What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other
ask-doctor-icon

Tanya Doktor Secara Percuma

Jadi yang terawal untuk berkongsi pandangan anda kepada Hello Doktor

Ini Tip Penjagaan Bersalin Czer, No 7 Paling PENTING Kalau Tak Nak MEROYAN!

    Ini Tip Penjagaan Bersalin Czer, No 7 Paling PENTING Kalau Tak Nak MEROYAN!

    Kita sering mendengar mengenai aspek penjagaan wanita yang melahirkan anak secara normal, tetapi bagaimana pula bagi penjagaan ibu bersalin caesar?

    Amnya, sebaik sahaja bayi dilahirkan sama ada secara normal atau caesarean, tubuh akan melalui pelbagai perubahan dari aspek fizikal dan emosi.

    Pelbagai perubahan akan dilalui dalam 6 minggu pertama tempoh selepas bersalin ini. Tempoh ini biasanya akan menjadi lebih lama bagi mereka yang bersalin anak kembar.

    Jom ketahui lebih lanjut mengenai proses penjagaan selepas bersalin ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Petua penjagaan ibu bersalin caesar

    1. Mengendalikan kesakitan

    • Ikut cadangan doktor dalam pengambilan ubat tahan sakit
    • Simpan rekod pengambilan ubat dan jenisnya
    • Gunakan pek ais untuk kesakitan bahagian pembedahan – selama 20-30 minit untuk 1 sesi
    • Gunakan tuala suam untuk atasi kekejangan

    penjagaan ibu bersalin caesar

    2. Menjaga luka dalam penjagaan ibu bersalin caesar

    • Jangan membalut luka dan biarkan luka mendapat pengudaraan melainkan atas arahan doktor
    • Pastikan luka bersih dan kering, terutamanya selepas mencucinya semasa mandi
    • Sesetengah luka pembedahan dilitupi kulit perut dan lemak. Jika ini keadaan anda, berbaring secara menelentang dan angkat lipatan kulit untuk memastikan pengudaraan pada luka
    • Sentiasa periksa luka pembedahan atau meminta bantuan keluarga untuk memeriksanya jika terdapat pendarahan, peningkatan lebam atau kemerahan
    • Anda mungkin dibenarkan pulang dengan staple pada luka pembedahan. Jika ini situasi anda, jangan cuba mencabutnya

    3. Pendarahan faraj

    • Dalam penjagaan ibu bersalin caesar, pendarahan faraj tetap akan berlaku untuk tempoh seminggu
    • 2-4 hari selepas bersalin, pendarahan menjadi lebih ringan, berair dan berwarna merah jambu
    • Dalam 10 hari selepas bersalin, pendarahan lebih kepada berair dengan sedikit berwarna merah jambu
    • Hanya guna tuala wanita dan elakkan penggunaan tampon

    4. Penjagaan ibu bersalin caesar #Merawat perineum

    Sesetengah prosedur C-Sec dilakukan secara berjadual. Namun ada wanita yang mungkin melalui prosedur kelahiran faraj selama berjam-jam, bahkan berdepan dengan proses meneran sebelum czer.

    penjagaan ibu bersalin caesar

    Sekiranya itu situasinya, terdapat 2 bahagian yang menyakitkan perlu dirawat – potongan pada perineum dan perut.

    Ada wanita yang mungkin mengalami koyakan faraj dan/atau jahitan sebagai tambahan kepada luka pembedahan C-Sec.

    • Gunakan pelembut najis/julap. Meneran boleh menyebabkan rasa sakit pada perut dan trauma perineum
    • Tukar pad setiap 1-2 jam
    • Gunakan pek ais selama 20-30 minit untuk memberikan kelegaan jika mengalami kesakitan perineum
    • Jika mengalami jahitan, ia mungkin gugur sendiri. Jangan terkejut jika terlihat benang hitam halus pada tuala wanita atau seluar dalam
    • Sentiasa lap alat sulit daripada bahagian faraj ke dubur untuk mengelakkan jangkitan
    • Mandian sitz selama 20-30 minit mungkin dalam membantu mempercepatkan penyembuhan dan melegakan kesakitan

    5. Senaman

    • Selepas 6 minggu, anda boleh tingkatkan intensiti senaman secara perlahan-lahan
    • Pada 6-8 minggu, anda mungkin boleh meneruskan aktiviti biasa seperti sebelum czer
    • Segera berhenti jika mengalami kesakitan atau pendarahan semasa bersenam

    Baca juga:

    6. Pemakanan

    • Ambil hidangan kecil yang sihat dengan kerap
    • Amalkan makanan tinggi serat untuk memudahkan pergerakan usus
    • Elakkan makanan yang boleh mengakibatkan perut berangin
    • Banyakkan minum air

    7. Kesejahteraan emosi & mental penting dalam penjagaan ibu bersalin caesar

    • Emosi naik turun adalah perkara biasa dan tidak teratur semasa tempoh pemulihan selepas bersalin
    • Kemurungan selepas bersalin dan baby blues cenderung untuk terjadi
    • Wanita yang menjalani czer kecemasan mungkin akan lebih sensitif emosinya kerana rasa bersalah tidak dapat beranak secara normal
    • Jaga diri, dengarkan muzik, luangkan masa berjalan-jalan di luar seketika

    8. Perkara yang perlu dilakukan & elakkan selepas C-Sec

    • Jangan bersetubuh atau memasukkan sesuatu ke dalam faraj, seperti tampon atau meruang sekurang-kurangnya 6 minggu selepas bersalin
    • Semak suhu jika badan menggigil atau berasa ingin demam
    • Jangan berendam dalam tab mandian kerana ia meningkatkan risiko jangkitan
    • Jangan malu untuk meminta bantuan dan pertolongan daripada pasangan atau ahli keluarga lain jika memerlukan

    penjagaan ibu bersalin caesar

    • Tidur siang semasa bayi sedang tidur atau sekurang-kurangnya berehat
    • Jangan melakukan sesuatu aktiviti untuk tempoh yang terlalu panjang. Diri anda memerlukan banyak tenaga untuk sembuh
    • Pastikan anda mengambil pelembut najis (julap) dan makan ubat tahan sakit yang ditetapkan

    Pemeriksaan doktor untuk ibu bersalin caesar

    Sekiranya keadaan seperti berikut terjadi, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor segera bagi melakukan pemeriksaan.

    • Jika anda mengalami peningkatan pendarahan faraj atau gumpalan darah
    • Jika menyedari bau busuk atau lelehan berwarna daripada faraj, ia mungkin berlaku jangkitan
    • Seandainya berlaku pendarahan atau bau busuk daripada luka pembedahan mahupun jika luka terbuka kembali
    • Sekiranya dalam proses penjagaan ibu bersalin c-zer ini, kesakitan tidak dapat dikurangkan dengan ubat atau anda mengalami demam
    • Jika berasa tertekan, terfikir untuk mencederakan diri atau bayi

    Semestinya anda lebih mengenali diri berbanding individu di sekeliling dan seandainya berasa ada yang tidak kena sama ada secara fizikal atau emosi pada diri, lakukan pemeriksaan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.


    Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan bertukar cerita dengan bakal ibu yang lain. Sertai Komuniti Kehamilan!

    Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan bertukar cerita dengan bakal ibu yang lain. Sertai Komuniti Kehamilan!


    Kalkulator Ovulasi

    Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

    Kalkulator Ovulasi

    Kalkulator Ovulasi

    Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

    Kalkulator Ovulasi

    Panjang Kitaran

    (hari)

    28

    Objektif

    (hari)

    7

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Sumber Rujukan
    1. Caring for Yourself After Cesarean Birth. https://www.healthpages.org/health-a-z/caring-after-cesarean-birth/, Accessed on Jan 16, 2022
    2. Recovery after caesarean: first 6 weeks. https://raisingchildren.net.au/pregnancy/labour-birth/recovery-after-birth/after-caesarean, Accessed on Jan 16, 2022
    3. Going home after a C-section. https://medlineplus.gov/ency/patientinstructions/000624.htm, Accessed on Jan 16, 2022
    4. Postpartum care for mom: Tips for healing and comfort. https://www.geisinger.org/patient-care/conditions-treatments-specialty/self-care-during-the-postpartum-period, Accessed on Jan 16, 2022
    5. C-Section Recovery. https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/labor-and-birth/cesarean-aftercare/, Accessed on Jan 16, 2022
    6. Recovering from Delivery (Postpartum Recovery). https://familydoctor.org/recovering-from-delivery/, Accessed on Jan 16, 2022
    7. Optimizing Postpartum Care. https://www.acog.org/clinical/clinical-guidance/committee-opinion/articles/2018/05/optimizing-postpartum-care, Accessed on Jan 16, 2022
    Gambar penulisbadge
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 17/06/2022
    Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
    Next article: