backup og meta

Berapa Kali Boleh Bersalin Operation? Ini Risiko Jika Terlebih Czer, Bahaya Untuk Ibu!

Berapa Kali Boleh Bersalin Operation? Ini Risiko Jika Terlebih Czer, Bahaya Untuk Ibu!

Risiko kesihatan akan meningkat bagi setiap prosedur bersalin operation. Jadi persoalan utama di sini, berapa kali boleh bersalin secara pembedahan dan apakah antara risikonya? Baca selanjutnya untuk jawapan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Berapa kali boleh bersalin secara pembedahan yang selamat?

Bercakap mengenai jumlah pembedahan czer yang boleh dilakukan dengan selamat, tiada jawapan tepat dapat diberikan.

Ini kerana sesetengah individu boleh menjalani 6-7 pembedahan czer tanpa sebarang masalah. Manakala bagi yang lain, selepas satu prosedur kelahiran caesarean, mereka berdepan masalah serius seperti gangguan spektrum plasenta akreta.

Namun secara amnya, tidak disyorkan untuk menjalani kaedah czer operation lebih daripada tiga kali.

[embed-health-tool-due-date]

Risiko bersalin operation berulang

C-section boleh menjadi prosedur yang menyelamatkan nyawa, namun risiko bersalin secara czer operation tetap ada, terutamanya apabila pakar memotong lapisan kulit, otot dan organ – tisu parut akan wujud.

Parut caesarean boleh menyebabkan komplikasi pada kehamilan akan datang pada rahim, plasenta dan perut. Lebih kerap hirisan dibuat, lebih besar risiko komplikasi.

bersalin operation
Risiko bersalin czer lebih tiga kali.

Risiko bersalin czer semasa kehamilan

Selepas prosedur bersalin operation, risiko plasenta previa pada kehamilan akan datang meningkat sebanyak 1.5-6 kali ganda.

Plasenta previa adalah keadaan di mana plasenta berkembang di atas saluran serviks. Lebih banyak C-sec yang anda jalani, lebih besar risiko untuk kehamilan seterusnya.

Komplikasi plasenta lain kesan pembedahan czer termasuklah:

  • Plasenta akreta
  • Plasenta inkreta
  • Plasenta perkreta 

Kesemua komplikasi ini secara kolektif dirujuk sebagai spektrum plasenta akreta – melibatkan kelekatan placenta ke dalam dinding rahim.

Komplikasi rahim pecah pula adalah pada kadar 0.5%. Ia meningkat seiring dengan jumlah pembedahan czer yang dijalani.

Risiko bersalin operation: Semasa kelahiran

Selain risiko bersalin czer, prosedur kehamilan czer turut mempunyai risiko tersendiri.

Antara contohnya, pakar bedah tanpa sengaja terpotong dan mencederakan tisu atau organ di sekelilingnya. Situasi itu secara tidak langsung meningkatkan risiko kecederaan usus dan pundi kencing.

Lekatan (adhesion) adalah komplikasi lain yang berpotensi untuk terjadi. Ia boleh berlaku apabila tisu parut bersambung dengan tisu dan organ yang biasanya tidak melekat bersama.

bersalin operation
Bayi yang lahir dengan pembedahan caesarean.

Pelekatan ini akan merumitkan pembedahan akan datang. Ia menjadikannya lebih mencabar untuk membuka rahim dan meningkatkan tempoh masa pembedahan. Kehadiran pelekatan ini juga dikaitkan dengan risiko kecederaan pundi kencing lebih besar.

Pendarahan berlebihan juga merupakan faktor risiko untuk mana-mana pembedahan, termasuklah czer. 

Berbanding kelahiran normal melalui faraj, C-Sec membawa risiko tertinggi pendarahan selepas bersalin (PPH).

Risiko selepas bersalin operation

Terdapat perkaitan kuat antara pemulihan hirisan hernia dan czer sebelumnya. Risiko pemulihan akan meningkat seiring bilangan pembedahan yang pernah dialami seseorang.

Parut endometriosis boleh berlaku selepas pembedahan czer. Ia boleh berlaku selepas berbulan-bulan, bahkan bertahun-tahun selepas pembedahan – dengan jangka masa purata kejadian 30 bulan. Risikonya adalah 2x ganda berbanding wanita yang bersalin secara faraj.

bersalin operation
Parut pembedahan caesarean.

Seorang wanita itu adalah 5x ganda lebih berisiko mengembangkan masalah darah beku berbahaya apabila hamil. Kelahiran melalui pembedahan pula akan menggandakan risiko itu.

Jangkitan pada luka pembedahan adalah antara komplikasi paling biasa daripada prosedur caesarean. Ia boleh dikaitkan dengan kematian ibu.

Manakala necrotizing fasciitis adalah komplikasi teruk yang melibatkan jangkitan gangren dan boleh mengancam nyawa.

Tip merendahkan risiko bersalin operation

Umumnya, risiko berkaitan pembedahan czer tidak semestinya akan berlaku. Ia bergantung kepada kesihatan keseluruhan dan keadaan kehamilan.

Pun begitu, jika anda perlu menjalani pembedahan czer, terdapat beberapa cara untuk mengurangkan risikonya.

Punca pertama kali bersalin ceaser

Pembedahan czer primer mempunyai risiko tersendiri dan ia juga menetapkan tahap peningkatan risiko untuk kehamilan dan kelahiran masa akan datang.

Jika anda merancang untuk mempunyai ramai anak, pertimbangkan risiko pembedahan czer primer pada kehamilan akan datang amat penting. Elakkan daripada menjalani pembedahan caesarean tanpa rundingan pakar perubatan.

Jika sebelum ini terdapat punca bersalin czer yang tidak dapat dielakkan, pembedahan caesar ulangan bukanlah satu-satunya pilihan anda. Kelahiran faraj selepas caesarean (VBAC) adalah antara pilihan yang boleh dipertimbangkan dalam keadaan tertentu.

Tempoh kehamilan seterusnya

Kehamilan yang berlaku kurang daripada enam bulan daripada pembedahan czer terakhir berisiko lebih besar untuk mendapat kesan buruk. Ini khususnya risiko rahim pecah lebih besar pada mereka yang mempunyai selang masa lebih pendek antara kehamilan.

Penggunaan kontraseptif antara kehamilan boleh membantu mengurangkan risiko ini. Berundinglah dengan doktor bagi mengetahui pilihan kawalan kelahiran paling sesuai dengan diri anda. 

Masa bersalin operation

Individu wanita yang menjalani pembedahan caesarean berganda, waktu bersalin itu boleh mengurangkan risiko komplikasi jika ia berlaku pada minggu ke-39 kehamilan.

Amat disyorkan untuk menangguhkan prosedur pembedahan caesarean yang dijadualkan hingga usia kandungan genap 39 minggu.

Kini persoalan mengenai berapa kali boleh bersalin secara pembedahan sudah terjawab. Namun sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan keraguan, berundinglah dengan doktor pakar sakit puan bagi mendapatkan lebih kepastian.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Multiple C-Sections. https://healthcare.utah.edu/womenshealth/pregnancy-birth/multiple-c-sections.php#, Accessed on Nov 16, 2022
  2. You Asked: How many C-sections can a woman have? https://vitalrecord.tamhsc.edu/asked-many-c-sections-can-woman/#,  Accessed on Nov 16, 2022
  3. Repeat C-sections: Is there a limit? https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/c-section/expert-answers/c-sections/faq-20058380,  Accessed on Nov 16, 2022
  4. How many caesareans can I safely have? https://www.babycentre.co.uk/x546895/how-many-caesareans-can-i-safely-have,  Accessed on Nov 16, 2022
  5. Caesarean section. https://www.nhs.uk/conditions/caesarean-section/,  Accessed on Nov 16, 2022
  6. Cesarean Delivery on Maternal Request. https://www.acog.org/clinical/clinical-guidance/committee-opinion/articles/2019/01/cesarean-delivery-on-maternal-request,  Accessed on Nov 16, 2022
  7. Mohamad K. Ramadan, Ahmad Abdulrahim, Saad Eddine Itani, Mohamad Hourani, Fadi G. Mirza. Timing of an Elective Repeat Cesarean Delivery at Term: Addressing the Controversy (2019). https://www.jcgo.org/index.php/JCGO/article/view/526,  Accessed on Nov 16, 2022
  8. N Breslin,E Vander Haar,AM Friedman,C Duffy,C Gyamfi-Bannerman. Impact of timing of delivery on maternal and neonatal outcomes for women after three previous caesarean deliveries; a secondary analysis of the caesarean section registry (2019). https://doi.org/10.1111/1471-0528.15652,  Accessed on Nov 16, 2022
  9. Gurol-Urganci, I., Cromwell, D.A., Edozien, L.C. et al. Risk of placenta previa in second birth after first birth cesarean section: a population-based study and meta-analysis. BMC Pregnancy Childbirth 11, 95 (2011). https://doi.org/10.1186/1471-2393-11-95, Accessed on Nov 16, 2022
  10. Motomura, K., Ganchimeg, T., Nagata, C. et al. Incidence and outcomes of uterine rupture among women with prior caesarean section: WHO Multicountry Survey on Maternal and Newborn Health. Sci Rep 7, 44093 (2017). https://doi.org/10.1038/srep44093, Accessed on Nov 16, 2022
  11. Zuarez-Easton S, Zafran N, Garmi G, Salim R. Postcesarean wound infection: prevalence, impact, prevention, and management challenges. Int J Womens Health. 2017;9:81-88. https://doi.org/10.2147/IJWH.S98876,  Accessed on Nov 16, 2022

Versi Terbaru

05/12/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

JAGA-JAGA! Bahaya Uri Melekat Pada Rahim, Boleh Sampai Ragut Nyawa

Ibu Hamil Boleh ELAK Alami Buasir Berdarah Dengan Langkah-langkah Ini, BERKESAN!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 7 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan