui fasa berpantang, situasi itu mungkin menjadi kerisauan. Tetapi hakikatnya ia tidak benar.
Sekarang ini terdapat banyak resipi enak dan sedap yang boleh dihidangkan buat ibu selepas bersalin. Kalau ingin tahu apakah resipi tersebut, teruskan membaca perkongsian artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Kenapa perlu berpantang?
Sebelum mengetahui apakah resepi lauk pantang yang sedap itu, mestilah anda kena tahu tujuan proses berpantang bagi setiap ibu selepas bersalin.
Proses berpantang ini sebenarnya bukanlah bertujuan untuk menyeksa zahir batin ibu – tidak boleh buat itu ini, harus elak makanan minuman itu ini – tetapi ia sebenarnya bagi membantu proses penjagaan dan pemulihan.
Ini kerana kebanyakan budaya di Malaysia, sama ada Melayu, Cina atau India, menganggap tubuh wanita mungkin terjejas kesan proses mengandung dan selepas melahirkan anak.
Justeru keadaan ini harus dipulihkan, dijaga dan dicegah agar tubuh dapat kembali kepada keadaan asal.
Proses pemulihan ini biasanya disebabkan oleh:
Tempoh berpantang
Secara amnya, jangka masa yang diperuntukkan untuk seseorang wanita berada dalam tempoh pantang adalah berbeza mengikut budaya, adat dan tempat asalnya:
- Melayu – selama 40 hingga 44 hari
- Cina – selama 30 hari
- India – selama 30 hari
Lauk pantang
Dalam keadaan sihat sekali pun, pemakanan tetap merupakan sumber utama untuk tubuh memperoleh tenaga, apatah lagi buat ibu selepas beranak.
Selain rehat mencukupi untuk proses pemulihan, pemakanan yang baik turut merupakan kunci penting bagi membolehkan ibu terus kekal sihat.
Walaupun tidak terdapat bukti dari segi perubatan dan kajian saintifik bahawa sesetengah makanan akan memberikan kemudaratan kepada ibu selepas bersalin, namun ia sudah menjadi amalan semasa pantang untuk menghindari makanan tertentu.
Pantang larang ini boleh diamalkan selagi ia adalah diet yang seimbang dan berkhasiat.
Sebagai contoh dalam budaya berpantang masyarakat Melayu, sesetengah ikan tidak boleh diambil oleh ibu yang sedang berpantang kerana dianggap boleh menyebabkan gatal.
Ikan yang boleh dimakan semasa pantang:
- Ikan haruan
- Ikan elar
- Ikan gelama
- Ikan jenahak
- Ikan merah
- Ikan tenggiri
- Ikan kurau
- Ikan bawal putih
- Ikan senangin
- Ikan kerisi
- Ikan kod
- Ikan bilis
- Ikan siakap
- Ikan salmon
Baca juga:
Resepi lauk pantang
Sudah bersedia untuk mengetahui antara resipi buat ibu berpantang?
#Ikan tenggiri masak asam
Bahan-bahan:
- 3 biji bawang merah – dimayang halus
- ½ inci halia – dimayang halus
- 3 keping isi ikan tenggiri
- ½ cawan air asam jawa
- 2 cawan air
- Garam
- Serbuk lada hitam
Cara penyediaan:
- Masukkan kesemua bahan di dalam periuk. Biarkan sehingga mendidih.
- Masukkan ikan dan masak hingga kuah pekat.
- Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
#Sup lobak putih
Bahan-bahan :
- ½ ekor ayam
- 1 batang lobak putih – dihiris bulat
- 1 batang lobak merah – dihiris bulat
- 2-3 ulas bawang putih – dihiris nipis
- 2-3 ulas bawang merah – dihiris nipis
- ½ inci halia – dihiris nipis
- 1 paket perencah sup sayur
- 1 kiub pati ayam
- Serbuk lada hitam
- Garam
- 3 cawan air
Cara penyediaan :
- Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia dengan sedikit minyak.
- Masukkan air, isi ayam dan perencah sup.
- Setelah mendidih, masukkan kiub ayam dan perasakan dengan serbuk lada hitam dan garam.
- Masukkan lobak putih.
- Boleh hias dengan bawang goreng atau daun sup untuk dihidang.
#Daging bakar lada hitam, antara resepi lauk pantang sedap
Bahan-bahan:
- 300gm daging batang pinang – dibersihkan dan dipotong nipis
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- ½ sudu teh kunyit
- Sedikit garam dan gula
- ½ sudu teh serbuk lada hitam
Cara penyediaan:
- Perap daging dengan serbuk ketumbar, lada hitam, serbuk kunyit, garam dan gula. Lebih lama diperap lebih enak.
- Bakar di atas pan sehingga garing. Angkat dan sedia dinikmati.
#Ikan merah singgang
Bahan-bahan:
- 1 keping ikan merah
- 2 ulas bawang putih – dihiris nipis
- 2 ulas bawang merah – dihiris nipis
- 1 batang serai – dititik
- ½ inci halia – dihiris
- ½ inci lengkuas – dihiris halus
- 2 keping asam gelugur
- ½ sudu teh serbuk kunyit
- 2 cawan air
- Gula dan garam secukupnya
Cara penyediaan:
- Perap daging dengan serbuk ketumbar, lada hitam, serbuk kunyit, garam dan gula. Lebih lama diperap lebih enak.
- Bakar di atas pan sehingga garing. Angkat dan sedia dinikmati.
Resepi lauk pantang sedap #Ayam masak bijan
Bahan-bahan:
- 1/3 ekor ayam – ambil bahagian dada, bersihkan
- 1 ulas bawang putih – dihiris
- 1 ulas bawang merah – dihiris
- 3 inci halia – dihiris
- Garam dan gula
- 3 sudu makan sos tomato
- 2 sudu makan bijan – digoreng tanpa minyak
- 1 cawan minyak masak
Cara penyediaan:
- Ayam dipotong kecil dan digoreng. Ketepikan.
- Bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk.
- Tumis bahan tumbuk hingga terbit wangi dan tambahkan sos tomato, gula dan garam secukup rasa. Kacau sebati.
- Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul dengan bahan tumisan tadi. Taburkan bijan di atasnya.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Sedapkan menu dan resepi lauk pantang di atas? Sebenarnya semua resipi itu turut boleh dinikmati sebagai makanan diet buat mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Semoga perkongsian Hello Doktor ini memberikan manfaat buat anda dan jangan lupa mencuba resipi yang dikongsikan. Selamat berpantang diucapkan!
[embed-health-tool-ovulation]