backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

JAGA-JAGA! Bahaya Uri Melekat Pada Rahim, Boleh Sampai Ragut Nyawa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 05/10/2022

    JAGA-JAGA! Bahaya Uri Melekat Pada Rahim, Boleh Sampai Ragut Nyawa

    Pernahkah anda mendengar mengenai kes uri melekat pada rahim selepas melahirkan anak?

    Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi, walaupun masalah uri melekat pada rahim selepas bersalin ini boleh terjadi, tetapi ia adalah satu perkara yang amat jarang berlaku.

    Ia boleh terjadi dalam 2 keadaan, sama ada keseluruhan uri tersebut atau hanya secebis sahaja yang melekat.

    Uri melekat pada rahim merupakan salah satu penyebab utama tumpah darah selepas bersalin.

    Ini kerana rahim tidak mengecut dan kemudiannya menyebabkan tumpah darah.

    Ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan masalah uri melekat ini?

    Lihat penerangannya melalui artikel di bawah.

    Bagaimanakah masalah uri melekat pada rahim boleh berlaku?

    uri melekat pada rahim

    Kebiasaannya, uri atau plasenta akan keluar daripada rahim secara semula jadi setelah bayi dilahirkan.

    Masalah uri melekat berlaku apabila plasenta ini tidak keluar dengan sendirinya selepas ibu bersalin

    Ia adalah satu masalah yang jarang sekali berlaku tetapi amat berbahaya kerana boleh menyebabkan tumpah darah selepas bersalin.

    Walau bagaimanapun, kekerapan kes uri melekat ini berlaku hanya sekitar 2% sahaja daripada keseluruhan kelahiran bayi.

    Jenis-jenis masalah uri melekat pada rahim

    Terdapat 3 jenis keadaan bagaimana uri melekat ini boleh berlaku:

    • Placenta adherents

    Ia adalah keadaan di mana uri tidak terpisah daripada rahim secara spontan dalam tempoh 30 minit selepas bayi dilahirkan.

    Ini adalah jenis masalah uri melekat yang paling biasa berlaku dalam kebanyakan kes.

    • Trapped placenta

    Ia berlaku apabila uri terpisah daripada rahim tetapi tidak keluar daripada rahim secara spontan.

    • Placenta accreta

    Ia berlaku apabila uri ini melekat dengan lebih kuat ke dalam dinding rahim dan tidak boleh dipisahkan secara spontan.

    Ini adalah jenis yang paling membahayakan untuk ibu yang telah bersalin kerana boleh menyebabkan tumpah darah yang banyak. 

    Adakah terdapat sebarang tanda sekiranya saya mempunyai masalah uri melekat pada rahim?

    Tanda paling jelas jika anda mempunyai masalah uri melekat adalah apabila kesemua bahagian atau cebisan uri masih melekat pada rahim walaupun setelah tempoh 1 jam selepas bersalin.

    Apabila uri masih melekat pada rahim, akan berlaku beberapa simptom selepas hari kelahiran.

    Antara perkara yang mungkin berlaku ialah:

  • Demam
  • Keluar cecair dengan bau busuk berserta cebisan besar tisu badan
  • Tumpah darah yang berlaku secara berterusan
  • Sakit teruk yang juga berlaku secara berterusan
  • Siapakah golongan yang berisiko untuk mengalami masalah uri melekat pada rahim?

    uri melekat pada rahim

    Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai risiko yang tinggi untuk mempunyai masalah uri melekat iaitu:

    • Ibu hamil yang berusia lebih daripada 30 tahun
    • Bersalin sebelum minggu ke-34 kehamilan atau melahirkan anak pramatang
    • Mengalami tahap 1 dan 2 bersalin yang lebih lama
    • Melahirkan janin yang telah mati

    Bagaimana masalah ini dikesan oleh doktor?

    Apabila seseorang ibu itu telah melahirkan anaknya, pada kebiasaannya doktor akan menunggu terlebih dahulu selama 30 minit untuk uri tersebut keluar.

    Jika tidak keluar, maka doktor akan mengeluarkannya dengan menggunakan prosedur yang sepatutnya.

    Jika uri tersebut keluar, doktor akan memeriksa uri tersebut terlebih dahulu bagi memastikan tiada cebisan yang tertinggal melekat di dalam rahim

    Ada masanya doktor mungkin tidak akan perasan sekiranya ada cebisan uri yang tertinggal di dalam uterus.

    Anda mungkin akan mengalami simptom seperti yang dinyatakan sebelum ini jika ada uri yang masih tertinggal di dalam rahim anda.

    Jika ada uri yang tertinggal, maka doktor akan menjalankan rawatan lanjut untuk mengelakkan sebarang komplikasi.

    Apakah rawatan yang tersedia untuk masalah uri melekat ini?

    uri melekat pada rahim

    Rawatan yang tersedia hanyalah satu, mengeluarkan sisa uri yang masih melekat pada rahim jika ia berlaku.

    Antara kaedah yang akan digunakan oleh doktor untuk mengeluarkan uri tersebut ialah:

    Sekiranya kaedah-kaedah ini tidak berkesan, maka doktor akan melakukan pembedahan kecemasan untuk mengeluarkan uri tersebut.

    Prosedur pembedahan hanya akan menjadi pilihan terakhir memandangkan ia boleh menyebabkan komplikasi lain untuk berlaku.

    Apakah komplikasi lain yang akan berlaku jika uri terus melekat pada rahim?

    Pengeluaran uri daripada rahim membantu uterus terus berkontraksi selain menghentikan pendarahan daripada terus berlaku.

    Apabila uri tidak dikeluarkan, salur darah yang masih bersambungan dengan uri akan terus mengeluarkan darah. 

    Ini kemudiannya akan menyebabkan berlakunya tumpah darah selepas bersalin. Apabila tumpah darah berlaku, ia benar-benar boleh mengancam nyawa individu terbabit.

    Kesimpulan

    Masalah uri melekat pada rahim ini bukanlah satu masalah ringan.

    Ia mungkin sangat jarang untuk terjadi, tetapi apabila ia berlaku, ia benar-benar mengancam nyawa kerana akan menyebabkan tumpah darah yang lebih teruk. 

    Jika anda mempunyai simptom uri melekat seperti yang dinyatakan di atas, segera berjumpa dengan doktor untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 05/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan