Pernahkah anda mendengar mengenai kes uri melekat pada rahim selepas melahirkan anak?
Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi, walaupun masalah uri melekat pada rahim selepas bersalin ini boleh terjadi, tetapi ia adalah satu perkara yang amat jarang berlaku.
Ia boleh terjadi dalam 2 keadaan, sama ada keseluruhan uri tersebut atau hanya secebis sahaja yang melekat.
Uri melekat pada rahim merupakan salah satu penyebab utama tumpah darah selepas bersalin.
Ini kerana rahim tidak mengecut dan kemudiannya menyebabkan tumpah darah.
Ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan masalah uri melekat ini?
Lihat penerangannya melalui artikel di bawah.
Bagaimanakah masalah uri melekat pada rahim boleh berlaku?
Kebiasaannya, uri atau plasenta akan keluar daripada rahim secara semula jadi setelah bayi dilahirkan.
Masalah uri melekat berlaku apabila plasenta ini tidak keluar dengan sendirinya selepas ibu bersalin.
Ia adalah satu masalah yang jarang sekali berlaku tetapi amat berbahaya kerana boleh menyebabkan tumpah darah selepas bersalin.
Walau bagaimanapun, kekerapan kes uri melekat ini berlaku hanya sekitar 2% sahaja daripada keseluruhan kelahiran bayi.
Jenis-jenis masalah uri melekat pada rahim
Terdapat 3 jenis keadaan bagaimana uri melekat ini boleh berlaku: