backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Makan Bawang Putih Bakar Campur Madu, Sedap Ke? Ini 5 Manfaat Jika Amalkan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/12/2022

    Makan Bawang Putih Bakar Campur Madu, Sedap Ke? Ini 5 Manfaat Jika Amalkan

    Boleh dikatakan semua orang pernah makan bawang. Ia antara bahan yang sering dimasukkan dalam masakan. Tetapi bagaimana dengan bawang putih bakar campur madu, pernahkah anda mencubanya?

    Dikatakan memakan bawang putih yang dibakar bersama madu ini sebelum tidur menawarkan manfaat kesihatan tersendiri, benarkah?

    Jika benar, apakah kebaikannya? Kalau ingin tahu mengenainya, teruskan membaca perkongsian artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Khasiat bawang putih bakar

    Bawang putih panggang adalah ahli keluarga bawang yang lazat sama ada dimakan sendiri atau sebagai penambah rasa pelbagai jenis makanan. 

    Jika anda penggemar bawang putih yang dibakar, maka anda harus mengetahui bahawa ia bukan sahaja menyedapkan makanan tetapi turut menawarkan manfaat kesihatan.

    Dibakar atau makan mentah?

    Terdapat beberapa faedah bawang putih panggang berbanding jika memakannya secara mentah. 

    Bawang putih mentah sukar ditelan, manakala rasanya selepas dibakar menjadi lebih manis sedikit dan lembut – inilah kelebihan dari aspek rasa jika memilih untuk memanggangnya.

    Juga dipercayai bahawa dengan mencincang serta memanggang bawang untuk tempoh singkat boleh merangsang dan membebaskan sebatian di dalamnya, yang juga menawarkan manfaat kesihatan.

    bawang putih bakar campur madu

    Manfaat bawang putih bakar campur madu

    Umumnya, bawang putih mengandungi vitamin A, vitamin B kompleks, vitamin C dan mineral seperti fosforus, magnesium, kuprum, kalium, iodin dan kalsium.

    Tetapi apakah kelebihan pengambilan bawang putih bakar campur madu ini?

    Dipercayai bahawa amalan tersebut jika dilakukan sebelum tidur berfungsi untuk menghapuskan toksin, semua virus karsinogenik yang membahayakan tubuh. 

    Khasiat lain adalah:

    1. Melancarkan peredaran darah

    Bawang putih bakar campur madu adalah sumber antioksidan yang sangat tinggi. Ia dapat meningkatkan fungsi perut yang sangat penting untuk proses penyerapan zat besi.

    Dengan penyerapan zat besi yang lebih lancar dalam badan, peredaran darah juga dapat berjalan dengan baik.

    Selain itu, kandungan mineral dan vitamin dalam madu dan bawang putih juga sangat baik untuk meningkatkan kualiti darah yang sihat serta sangat digalakkan untuk diambil secara rutin setiap hari.

    Baca juga:

    2. Tingkatkan sistem imun, antara khasiat bawang putih bakar campur madu

    Terdapat banyak kebaikan bawang putih panggang untuk kesihatan kulit dan badan apabila digabungkan dengan madu.

    Kedua-dua bahan ini mempunyai banyak khasiat untuk mengekalkan kesihatan dan melawan beberapa penyakit seperti demam, menggigil, cirit-birit, selesema, jangkitan kulat dan juga gigitan serangga.

    Ia disebabkan kandungan antioksidan yang tinggi dalam bawang putih dan madu.

    3. Menguatkan kesihatan kardiovaskular

    Satu lagi faedah memakan bawang putih panggang adalah ia meningkatkan kesihatan jantung dan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.

    Jadi, penting untuk tidak membakar bawang putih terlalu lama dan elakkan daripada menggunakan ketuhar gelombang mikro, kerana ia boleh mengurangkan khasiatnya.

    Bawang putih didapati membantu menurunkan tekanan darah. Oleh sebab itu, ramai doktor mengesyorkannya kepada individu yang mempunyai tekanan darah tinggi.

    Selain itu, ia juga boleh menurunkan kolesterol sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang dan mencegah arteri daripada tersumbat.

    4. Baik untuk sistem penghadaman

    bawang putih bakar campur madu

    Sekiranya anda mempunyai masalah penghadaman, seperti sindrom kerengsaan usus atau penyakit refluks gastroesophageal, mengamalkan pengambilan bawang putih panggang dapat membantu mengatasi gejala seperti pedih ulu hati, loya dan senak.

    Memandangkan bawang putih dibakar lebih lembut, ia akan mudah untuk ditelan jika anda mengalami masalah pencernaan dan tidak akan mengganggu perut seperti bawang yang mentah.

    Kelebihan bawang putih bakar campur madu #5. Mencegah kanser

    Kanser merupakan salah satu jenis penyakit yang sangat berbahaya kerana boleh mengancam nyawa.

    Untuk mencegah dan mengatasi penyakit yang membawa maut ini, anda boleh lakukan dua cara iaitu perubatan moden dan perubatan tradisional.

    Salah satu rawatan tradisional iaitu gabungan bawang putih panggang dan madu ternyata mempunyai khasiat luar biasa yang boleh digunakan sebagai rawatan kanser.

    Perubahan pada tubuh selepas makan bawang putih bakar

    Selepas makan enam ulas bawang putih panggang sehari, anda akan melihat perubahan dalam tubuh seperti:

    1 jam pertama – Bawang putih senang dicerna dalam perut dan seperti kebanyakan sayur-sayuran ia menjadi makanan yang sihat untuk badan.

    bawang putih bakar campur madu

    2-4 jam – Dalam tempoh masa ini, bawang putih melawan radikal bebas dan sel-sel kanser yang sedia ada dalam tubuh.

    4-6 jam – Cecair berlebihan dan lemak badan tersimpan disingkirkan kerana metabolisme badan mula mengenali faedah yang diaktifkan oleh bawang putih.

    6-7 jam – Proses melawan bakteria mula dilakukan kerana sifat antibakteria bawang putih.

    6-10 jam – Tubuh akan dilindungi daripada pengoksidaan kerana nutrien telah memainkan peranan utama pada tahap sel.

    10-24 jam – Selepas proses pembersihan mendalam, beberapa kesan kesihatan berikut akan berlaku:

  • Pengawalaturan paras kolesterol
  • Perlindungan daripada masalah kardiovaskular
  • Menurun dan memperbaiki tahap tekanan darah
  • Imuniti diperkuatkan
  • Mencegah logam berat daripada memasuki tubuh
  • Kekuatan tulang bertambah baik
  • Tiada keletihan
  • Memanjangkan umur sel-sel
  • Rundingan doktor

    Menarik juga khasiat bawang putih bakar campur madu, ini bukan? 

    Tetapi sekiranya mempunyai kebimbangan sama ada sesuai atau tidak untuk anda mengamalkannya, apa kata berunding dengan doktor terlebih dahulu untuk mendapatkan lebih kepastian, okay?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan