backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Dilema Ibu Alami Period Tak Teratur Selepas Bersalin, Normal Ke?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan Ā· Perubatan dalaman atau am Ā· Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid Ā· Disemak pada 10/01/2023

    Dilema Ibu Alami Period Tak Teratur Selepas Bersalin, Normal Ke?

    Meskipun tidak semua orang alaminya, masalah period tak teratur selepas bersalin itu bukan satu perkara yang asing lagi buat wanita dan ia telah menjadi satu persoalan pada mereka.

    Kebanyakan daripada mereka itu pula langsung tidak pernah mengalami sebarang masalah berkenaan dengan haid namun ia baru sahaja muncul sejurus selepas melahirkan anak.

    Persoalannya, adakah ia normal? Jom teruskan baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut lagi!

    Bila haid pertama lepas ibu hamil bersalin?

    Untuk pengetahuan anda semua, seorang wanita yang sedang mengandung itu tidak akan datang bulan sepanjang tempoh 9 bulan kehamilan sehingga selepas mereka bersalin.

    Apa yang bakal jadi tanda tanya adalah bila period akan datang selepas bersalin? Sebenarnya, tiada tempoh yang spesifik untuk seorang ibu hamil lepas bersalin itu akan mula datang haid semula.

    Ini kerana haid pertama lepas ibu hamil bersalin itu berbeza bagi setiap wanita dan ia bergantung kepada tubuh badan mereka masing-masing serta beberapa faktor yang lain.

    period tak teratur selepas bersalin

    ā€œWanita mungkin akan mengalami perubahan dalam aspek kitaran datang bulang selepas melahirkan bayi dalam kandungan. Ya, memang ada yang masih lagi normal namun ada juga yang akan bertambah baik atau bertambah teruk.ā€ jelas pakar perbidanan Diane Young.

    Apa punca period tak teratur selepas bersalin?

    Masalah period tak teratur selepas bersalin itu tidak akan berlaku kepada semua wanita namun segelintir sahaja bergantung kepada tubuh badan dan faktor yang lain seperti:

    #1. Penyusuan susu badan

    Sekiranya anda sedang menyusukan anak dengan susu badan, maka otak anda akan mengesan dan menghantar isyarat agar hormon prolaktin dirembeskan kepada tubuh badan.

    Hormon ini akan bertindak dan berfungsi dengan cara meningkatkan penghasilan susu di dalam badan namun dalam masa yang sama akan menghentikan haid daripada berlaku.

    Disebabkan itu juga, mereka yang menyusukan anak dengan susu badan akan lebih lambat datang bulan selepas bersalin bahkan tetap lewat walaupun setelah sekian lama melahirkan bayi.

    period tak teratur selepas bersalin

    #2. Pemakanan tidak sihat

    Buat anda yang mungkin belum tahu, masalah haid tidak teratur ini juga mungkin ada kaitannya dengan nutrisi yang anda makan dan minum terutama selepas melahirkan anak.

    Ini kerana wanita yang sedang dalam pantang dan menyusu akan sangat memerlukan nutrien yang lengkap, berkhasiat dan sihat agar hormon di dalam tubuh badan itu lebih seimbang.

    Antara jenis hidangan yang sangat diperlukan oleh mereka pada ketika ini adalah sayur-sayuran, buah-buahan, daging putih, produk tenusu dan lain-lain nutrisi yang turut penting.

    #3. Perubahan hormon badan

    Semasa ibu sedang hamil, keseimbangan hormon di dalam tubuh badan anda akan berubah untuk menghentikan haid agar anak anda itu boleh berkembang di dalam kandungan.

    Selepas ibu melahirkan, hormon yang telah menghentikan haid itu mungkin masih wujud di dalam tubuh badan dan akan mengambil masa sebelum ia berkurangan atau hilang.

    Dalam masa yang sama, tubuh badan anda akan memerlukan sedikit masa untuk mengembalikan paras hormon-hormon yang lain agar ia kembali seimbang seperti sedia kala.

    Punca period tak teratur selepas bersalin #4. Stres

    Ibu yang baru sahaja melahirkan anak sudah pasti akan mengalami perubahan jadual hidup yang sangat drastik yakni dari aspek waktu rehat, waktu tidur bahkan waktu makan.

    Lanjutan kesibukan si ibu dalam menguruskan anak, mereka tentu sahaja akan mengalami tekanan berat pada aspek fizikal serta mental yang seterusnya akan mengakibatkan stres.

    Kesannya, hormon di dalam tubuh badan wanita itu mungkin akan berlaku ketidakseimbangan yang teruk dan lantas jadi punca kepada isu lain seperti masalah haid tidak teratur.

    period tak teratur selepas bersalin

    Apa yang wanita boleh buat tentangnya?

    Konklusinya, anda perlu tahu bahawa masalah period tak teratur selepas bersalin itu adalah normal dan ia mungkin akan kembali semula seperti sedia kala seiring dengan waktu.

    Perkara pertama yang anda perlu buat untuk mengatasi masalah haid tidak teratur adalah kenal pasti sama ada punca-punca di atas tadi adalah penyebab ia terjadi pada anda.

    Dalam erti kata lebih mudah, sila cuba untuk elak daripada kesemua punca-punca tadi agar anda dapat menjalani kehidupan pasca bersalin dan berpantang dengan lebih baik.

    Namun jika masalah ini masih lagi berpanjangan dan berlanjutan melebihi 1 tahun lantas menjadi punca anda sukar untuk mengandung kali kedua, sila berjumpa doktor segera.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am Ā· Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid Ā· Disemak pada 10/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan