backup og meta

Ibu Berpantang, Amalkan 4 Tip Penting Ini Untuk KEKAL Sihat Dan Bertenaga!

Ibu Berpantang, Amalkan 4 Tip Penting Ini Untuk KEKAL Sihat Dan Bertenaga!

Menjaga diri selepas melahirkan anak juga sama penting seperti penjagaan diri semasa hamil. Jadi wahai ibu berpantang sekalian, ini 4 perkara penting yang perlu anda utamakan semasa tempoh berpantang selepas bersalin.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Penjagaan ibu berpantang

Tempoh berpantang berlangsung selama enam hingga lapan minggu. Ia bermula sebaik sahaja ibu bersalin dan akan berakhir apabila tubuh anda menghampiri fasa seperti sebelum hamil, yang melibatkan banyak perubahan, emosi dan fizikal.

Anda perlu menjaga diri anda dengan baik dan membina semula kekuatan anda.

Untuk kekal sihat, dalam tempoh berpantang, anda memerlukan rehat secukupnya, pemakanan yang baik, melakukan aktiviti fizikal dan juga menangani perasaan murung dan sedih terutama pada tempoh beberapa minggu selepas bersalin.

Berehat secukupnya

ibu berpantang

Disebabkan bayi baru lahir akan terjaga pada setiap tiga jam untuk menyusu, bertukar lampin dan juga ditenangkan, jadi ibu baru akan berasa amat penat. Malahan, tidur lapan jam anda juga tidak mungkin berlaku dalam beberapa bulan ini kerana menjaga bayi baru lahir.

Mungkin beberapa cadangan di bawah boleh membantu anda mendapatkan rehat yang cukup.

  • Dalam beberapa minggu terawal, ibu perlu bebas daripada tanggungjawab lain kecuali menyusukan bayi dan menjaga dirinya sendiri
  • Curi masa untuk tidur semasa bayi tidur
  • Jimatkan masa dan langkah. Letakkan katil bayi dekat dengan anda bagi memudahkan anda menyusukan bayi di tengah malam
  • Jangan takut untuk meminta diri bagi meridap ataupun menyusukan bayi walaupun jika ada tetamu. Hadkan kunjungan tetamu semasa tempoh anda berpantang
  • Anda perlu melakukan senaman sekurang-kurangnya beberapa minit sehari. Anda boleh mulakan dengan berjalan dan melakukan senaman selepas bersalin, seperti yang disyorkan oleh doktor anda
  • Bagi mendapatkan tidur panjang tanpa gangguan, sesekali anda boleh memperkenalkan botol kepada bayi yang menyusu susu ibu. Boleh berikannya botol susu selepas dua atau tiga minggu kelahiran

Baca juga:

Diet sihat untuk ibu berpantang

ibu berpantang

Ibu perlu mengekalkan diet yang sihat untuk mempercepatkan proses pemulihan dan penyembuhan selepas bersalin.

Pastikan anda bercakap dengan doktor anda sebelum memulakan sebarang jenis diet. Pemakanan yang sihat berserta aktiviti fizikal dapat membantu mengekalkan tahap tenaga dalam tubuh anda selain membantu mendapatkan nutrien yang diperlukan untuk anda dan bayi.

Tidak kiralah andai anda memberi bayi susu badan ataupun formula, namun kesemua ibu perlu makan makanan yang sihat dan seimbang. Kebanyakan pakar laktasi menyarankan ibu menyusu untuk makan apabila mereka lapar.

Anda perlu menitikberatkan pengambilan makanan seperti:

  • Bijian. Makanan yang diperbuat daripada gandum, beras, oat, cornmeal, barli, atau bijirin lain
  • Sayur-sayuran. Pilih sayuran seperti sayuran berwarna hijau, merah, dan oren, kekacang (pis dan bean), dan sayuran berkanji
  • Buah-buahan. Buah boleh jadi segar, ditinkan, dibekukan, atau mungkin dikeringkan dan juga boleh dimakan keseluruhan, dipotong ataupun dijadikan puri
  • Tenusu. Fokus kepada produk yang bebas lemak atau rendah lemak, juga tinggi kalsium
  • Protein. Makan produk berprotein seperti ayam/ itik dan daging pejal atau rendah lemak. Pelbagaikan pilihan protein anda dengan makan ikan, kekacang, bijian, pis dan kacang bean
  • Minyak bukan tergolong dalam kumpulan, namun sesetengah minyak seperti minyak kacang mengandungi nutrien penting dan boleh dimasukkan dalam diet

Dengan hidangan yang seimbang, ibu berpantang yang menyusukan bayi perlu memperbanyakkan cecair dalam badan. Ramai ibu berasa cepat dahaga selepas menyusukan bayi.

Bagi memudahkan ibu, letakkan sebotol air dan beberapa snek berkhasiat di sebelah katil ataupun kerusi penyusuan anda.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Perasaan sedih itu normal

Perasaan sedih selepas bersalin adalah normal dan ia akan hilang dengan cepat. Ramai ibu lepas bersalin yang mengalami kemurungan.

Perubahan hormon, kebimbangan untuk menjaga bayi dan tidak cukup tidur boleh mempengaruhi emosi ibu berpantang. Jika ia berlarutan sehingga lebih daripada dua minggu, anda disarankan untuk bertemu dengan doktor.

Aktiviti fizikal ibu berpantang

ibu berpantang

Aktiviti fizikal boleh membuatkan anda berasa relaks, membantu memulihkan tubuh selepas bersalin dan dapat meningkatkan kecergasan diri anda serta menjadikan anda lebih sihat bertenaga.

Jika bersalin normal, anda boleh mula melakukan senaman ringan jika sudah kuat. Antara senaman ringan yang boleh dilakukan ialah berjalan ataupun senaman lantai pelvik dan regangan. Anda disaran menunggu sehingga enam minggu selepas kelahiran untuk memulakan senaman berimpak tinggi.

Walau bagaimanapun, jika anda biasa bersenam sebelum bersalin dan anda rasa sudah kuat untuk melakukannya, mungkin anda boleh mula bersenam lebih awal, seperti:

  • Berjalan biasa ataupun berjalan pantas adalah senaman yang baik
  • Anda boleh melakukan senaman di tangga iaitu turun dan naik tangga beberapa kali sehari
  • Mencangkung untuk mengambil barang dari lantai. Jika anda mencangkung berbanding membongkok, lutut anda akan membengkok dan bahagian belakang badan lurus, dengan ini anda dapat menguatkan otot paha dan mengelakkan sakit belakang
  • Apabila lochia (pendarahan selepas bersalin) sudah berhenti, anda boleh melakukan aktiviti berenang

Sungguhpun sibuk menguruskan bayi, namun ibu berpantang juga perlu menjaga diri sendiri kerana proses bersalin mengambil banyak tenaga anda. Cuba amalkan tips yang diberikan bagi menempuhi tempoh berpantang anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. The New Mother: Taking Care of Yourself After Birth. https://www.urmc.rochester.edu/encyclopedia/content.aspx?ContentTypeID=90&ContentID=P02693. Accessed September 05, 2016.
  2. The New Mother – Taking Care of Yourself After Birth. http://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=the-new-mother—taking-care-of-yourself-after-birth-90-P02693. Accessed September 05, 2016.
  3. Recovering from birth. http://womenshealth.gov/pregnancy/childbirth-beyond/recovering-from-birth.html. Accessed September 05, 2016.
  4. Recovering from Delivery (Postpartum Recovery). https://familydoctor.org/recovering-from-delivery/#. Accessed September 17, 2021.
  5. Recovering From Delivery. https://kidshealth.org/en/parents/recovering-delivery.html. Accessed September 17, 2021.

Versi Terbaru

20/02/2023

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

3 Cara Berpantang Lepas Bersalin Dalam Islam, Ia Turut Terbukti Dalam Sains!

Nak Luka Bedah Cepat Sembuh? Ini 7 Makanan Berpantang Untuk Ibu Caesarean!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 20/02/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan