backup og meta

Anemia Sel Sabit, Penyakit Bahaya Yang Ada Had Umur, Pesakit Boleh Hidup Sampai Usia 40-an?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 01/08/2023

    Anemia Sel Sabit, Penyakit Bahaya Yang Ada Had Umur, Pesakit Boleh Hidup Sampai Usia 40-an?

    Pernahkah anda dengar mengenal anemia sel sabit ataupun sickle cell disease? Ada beberapa penyebab keadaan ini berlaku dan salah satunya ialah masalah genetik.

    Menurut Cooperative Study of Sickle Cell Disease di Amerika Syarikat, individu yang menghidap penyakit ini hanya boleh hidup selama 48 tahun untuk perempuan dan 42 tahun untuk lelaki.

    Penyakit ini merupakan penyakit yang berbahaya dan boleh membuatkan seseorang itu sukar untuk jalani hari-harinya dengan normal.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Gangguan Darah, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu anemia sel sabit?

    Anemia sel sabit ialah satu keadaan yang mempengaruhi hemoglobin dalam darah.

    Individu yang mengalami kondisi ini mempunyai molekul darah yang dipanggil hemoglobin S, yang boleh membuatkan sel darah mereka menjadi bentuk sabit.

    Hemoglobin ialah sejenis protein dalam darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan.

    Disebabkan mutasi yang berlaku dalam susunan DNA hemoglobin, sel darah yang sepatutnya berbentuk cakera berubah menjadi bentuk sabit.

    Sel darah boleh tersangkut di dalam salur darah dan kemudiannya memperlahankan ataupun menyekat pengaliran darah ke bahagian badan yang lain.

    Selain itu, sel darah ini juga tidak fleksibel dan mudah pecah ketika bergerak dalam salur darah. Ini merupakan penyebab utama pesakit sel darah sabit mengalami anemia.

    anemia sel sabit

    Darah pesakit pula hanya mampu bertahan dalam darah selama 10–21 hari maksimum berbanding dengan sel darah normal yang kekal selama 90 hingga 120 hari.

    Penyakit ini merupakan penyakit genetik yang selalunya dikesan sejak kecil lagi.

    Penyakit ini juga tidak mempunyai sebarang penawar.

    Walaupun penghidapnya mempunyai jangka hidup yang lebih pendek berbanding orang lain, namun ada banyak rawatan baharu terbukti dapat membantu kualiti hidup pesakit.

    Simptom pesakit anemia sel sabit

    Simptom berbeza untuk setiap individu. Selalunya, simptom akan mula muncul 5 bulan selepas kelahiran. Antara gejala pesakit termasuklah:

    1. Pesakit sel darah sabit alami anemia

    Anemia berlaku disebabkan sel darah yang tidak kekal lama dalam tubuh pesakit.

    Apabila sel darah tidak cukup, badan akan alami anemia dan individu tersebut selalunya akan alami simptom-simptom anemia seperti rasa penat yang amat sangat.

    anemia sel sabit

    2. Alami episod kesakitan

    Pesakit juga akan banyak mengalami episod-episod kesakitan.

    Disebabkan sel darah mereka berbentuk sabit, kadangkala sel darah ini akan tersangkut dalam salur darah lalu mengakibatkan salur darah tersebut tersumbat.

    Ini akan akibatkan mereka rasa sakit pada bahagian tertentu pada badan. Kesakitan itu juga boleh berkekalan selama beberapa jam hinggalah beberapa hari.

    3. Bengkak pada kawasan tangan dan kaki

    Seperti yang dijelaskan di atas, pesakit anemia akan kerap alami masalah darah tersangkut dan tidak dapat mengalir dengan baik.

    Sebagai akibatnya, mereka akan selalu mengalami bengkak dan kebiruan pada kawasan tangan dan kaki.

    Baca juga:

    4. Mudah dijangkiti penyakit

    Pesakit anemia sel sabit mudah untuk jatuh sakit. Disebabkan bentuk sel yang abnormal, ia boleh bertindak merosakkan limpa.

    Oleh itu, pesakit lebih mudah untuk jatuh sakit jika dibandingkan dengan individu lain.

    Doktor juga akan berikan pesakit antibiotik dan juga suntikan vaksinasi untuk elakkan pesakit daripada dijangkiti penyakit yang boleh membawa maut.

    5. Mempunyai masalah penglihatan

    Pesakit juga boleh alami masalah penglihatan. Ini kerana, sel darah tersebut boleh merosakkan saluran darah kecil di kawasan mata.

    Jaga diri untuk elakkan jangkitan

    Penting untuk pesakit tahu cara terbaik untuk kekal sihat. Tip di bawah boleh bantu anda ataupun orang yang anda sayang untuk kekal sihat walaupun mengalami penyakit ini.

    1. Lakukan pemeriksaan dengan kerap

    Pemeriksaan yang kerap boleh bantu doktor mengesan penyakit ataupun masalah lain yang serius yang mungkin melanda pesakit anemia sel darah sabit.

    Bayi yang menghidap penyakit ini perlulah melakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya sekali dalam masa 2 ataupun 3 bulan.

    Orang dewasa pula patut berjumpa doktor sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh masa setahun.

    anemia sel sabit

    2. Pesakit anemia sel sabit perlu elakkan jangkitan

    Penyakit biasa seperti demam boleh jadi bahaya untuk pesakit.

    Salah satu cara yang terbaik utuk elakkan jangkitan adalah dengan cara jaga kebersihan dan amalkan amalan cuci tangan dengan kerap sebelum dan selepas makan.

    Hati-hati dengan makanan yang dimakan. Elakkan makan makanan yang boleh sebabkan anda terkena keracunan makanan seperti telur mentah ataupun susu mentah.

    3. Amalkan gaya pemakanan yang sihat

    Individu dengan penyakit ini haruslah minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk elakkan dehidrasi.

    Tidak menjadi masalah untuk pesakit melakukan aktiviti sukan. Walau bagaimanapun, berhati-hatilah dan berpada-pada ketika melakukan senaman.

    Pendek kata, individu yang mempunyai penyakit ini boleh hidup selesa seperti orang lain.

    Walau bagaimanapun, mereka perlukan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada ahli keluarga dan insan tersayang.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 01/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan