Kehamilan, fasa indah yang dinanti-nantikan oleh wanita yang ingin mengembangkan institusi kekeluargaan. Penjagaan di awal kehamilan sememangnya penting untuk memastikan si ibu dan bayi kekal sihat.
Haid Terakhir
Anda pasti?
Kehamilan, fasa indah yang dinanti-nantikan oleh wanita yang ingin mengembangkan institusi kekeluargaan. Penjagaan di awal kehamilan sememangnya penting untuk memastikan si ibu dan bayi kekal sihat.
Habis sahaja tempoh waktu 9 bulan 10 hari, maka keluarlah si manja yang menjadi penyejuk hati.
Bayi yang baru lahir mungkin menjadi keutamaan anda pada ketika ini, namun penjagaan ibu bersalin juga harus dititikberatkan!
Mari ikuti perkongsian ini untuk memahami kepentingan disebalik penjagaan ibu pasca kehamilan.
Baca lebih lanjut tentang Kehamilan di sini.
Tempoh waktu selepas bersalin bermula selepas kelahiran bayi dan berakhir apabila badan anda kembali pada keadaan pra-hamil. Tempoh ini juga selalunya berlangsung antara 6 hingga 8 minggu.
Jangka waktu ini turut melibatkan perubahan yang banyak, baik daripada segi emosi dan fizikal.
Sekiranya anda menjalani pembedahan czer, proses pemulihan mungkin berbeza berbanding kelahiran faraj.
Demikian antara perkara yang mungkin akan terjadi kepada anda pasca kehamilan yang mempengaruhi fizikal dan emosi:
Jika anda mengalami koyakan faraj semasa bersalin, lukanya mungkin akan terasa sakit selama beberapa minggu.
Bagi mengurangkan rasa tidak selesa, anda boleh:
Usai bersalin, faraj akan mula menyingkirkan selaput lendir yang melapisi rahim anda semasa mengandung.
Anda akan mengalami keputihan yang terdiri daripada membran dan darah selama berminggu-minggu.
Keputihan ini juga biasanya berwarna merah dan banyak untuk beberapa hari pertama.
Anda turut berpotensi merasai pengecutan, yang kadangkala disebut sebagai afterpains, pada beberapa hari pertama selepas beranak.
Rasa pengecutan ini menyerupai kekejangan haid (senggugut) yang bantu mengelak pendarahan berlebihan dengan memampatkan saluran darah di rahim.
Afterpains juga sering berlaku saat penyusuan, dek pelepasan hormon oksitosin.
Doktor atau pakar sakit puan anda mungkin mengesyorkan ubat tahan sakit yang boleh diperolehi di kaunter.
Berikut adalah beberapa lagi perkara yang mungkin si ibu akan hadapi, antaranya:
Ya, menjaga dan memberikan perhatian kepada si manja itu penting, tapi jangan sampai mengabaikan penjagaan si ibu pula ya!
Penjagaan postpartum anda juga perlu dilakukan sama seperti penjagaan di awal kehamilan.
Berikut adalah beberapa cara yang boleh si ibu praktikkan sebagai penjagaan pasca kehamilan:
Apa itu baby blues? Ia merujuk kepada 1 tempoh kesedihan berjangka pendek yang dipicu oleh perubahan hormon setelah bersalin, dan ketahuilah bahawa anda tidak bersendirian.
Hampir 80% para ibu mengalami baby blues dalam tempoh selepas bersalin. Tanda-tandanya turut boleh merangkumi:
Baby blues biasanya disebabkan oleh perubahan hormon dan akan mereda dengan sendirinya selepas 2 minggu.
Namun, jika simptomnya berlangsung lebih dari 2 minggu, anda mungkin mengalami kemurungan selepas bersalin (postpartum depression) yang memerlukan rawatan perubatan dengan kadar segera!
Gunakan kalkulator ini untuk menentukan tarikh akhir anda. Walau bagaimanapun, ini hanyalah anggaran semata-mata! Kebanyakan wanita akan melahirkan anak dalam masa seminggu sebelum atau selepas tarikh ini.
Kaedah Pengiraan
Panjang Kitaran
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen