Bahaya ke kalau berlaku tumpah darah selepas bersalin? Adakah terdapat rawatan untuk merawat masalah darah keluar banyak selepas sebulan bersalin ini? Buat bakal ibu, teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan tersebut.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Definisi
Apa itu tumpah darah selepas bersalin?
Tumpah darah selepas bersalin (Postpartum Hemorrhage – PPH) adalah pendarahan berlebihan yang berlaku selepas bersalin, yang berpotensi menjadi penyebab kematian kepada para ibu.
- PPH primer ialah apabila anda kehilangan lebih daripada 500ml (satu pain) darah dalam tempoh 24 jam pertama selepas bersalin. Ia adalah perkara biasa, menjejaskan dalam 5 per 100 wanita. Pendarahan yang teruk (lebih daripada 2 liter atau 4 liter) adalah kurang biasa, menjejaskan hanya 6 per 1000 wanita.
- PPH sekunder berlaku apabila anda mengalami pendarahan vagina yang tidak normal atau berat di antara 24 jam hingga 12 minggu selepas bersalin. Ia dialami kurang daripada 2 per 100 wanita.
Apakah kebarangkalian tumpah darah selepas bersalin?
Masalah tumpah darah selepas seminggu bersalin ini adalah perkara biasa. Ia lazimnya memberi kesan kepada wanita yang berusia lebih dari 35 tahun. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Simptom-simptom
Apakah simptom-simptomnya?
Tanda tanda tumpah darah adalah:
- Kehilangan darah merah yang terang melalui faraj selepas bersalin
- Sakit pada bahagian bawah perut
- Demam
Mungkin terdapat beberapa tanda tanda tumpah darah yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.
Bila saya harus berjumpa doktor?
Jika anda mempunyai sebarang tanda tanda tumpah darah yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda.
Punca
Apakah punca tumpah darah selepas bersalin?
Dalam kebanyakan kes, tumpah darah selepas seminggu bersalin berlaku kerana rahim tidak dapat mengecut dengan cukup untuk menutup pembuluh darah di dindingnya.
Ini mungkin disebabkan oleh beberapa keadaan seperti keletihan otot-otot rahim selepas proses bersalin yang lama, rahim yang terlebih tegang akibat daripada banyak kehamilan, cecair amnion yang berlebihan atau bayi bersaiz besar.
Penguncupan rahim juga boleh terjejas disebabkan oleh ketumbuhan bukan kanser pada uterus ataupun jika sebahagian atau keseluruhan plasenta kekal berada pada rahim selepas kelahiran.
Faktor-faktor risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada tumpah darah selepas bersalin?
Terdapat banyak faktor risiko, seperti:
- Mengalami PPH dalam kehamilan sebelum ini.
- Mempunyai BMI (indeks jisim badan) lebih daripada 35.
- Mempunyai empat atau lebih bayi sebelum ini.
- Mengandung kembar dua atau tiga.
- Etnik Asia Selatan.
- Mempunyai plasenta yang rendah di bawah / uri bawah (placenta praevia).
- Plasenta tercabut awal (uri lekang).
- Pre-eklampsia dan / atau tekanan darah tinggi.
- Anemia.
- Kelahiran secara pembedahan caesarean.
- Proses kelahiran yang dipaksa (induced labor).
- Uri tertinggal di dalam rahim.
- Episiotomi (potongan pembedahan untuk membantu kelahiran).
- Kelahiran yang dibantu forceps atau vakum.
- Proses kelahiran lebih daripada 12 jam.
- Melahirkan bayi yang besar (lebih daripada 4kg).
- Melahirkan anak pertama apabila anda berumur lebih daripada 40 tahun.
Diagnosis dan rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit tumpah darah selepas bersalin didiagnosis?
Sekiranya anda belum berada di hospital, anda mungkin perlu dimasukkan segera. Nadi dan tekanan darah anda akan dipantau untuk mengenal pasti sebarang tanda kejutan.
Sekiranya anda tumpah darah selepas seminggu bersalin, doktor anda akan merasakan bahagian bawah abdomen anda untuk melihat sama ada rahim mengecut atau tidak.
Uri akan diperiksa untuk memastikan ia cukup dan tidak tertinggal. Jika rahim kelihatan mengecut tetapi pendarahan masih berterusan, serviks dan vagina anda akan diperiksa. Ini boleh dilakukan di bawah bius am atau bius epidural.
Sekiranya anda mengalami masalah ini, doktor anda mungkin akan melaksanakan pemeriksaan ultrabunyi.
Ia dilakukan dengan menggunakan alat (probe) untuk dimasukkan ke dalam vagina bagi memeriksa bahagian plasenta yang tertinggal di dalam rahim.
Ujian swab vagina boleh dibuat untuk memeriksa bukti terhadap jangkitan.
Bagaimana rawatan tumpah darah selepas bersalin dilakukan?
Jika tumpah darah selepas seminggu bersalin disebabkan oleh penguncupan rahim yang lemah, anda mungkin akan diberi suntikan untuk membantu rahim mengecut.
Doktor juga mungkin akan mengurut perut anda. Sekiranya langkah-langkah ini tidak berfungsi, ubat selanjutnya boleh diberikan untuk membantu rahim mengecut.
Sekiranya pendarahan masih berterusan, pembedahan mungkin diperlukan. Dalam kes yang jarang berlaku, histerektomi mungkin akan dilaksanakan.
- Jika kehilangan darah disebabkan oleh tisu terkoyak di dalam serviks atau vagina, keadaan ini akan dijahit
- Jika tumpah darah lewat selepas kelahiran bayi adalah disebabkan oleh jangkitan, antibiotik akan diberikan
- Jika pendarahan masih berterusan, pembedahan mungkin diperlukan untuk memeriksa rahim dan mengeluarkan apa-apa bahagian uri yang masih tertinggal. Darah yang hilang disebabkan oleh keadaan ini mungkin perlu diganti dengan pemindahan / transfusi darah
Fakta yang sangat diyakini menunjukkan bahawa pengurusan yang aktif rutin pada tahap ketiga kelahiran akan mengurangkan insiden dan keterukan PPH.
Pengurusan aktif adalah kombinasi rutin antara pemberian uterotonik (sebaiknya oxytocin) sejurus selepas kelahiran bayi, menyepit dan memotong tali pusat dengan awal, dan tarikan lembut pada tali pusat serta tarikan lawan oleh rahim apabila ia mengecut dengan baik.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil?
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda mengurangkan tanda tanda tumpah darah:
- Suplemen zat besi. Mengambil suplemen zat besi mungkin akan mengurangkan kemungkinan memerlukan transfusi darah jika anda mempunyai PPH. Sesetengah wanita juga boleh ditawarkan suplemen zat besi sekiranya mereka berisiko mengalami anemia.
- Buat temu janji dengan doktor anda. Sekiranya anda menjalani pembedahan caesarean dalam kehamilan sebelum ini, adalah penting untuk memastikan uri tidak melekat pada bahagian luka pembedahan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan tumpah darah selepas bersalin, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
[embed-health-tool-due-date]