Pembedahan C-section atau juga dipanggil secara ringkas sebagai C-sec adalah satu kaedah yang biasa digunakan untuk kelahiran yang berisiko jika melalui kaedah kelahiran normal. Bagi mereka yang tidak menyangka bahawa mereka akan melahirkan bayi melalui kaedah C-sec ini, anda tidak perlu berasa gusar berkenaan prosedur yang akan dialami. Anda pasti ingin sembuh dengan cepat setelah melalui prosedur C-sec. Kami ada beberapa tip atau saranan mudah bagi ibu-ibu yang ingin sembuh dengan pantas setelah prosedur C-sec. Teruskan pembacaan anda melalui artikel di bawah.
Dapatkan rehat yang mencukupi
Seperti mana prosedur-prosedur pembedahan yang lain, tubuh anda memerlukan masa untuk sembuh. Anda mungkin hanya perlu berada selama beberapa hari di hospital setelah pembedahan dilakukan, tetapi anda perlu memberikan lebih banyak masa kepada tubuh anda untuk berehat di rumah, iaitu sekitar 6 minggu.