backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

3

Tanya Doktor
Simpan

Ibu Hamil Kerap Rasa Sakit Bahagian Bawah Perut? Jom Cuba 7 Cara Ini Untuk Atasinya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/05/2024

Ibu Hamil Kerap Rasa Sakit Bahagian Bawah Perut? Jom Cuba 7 Cara Ini Untuk Atasinya

Ada tak ibu hamil yang sering alami rasa sakit perut bawah? Pastinya ia keadaan yang mendatangkan ketidakselesaan.

Tapi jangan bimbang, ada cara hilangkan sakit bawah perut yang anda boleh cuba. Pasti berkesan!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Keadaan sakit perut bawah

Rasa sakit di bahagian bawah perut dan pinggang yang dialami itu, dalam istilah perubatan dikenali sebagai sakit ligamen bulat atau round ligament pain yang kerap dialami semasa trimester kedua kehamilan.

Ia adalah rasa sakit mencucuk yang dirasakan di bahagian bawah abdomen atau kawasan pangkal paha pada satu bahagian atau kedua-duanya.

Umumnya, keadaan rasa sakit perut bawah ini merupakan situasi normal untuk dialami oleh ibu hamil kerana perubahan yang berlaku kepada tubuh.

sakit perut bawah
Perubahan badan semasa tempoh kehamilan.

Punca ibu hamil alami rasa sakit ligamen bulat

Di dalam tubuh wanita terdapat beberapa ligamen tebal yang mengelilingi dan menyokong rahim (uterus) ketika ia membesar sepanjang tempoh kehamilan. Salah satunya dipanggil ligamen bulat.

Ligamen bulat merupakan penghubung bahagian depan rahim ke pangkal paha, kawasan di mana kaki anda bersambung pada pelvis.

Dalam keadaan biasa, ligamen bulat ini biasanya meregang dan mengendur dengan perlahan-lahan.

Walau bagaimanapun, apabila bayi dan rahim semakin membesar, ligamen ini akan meregang. Ia sekali gus menjadikannya cenderung dalam keadaan tegang.

Dalam sebarang pergerakan, terutamanya apabila ibu hamil bergerak secara mendadak termasuk daripada posisi duduk ke berdiri dengan cepat, ia mengakibatkan ligamen mengetat secara pantas.

Memahami simptom sakit perut bawah

Kesakitan yang dialami ini boleh menyebabkan wujudnya kebimbangan dan ketidakselesaan. Tetapi ia dianggap normal kerana tubuh anda berubah semasa hamil.

Simptom-simptom sakit ligamen bulat termasuk rasa mencucuk dan kekejangan secara tiba-tiba di perut. Ia biasanya menjejaskan bahagian sebelah kanan, tetapi ia juga mungkin berlaku di kedua-dua belah. 

Senaman yang dilakukan juga mungkin penyebab timbulnya rasa sakit, selain pergerakan pantas seperti: 

  • Bersin
  • Batuk
  • Ketawa
  • Berguling di atas katil
  • Berdiri terlalu cepat

7 cara hilangkan sakit bawah perut

tanda tanda hamil
Tip mengatasi sakit bawah perut.

Berikut adalah beberapa cara yang dapat membantu mengurangkan rasa sakit perut bawah sampai ke Miss V:

  • Pelega kesakitan

Pengambilan ubat seperti acetaminophen boleh memberikan kelegaan. Ubat ini boleh dibeli di farmasi. Tetapi sebaiknya, dapatkan kepastian daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambilnya.

  • Teknik regangan & yoga

Senaman regangan atau yoga sebelum bersalin juga mendatangkan manfaat dalam membantu mengurangkan rasa sakit perut bawah. 

Namun dapatkan kepastian daripada doktor dahulu tentang senaman yang selamat untuk anda dan bayi.

  • Bersenam 

Bersenam secara berkala dapat membantu memastikan otot perut kuat

Lakukan kaedah senaman dengan meletakkan tangan dan lutut di lantai, rendahkan kedudukan kepala dan dorongkan bahagian belakang ke udara.

  • Elakkan pergerakan secara mendadak

Ubah kedudukan dengan perlahan-lahan (seperti berdiri atau duduk) untuk mengelakkan pergerakan secara tiba-tiba, yang boleh menyebabkan keregangan dan kesakitan ligamen bulat.

  • Bengkokkan pinggul

  • Bongkokkan badan sebelum anda batuk, bersin, atau ketawa untuk mengelakkan ligamen menegang.

    • Pad pemanas

    Pemanas pad atau mandian suam boleh membantu. Tanyakan doktor anda jika cara ini selamat untuk anda dan boleh membantu mengurangkan kesakitan.

    Tetapi pastikan haba yang digunakan adalah sesuai kerana suhu yang terlampau panas adalah berbahaya kepada bayi dalam kandungan.

    Anda juga disarankan untuk mengubah suai tahap aktiviti harian dan mengelakkan posisi atau kedudukan tubuh yang boleh memburukkan keadaan. 

    • Tali pinggang ibu hamil

    sakit perut ketika hamil
    Kegunaan tali pinggang untuk ibu hamil.

    Pemakaian maternity belt juga antara tip yang boleh membantu mengatasi rasa sakit di bahagian bawah perut dan pinggang. Alat sokongan pada perut ini dipakai di bawah pakaian anda.

    Ia dapat membantu menyokong baby bump dan melegakan rasa sakit serta tekanan dialami kesan daripada perut yang sedang membesar.

    Bukan sekadar itu, tali pinggang ini juga boleh mengurangkan masalah:

    • Sakit belakang bahagian bawah
    • Sakit sciatica
    • Sakit pinggul

    Tali pinggang untuk ibu hamil ini juga boleh memberikan sokongan tambahan jika anda mengandung anak kembar.

    Pemeriksaan doktor

    Ibu hamil dinasihatkan untuk sentiasa memaklumkan kepada doktor tentang sebarang jenis kesakitan yang dihadapi. 

    Hubungi doktor anda dengan segera sekiranya mengalami keadaan seperti:

    • Rasa sakit yang teruk
    • Kesakitan yang berlangsung lebih dari beberapa minit
    • Demam
    • Menggigil
    • Rasa sakit ketika kencing
    • Kesukaran untuk berjalan
    • Dalam kes tertentu, rasa sakit di bahagian bawah perut dan pinggang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. 

      Jadi, penting untuk doktor anda menilai sama ada kesakitan yang dialami itu melibatkan keadaan kesihatan yang lebih serius atau tidak. 

      Ini termasuklah komplikasi kehamilan seperti gangguan pada uri atau penyakit yang bukan disebabkan kehamilan, contohnya:

      • Hernia inguina
      • Apendiks
      • Masalah kesihatan berkaitan perut, hati dan buah pinggang

      Kesakitan fasa awal bersalin juga adakalanya disalah anggap sebagai sakit ligamen bulat. 

      Elakkan rasa sakit di bahagian bawah perut dan pinggang

      Kesakitan ligamen bulat adalah gejala biasa dan tidak banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mengelakkannya daripada berlaku.

      Pun begitu, anda boleh mengambil langkah bagi mengurangkan ketidakselesaan yang dialami. 

      Kesimpulan


      Sekiranya terdapat sebarang kebimbangan mengenai kehamilan, berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan jalan penyelesaian terbaik.

      Penafian

      Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



      Disemak secara perubatan oleh

      Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

      Dokter Umum · Hello Health Group


      Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/05/2024

      ad iconIklan

      Adakah artikel ini bermanfaat?

      ad iconIklan
      ad iconIklan