brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Perut Kerap Sakit Tapi Tak Tahu Sebabnya? Ini Punca Yang Anda Mungkin Tak Jangka!

Semua orang pasti pernah mengalami masalah sakit perut yang biasa bukan? Namun, apakah punca, kesan dan risiko yang boleh terjadi akibatnya? Jom baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

Perut Kerap Sakit Tapi Tak Tahu Sebabnya? Ini Punca Yang Anda Mungkin Tak Jangka!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.

Definisi

Apa itu sakit perut yang biasa?

Masalah sakit perut adalah rasa sakit di bahagian abdomen. Dengan pelbagai nama yang diberikan berkenaan keadaan ini, mereka semua merujuk kepada jenis sakit yang berlaku di bahagian abdomen.

Organ-organ utama yang terletak di kawasan abdomen termasuk: usus anda (kecil dan besar), buah pinggang, apendiks (sebahagian daripada usus besar), limpa, perut, pundi hempedu, hati, dan pankreas.

Mana-mana jangkitan atau kerosakan pada organ-organ ini boleh menyebabkan sakit perut.

Apa risiko sakit perut angin yang biasa?

Masalah kesihatan ini adalah biasa dan boleh menjejaskan pesakit pada sebarang peringkat umur. Walau bagaimanapun, wanita mungkin lebih mudah terdedah kepada masalah ini.

Ia boleh ditangani dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

sakit perut yang biasa
Wanita lebih berisiko alami sakit perut.

Simptom

Apa gejala masalah sakit perut ini?

Simptom bagi sakit perut adalah:

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus jumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor anda jika anda mempunyai simptom yang tersenarai di atas dan yang berikut:

  • Muntah darah
  • Mempunyai najis berdarah atau hitam
  • Mengalami kesukaran bernafas
  • Mengalami kesakitan semasa kehamilan

Punca

Apa punca masalah sakit perut?

Terdapat banyak punca yang boleh dikenal pasti. Sebab-sebab yang paling biasa adalah ketakcernaan (indigestion), sembelit, virus perut, keracunan makanan, alahan makanan, angin, intolerans laktosa, batu ginjal, dll.

Faktor Risiko

Apa faktor risiko masalah ini?

Terdapat banyak faktor risiko untuk sakit perut sekejap datang sekejap hilang, seperti:

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

sakit perut yang biasa
Apendiks juga boleh jadi punca ketidakselesaan perut.

Bagaimana pesakit masalah ini didiagnosis?

Diagnosis sakit perut adalah berdasarkan ciri-ciri kesakitan, pemeriksaan fizikal, dan ujian. Kadang-kadang, pembedahan diperlukan untuk kes yang lebih rumit.

Bagaimana pesakit masalah ini dirawat?

Rawatan sakit perut bergantung kepada punca-puncanya. Ia boleh meliputi daripada ubat-ubatan kepada perubahan tabiat. Dalam sesetengah kes, seperti radang apendiks dan hernia, pembedahan mungkin diperlukan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani sakit perut yang biasa?

Gaya hidup dan pengubatan sampingan yang berikut boleh membantu anda mengatasi masalah kesihatan ini:

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk mengetahui dan memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
medical
Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid
Disemak secara perubatan oleh
Dokter Umum · Hello Health Group
Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 13/10/2025