backup og meta

4 Punca Luka Czer Boleh Terbuka Semula, Ibu Baru Bersalin Perlu Ambil Tahu!

4 Punca Luka Czer Boleh Terbuka Semula, Ibu Baru Bersalin Perlu Ambil Tahu!

Perkara yang paling membimbangkan bagi ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan adalah luka czer terbuka kembali. Ada yang risau, kenapa luka czer merah dan kenapa bekas czer sakit? Anda boleh mengetahui sebab ia berlaku menerusi penerangan di sini.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan maklumat tentang perbezaan antara kelahiran secara C-section dan kelahiran normal di bawah ini. Hal ini kerana, ia sangat berkait rapat dengan perkembangan mikrobiota usus dan sistem imun anak anda kelak.

Jom teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Penutupan luka C-section

Ramai yang ingin tahu, bila luka czer akan sembuh

Seperti yang diketahui umum, melahirkan anak melalui kaedah caesarean bukanlah perkara yang mudah. Ia antara sebab kenapa bekas czer sakit

Tidak dinafikan, kebanyakan ibu hamil sebolehnya mahu melahirkan si manja melalui kelahiran normal. Namun percayalah, apa jua kaedah bersalin yang dilalui adalah pilihan yang terbaik untuk anda dan juga si manja.

C-zer yang turut dikenali sebagai C-section, adalah prosedur di mana anak anda dilahirkan melalui 2 pemotongan – satu di kulit bahagian bawah abdomen dan satu lagi di dalam rahim 1.

Secara umumnya, luka czer terbuka bahagian luaran boleh ditutup dengan beberapa cara, termasuklah 2 3:

  • Jahitan
  • Jahitan boleh diserap
  • Stapel
  • Stapel boleh diserap
  • Pelekat kulit (gam)

Sementara itu, potongan bahagian dalam rahim boleh ditutup dengan jahitan boleh diserap, yang akan larut apabila ia sembuh.

Bila luka czer akan sembuh? Seperti mana proses pembedahan lain, luka pembedahan C-section juga memerlukan penjagaan dan masa untuk sembuh. Ia biasanya mengambil masa sekitar empat hingga enam minggu 4

luka czer terbuka
Antara cara untuk mempercepatkan penyembuhan luka c-zer.

Selalunya ia boleh sembuh tanpa sebarang masalah. Namun, ada kalanya komplikasi tertentu boleh berlaku walaupun dengan penjagaan yang betul.

Dalam beberapa kes yang jarang terjadi, bahagian pemotongan czer ini boleh terbuka semula. 

Dalam istilah perubatan, situasi itu dikenali sebagai C-section dehiscence.

Dapatkan susu formula khas untuk anak yang lahir secara caesarean di sini.

Punca luka czer terbuka

Perkara-perkara berikut boleh menjadi punca luka caesarean terbuka kembali:

#1. Ketegangan & tekanan 

Terlalu banyak tekanan pada perut boleh menyebabkan jahitan menjadi longgar atau koyak 5.

Tekanan yang tinggi boleh berlaku pada bahagian czer apabila anda melakukan aktiviti fizikal yang berat. 

Antaranya mengangkat anak kecil, barang-barang, menaiki tangga atau cuba bersenam terlalu awal.

#2. Proses penyembuhan yang lemah punca luka czer terbuka

Kenapa luka czer merah? Ada kalanya proses penyembuhan boleh menjadi agak lambat disebabkan keadaan genetik atau masalah perubatan, seperti diabetes atau obesiti 6 7.

Keadaan tersebut boleh mengakibatkan penyembuhan yang tidak sekata atau potongan pembedahan terpisah dan terbuka.

Inilah sebabnya kenapa luka czer merah.

#3. Nekrosis

Tidak mendapat darah dan oksigen mencukupi ke bahagian caesarean juga boleh melambatkan penyembuhan luka czer terbuka.

Dalam sesetengah kes, sel-sel kulit di tepi tempat pemotongan mungkin ‘mati’ kerana tidak mendapat oksigen dan nutrisi yang mencukupi. Keadaan ini disebut sebagai nekrosis 8.

Sel-sel mati tidak boleh tumbuh dan bergabung bersama untuk menyembuhkan luka. Ini sekali gus menyebabkan bahagian C-section terbuka semula. 

#4. Jangkitan

Kenapa luka czer merah? Ia boleh disebabkan jangkitan. 

Jangkitan di bahagian luka akan memperlambat atau menghentikannya daripada sembuh dengan betul. Ia boleh berlaku disebabkan bakteria atau kuman 9.

Dalam prosedur pembedahan biasa, anda selalunya akan diberikan antibiotik sebelum pembedahan. Walau bagaimanapun, selepas pembedahan biasa yang tidak rumit, antibiotik tidak diberikan.

Jadi sekiranya dijangkiti, tubuh akan bertindak melawan kuman dan ia mungkin tidak dapat melakukan proses penyembuhan dengan betul dalam masa yang sama. Ini menjawab persoalan kenapa luka czer merah

Faktor risiko untuk luka czer terbuka

luka czer terbuka
Sokongan suami diperlukan sepanjang fasa kehamilan dan kelahiran anak.

Untuk pengetahuan anda, terdapat dua kaedah pemotongan caesarean iaitu:

  • Menegak (bermula bawah pusat ke garisan bulu kemaluan)
  • Melintang (merentasi garis bulu kemaluan)

Jenis potongan yang dilakukan adalah bergantung pada pendapat pakar mengikut yang terbaik untuk melahirkan anak anda.

Potongan czer jenis menegak lebih berisiko tinggi untuk terbuka dan lambat sembuh berbanding secara melintang 10.

Selain itu, terdapat kajian yang menyatakan, penutupan bahagian C-section dengan jahitan adalah kurang berisiko untuk terbuka berbanding penggunaan stapel 11

Namun, pilihan terbaik akan ditentukan oleh doktor yang mengendalikan kes anda.

Gejala & simptom luka czer terbuka

Jika luka czer terbuka, antara simptom yang boleh dikenal pasti adalah ia akan kelihatan seperti luka baharu berserta kemerahan atau pendarahan.

Sekiranya jahitan terbuka disebabkan jangkitan, anda akan melihat tanda-tanda jangkitan seperti kemerahan, bengkak atau nanah.

Seandainya nekrosis menjadi punca jahitan bahagian caesarean terbuka, akan berlaku perubahan warna kelabu, kuning atau hitam sekitar kawasan tersebut. Ia juga mungkin berbau busuk.

Pemotongan dalaman caesarean

Potongan bahagian dalam rahim juga boleh terbuka atau pecah. 

Namun, sudah tentu anda tidak dapat melihat keadaan tersebut. Akan tetapi, ada gejala yang boleh dikenal pasti, seperti:

Rawatan luka czer terbuka

Kenapa luka czer merah? Jika bahagian luar luka czer terbuka, doktor mungkin memberikan suntikan untuk kebaskan bahagian tersebut dan kemudian mengeluarkan kulit atau tisu sebelum dijahit, stapel atau digam semula.

Dalam kes yang sangat jarang berlaku, rahim mungkin perlu dibuang jika ia telah rosak atau dijangkiti. Pembedahan ini dipanggil sebagai histerektomi.

Perbezaan kelahiran C-section dan kelahiran normal

luka czer terbuka
Tanya pengalaman ibu lain yang pernah melahirkan secara c-zer.

Selain menjaga luka selepas pembedahan ini, para ibu yang melaluinya juga perlu tahu beberapa perkara lain. Ini adalah supaya ibu dapat menjaga diri serta anaknya dengan baik pasca kelahiran.

Kelahiran C-section dan kelahiran normal mempunyai beberapa perbezaan yang penting. Salah satu perbezaan utama ialah cara anak dilahirkan. 

Si manja yang dilahirkan melalui kelahiran normal akan melalui saluran kelahiran, yang membantu memindahkan bakteria bermanfaat dari ibu kepada anak. 

Proses ini penting untuk pembangunan mikrobiota usus (gut microbiota) si kecil, yang berperanan penting dalam sistem imun mereka.

Sebaliknya, anak yang dilahirkan melalui C-section mungkin tidak mendapat pendedahan yang sama kepada bakteria bermanfaat ini. 

Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa si kecil yang dilahirkan melalui C-section berisiko lebih tinggi untuk mengalami gut dysbiosis, iaitu ketidakseimbangan bakteria usus yang boleh mempengaruhi kesihatan mereka dalam jangka masa panjang. 

Kajian menunjukkan bahawa anak yang dilahirkan melalui C-section mempunyai mikrobiota usus berbeza daripada anak yang dilahirkan secara normal. Anak yang lahir secara C-section kekurangan bakteria yang biasanya diperoleh dari saluran kelahiran ibu seperti Lactobacillus dan Bifidobacteria 12

Kekurangan pendedahan ini boleh mengganggu perkembangan mikrobiota usus dan seterusnya memberi kesan kepada sistem imun anak 13.

Gut dysbiosis ini telah dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan, termasuk alahan, asma dan gangguan imun. 14 15 16 17

Kesan kelahiran C-section terhadap imuniti anak

Seperti yang dinyatakan di atas, kekurangan pendedahan kepada bakteria bermanfaat semasa kelahiran C-section juga boleh menjejaskan sistem imun anak. 

Penyelidikan menunjukkan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan melalui C-section mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah imuniti, disebabkan oleh ketidakseimbangan mikrobiota usus yang penting untuk perkembangan sistem imun yang sihat 18.

Selain itu, kajian juga mendapati bahawa si kecil yang dilahirkan melalui C-section mungkin mempunyai tindak balas imun yang tidak normal dalam jangka masa pendek, serta peningkatan risiko untuk menghidap penyakit autoimun 19.

Oleh itu, penting bagi ibu bapa untuk sedar akan risiko ini dan mengambil langkah-langkah untuk menyokong kesihatan usus anak mereka, seperti memberikan probiotik yang sesuai.

Kesimpulan

Kini anda telah tahu bila luka czer akan sembuh dan risiko kelahiran anak menerusi c-section.

Dalam sibuk menjaga si manja di rumah, ibu-ibu juga perlu memikirkan keadaan diri sendiri kerana pembedahan caesarean dianggap pembedahan utama. 

Selain menjaga luka czer terbuka dengan betul, ibu yang melahirkan melalui C-section juga perlu sedar akan risiko-risiko tambahan seperti gut dysbiosis yang boleh menjejaskan kesihatan anak. 

Dengan mengambil langkah yang proaktif dalam menjaga kesihatan diri dan anak, anda dapat memastikan kesihatan yang lebih baik untuk kedua-duanya.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Caesarean section. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/caesarean-section. Diakses pada Mei 21, 2024. 
  2. Caesarean section. https://www.nhs.uk/conditions/caesarean-section/what-happens/. Diakses pada Mei 21, 2024.
  3. Cesarean Sections (C-Sections). https://kidshealth.org/en/parents/c-sections.html. Diakses pada Mei 21, 2024.
  4. How to recover from a c-section at home. https://www.tommys.org/pregnancy-information/giving-birth/caesarean-section/recovering-home-after-c-section. Diakses pada Mei 21, 2024.
  5. Uterine Rupture. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/24480-uterine-rupture. Diakses pada Mei 21, 2024.
  6. Al-Kharabsheh, R., Ahmad, M., Al Soudi, M., & Al-Ramadneh, A. (2021). Wound Infection Incidence and Obesity in Elective Cesarean Sections in Jordan. Medical archives (Sarajevo, Bosnia and Herzegovina), 75(2), 138–143. https://doi.org/10.5455/medarh.2021.75.138-143. Diakses pada Mei 21, 2024.
  7. Dasari, N., Jiang, A., Skochdopole, A., Chung, J., Reece, E. M., Vorstenbosch, J., & Winocour, S. (2021). Updates in Diabetic Wound Healing, Inflammation, and Scarring. Seminars in plastic surgery, 35(3), 153–158. https://doi.org/10.1055/s-0041-1731460. Diakses pada Mei 21, 2024.
  8. Nigam, A., Gupta, N., Elahi, A. A., Jairajpuri, Z. S., & Batra, S. (2016). Delayed Uterine Necrosis: Rare Cause of Nonhealing Wound. Journal of clinical and diagnostic research : JCDR, 10(12), QD01–QD02. https://doi.org/10.7860/JCDR/2016/20943.9058. Diakses pada Mei 21, 2024.
  9. Kawakita, T., & Landy, H. J. (2017). Surgical site infections after cesarean delivery: epidemiology, prevention and treatment. Maternal health, neonatology and perinatology, 3, 12. https://doi.org/10.1186/s40748-017-0051-3. Diakses pada Mei 21, 2024.
  10. McCurdy, R., Felder, L., Saccone, G., Edwards, R., Thornburg, L., Marrs, C., Conner, S., Strauss, R., & Berghella, V. (2020). The association of skin incision placement during cesarean delivery with wound complications in obese women: a systematic review and meta-analysis. The Journal of Maternal-Fetal & Neonatal Medicine, 35, 2311 – 2323. https://doi.org/10.1080/14767058.2020.1786050. Diakses pada Mei 21, 2024.
  11. Assadi, S., Ayatollahi, H., Zeynali, J., & Yekta, Z. (2016). Surgical staples compared with subcuticular suture for skin closure after cesarean delivery: a randomized controlled trial. Tehran University Medical Journal TUMS Publications, 73, 872-877. https://tumj.tums.ac.ir/browse.php?a_id=7252&sid=1&slc_lang=en. Diakses pada Mei 21, 2024.
  12. Dominguez-Bello, M., Jesús-Laboy, K., Shen, N., Cox, L., Amir, A., Gonzalez, A., Bokulich, N., Song, S., Hoashi, M., Rivera-Viñas, J., Méndez, K., Knight, R., & Clemente, J. (2016). Partial restoration of the microbiota of cesarean-born infants via vaginal microbial transfer. Nature medicine, 22, 250 – 253. https://doi.org/10.1038/nm.4039. Diakses pada Mei 21, 2024.
  13. Korpela, K. (2021). Impact of Delivery Mode on Infant Gut Microbiota. Annals of Nutrition and Metabolism, 77, 11 – 19. https://doi.org/10.1159/000518498. Diakses pada Mei 21, 2024.
  14. Panzer, A., & Lynch, S. (2015). Influence and effect of the human microbiome in allergy and asthma. Current Opinion in Rheumatology, 27, 373–380. https://doi.org/10.1097/BOR.0000000000000191. Diakses pada Mei 21, 2024.
  15. Filippis, F., Paparo, L., Nocerino, R., Gatta, G., Carucci, L., Russo, R., Pasolli, E., Ercolini, D., & Canani, R. (2021). Specific gut microbiome signatures and the associated pro-inflamatory functions are linked to pediatric allergy and acquisition of immune tolerance. Nature Communications, 12. https://doi.org/10.1038/s41467-021-26266-z. Diakses pada Mei 21, 2024.
  16. Fujimura, K., & Lynch, S. (2015). Microbiota in allergy and asthma and the emerging relationship with the gut microbiome.. Cell host & microbe, 17 5, 592-602 . https://doi.org/10.1016/j.chom.2015.04.007. Diakses pada Mei 21, 2024.
  17. Cait, A., Cardenas, E., Dimitriu, P., Amenyogbe, N., Dai, D., Cait, J., Sbihi, H., Stiemsma, L., Subbarao, P., Mandhane, P., Becker, A., Moraes, T., Sears, M., Lefebvre, D., Azad, M., Kollmann, T., Turvey, S., & Mohn, W. (2019). Reduced genetic potential for butyrate fermentation in the gut microbiome of infants who develop allergic sensitization.. The Journal of allergy and clinical immunology. https://doi.org/10.1016/j.jaci.2019.06.029. Diakses pada Mei 21, 2024.
  18. Cho, C., & Norman, M. (2013). Cesarean section and development of the immune system in the offspring.. American journal of obstetrics and gynecology, 208 4, 249-54 . https://doi.org/10.1016/j.ajog.2012.08.009. Diakses pada Mei 21, 2024.
  19. Munasir, Z., & Khoe, L. (2020). Immune development of children born from Caesarean section. , 4, 17. https://doi.org/10.25220/WNJ.V04.S2.0003. Diakses pada Mei 21, 2024.

 

Versi Terbaru

03/12/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Pendarahan Awal Kehamilan Normal Atau Tidak? Ini Cara Tentukannya

Bahaya Biarkan Cirit-Birit Anak Berlarutan, Parents Perlu Peka Dengan Kesihatan Usus Anak!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan