Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Sengatan Lebah?
Terdapat pelbagai risiko untuk disengat oleh lebah seperti:
- Anda tinggal di kawasan lebah yang aktif atau terdapat sarangnya berhampiran.
- Kerja atau hobi anda yang melibatkan aktiviti luar,
Anda cenderung untuk mengalami reaksi alergi terhadap sengatan lebah jika anda mempunyai reaksi alergi terhadap sengatan lebah pada masa lalu walaupun kecil.
Golongan dewasa lebih cenderung untuk mengalami reaksi yang lebih teruk berbanding kanak-kanak malah lebih cenderung kepada kematian disebabkan oleh anafilaksis berbanding kanak-kanak.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Sengatan Lebah didiagnosis?
Sekiranya anda mempunyai reaksi terhadap sengatan lebah yang menunjukkan kemungkinan anda menghadapi alahan terhadap bisa lebah, doktor anda akan mencadangkan satu atau dua ujian berikut:
- Ujian kulit. Semasa ujian kulit dijalankan, sedikit ekstrak allergen (dalam kes ini bisa lebah) akan disuntik ke dalam kulit lengan atau bahagian dada belakang. Ujian ini selamat dan tidak akan menyebabkan sebarang tindak balas yang serius. Sekiranya anda mempunyai alahan terhadap sengatan lebah, kulit anda akan menjadi kembung di kawasan ujian dijalankan.
- Ujian darah untuk alergi. Ujian darah dapat mengukur tindak balas sistem imun anda terhadap bisa lebah dengan mengukur jumlah antibodi yang terhasil daripada kesan alergi di dalam sistem aliran darah anda. Sampel darah dihantar ke makmal perubatan, di mana darah tersebut akan diuji untuk mendapatkan bukti kepekaan terhadap sebarang allergen.
Ujian alahan kulit dan ujian darah untuk alergi sering digunakan secara serentak untuk mendapatkan diagnosis alergi terhadap serangga. Doktor anda juga mungkin akan buat ujikaji terhadap penyengat dan tebuan – yang mungkin juga akan menyebabkan reaksi alergi yang sama seperti bisa lebah.
Bagaimana pesakit Sengatan Lebah dirawat?
Kebanyakan sengatan serangga terhadap seseorang yang tidak mempunyai alergi hanya memerlukan rawatan pertama untuk diberikan di rumah. Setelah itu anda boleh mengelakkan sengatan lebah dengan memakai pakaian pelindung, mengunakan penghalau serangga dan menjauhkan diri dari tempat-tempat yang mempunyai sarang mereka.
Di sini merupakan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya seseorang yang mempunyai alergi disengat oleh lebah:
- Buang bisa penyengat dengan kadar segera. Sesetengah pakar mengesyorkan untuk membuang bisa penyegat tersebut dengan menggunakan kad kredit.
- Meletakkan ais ke tempat yang disengat untuk melegakan sedikit kesakitan. Letak ais selama 20 minit setiap sejam jika diperlukan. Balutkan ais dengan tuala atau meletakkan alas antara ais dengan kulit agar tidak membekukan kulit.
- Mengambil antihistamin seperti diphenhydramine (Benadryl) atau yang tidak melegakan kesakitan seperti loratadine (Claritin) akan membantu mengatasi gatal-gatal dan bengkak.
- Ambil acetaminophen (Tylenol) atau ibuprofin (Motrin) untuk melegakan kesakitan sekiranya diperlukan.
- Basuh kawasan yang disengat dengan menggunakan air dan sabun. Sapu krim hidrokortison pada kawasan yang disengat akan membantu mengurangkan kemerahan, kegatalan serta bengkak.
Sekiranya sudah lebih 10 tahun sejak suntikan penggalak tetanus terakhir anda, sila dapatkan suntikan penggalak dalam masa yang terdekat.
Kebanyakan sengatan serangga tidak memerlukan rawatan tambahan.
Jika anda tahu anda mungkin mempunyai sebarang alergi, terutama jika anda mempunyai reaksi yang teruk pada masa lalu apabila disengat oleh lebah atau tawon, sila dapatkan bantuan perubatan dengan kadar segera. Ambil antihistamin seperti diphenhydramine (Benadyl) atau yang bukan untuk melegakan kesakitan seperti loratadine (Claritin) secepat mungkin. Jika anda telah dideskripikasikan dengan epinefrin (adrenaclick, Aunvi-Q, EpiPen, Symjepi) untuk reaksi alahan, sentiasa membawa dua ubat tersebut bersama anda dan sila gunakan seperti yang telah diarahkan.
Rawatan sengatan lebah
Jika anda disengat hanya dengan satu sengatan dan tiada sebarang simptom alergi ditunjukkan, anda hanya memerlukan rawatan luka sahaja seperti mencuci dan meletakkan salap antibiotic. Mana – mana penyegat yang masih kekal akan dibuang. Anda juga akan diberikan antihistamin secara oral untuk merawat kegatalan. Doktor juga akan menyuruh anda untuk mengambil ibuprofen (Motrin) atau acetaminophen (Tylenol) untuk melegakan kesakitan. Sekiranya imunisasi tetanus anda bukan yang terkini, anda akan menerima suntikan penggalak.
Dengan simptom alergi yang kecil seperti ruam dan kegatalan di atas kulit anda tetapi tidak menghadapi sebarang masalah dengan pernafasan atau tanda-tanda penting yang lain, anda akan dirawat dengan antihistamin. Anda juga boleh diberikan steroid. Dalam sesetengah kes, doktor akan memberikan anda suntikan epinefrin (adrenalin). Rawatan boleh dilaksanakan ketika masih di tempat kejadian atau di dalam ambulans oleh paramedik kecemasan. Sekiranya anda semakin sembuh, anda akan dibenarkan pulang ke rumah selepas penelitian telah dibuat di jabatan kecemasan.
Sekiranya anda mengalami reaksi alergi yang sederhana seperti ruam di seluruh badan dan beberapa masalah pernafasan yang ringan, anda akan menerima suntikan antihistamin, steroid dan epinefrin. Beberapa rawatan boleh dimulakan di tempat kejadian atau di dalam ambulans oleh paramedik kecemasan. Anda akan diperhatikan untuk satu tempoh masa yang lama di jabatan kecemasan atau bagi sesetengah kes akan dimasukkan ke dalam hospital.
Sekiranya anda mempunyai reaksi alergi yang teruk seperti tekanan darah rendah, bengkak yang menghalang udara masuk ke dalam paru – paru atau sebarang masalah pernafasan yang serius, situasi anda merupakan situasi kecemasan yang mengancam nyawa. Rawatan termasuk memasang tiub pernafasan ke dalam trakea anda. Anda akan diberikan suntikan antihistamin, steroid dan epineferin. Cecair juga akan dimasukkan secara intravena. Beberapa langkah rawatan ini akan diberikan di tempat kejadian atau di dalam ambulans. Anda akan diperhatikan dengan lebih serius dan kerap di jabatan kecemasan dan kemungkinan besar anda akan dimasukkan ke dalam hospital – terutama unit penjagaan rapi.
Dengan sengatan yang banyak – lebih daripada 10-20 – tetapi tiada bukti menunjukkan tindak balas alergi, anda masih lagi memerlukan pemerhatian yang berpanjangan di dalam jabatan kecemasan atau dimasukkan ke dalam hospital. Pada ketika itu, doktor akan melaksanakan beberapa ujian darah.
Sekiranya anda disengat di dalam mulut atau tekak, anda perlu berada di dalam jabatan kecemasan untuk pemerhatian, atau anda juga memerlukan rawatan yang lebih intensif jika komplikasi berlaku.
Sekiranya anda disengat di kawasan mata, anda perlu dinilai oleh doktor mata.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Sengatan Lebah?
Kaedah perubahan cara hidup dan rawatan sampingan yang berikut mungkin boleh membantu merawat sengatan lebah:
- Berhati – hati ketika membawa minuman manis di kawasan luar rumah. Penutup yang terbuka lebih luas merupakan langkah yang terbaik kerana anda boleh melihat sekiranya ada lebah didalam minuman. Sila perhatikan minuman anda sebelum diminum.
- Tutup makanan dan tong sampah dengan ketat.
- Kosongkan tong sampah, buah yang jatuh, anjing dan najis haiwan lain (lalat boleh menarik tawon)
- Memakai kasut yang bertutup rapat ketika berjalan di luar.
- Jangan memakai pakaian yang berwarna cerah atau mempunyai cetakan bunga yang boleh menarik perhatian lebah.
- Jangan memakai pakaian yang longgar kerana pakaian yang longgar akan menyebabkan lebah terperangkap di dalam pakaian anda.
- Ketika memandu, pastikan tingkap kereta ditutup.
- Berhati-hati ketika memotong rumput atau tumbuh-tumbuhan, aktiviti yang boleh membangkitkan lebah atau tawon di dalam sarang mereka.
- Pastikan sarang yang berada dalam kawasan rumah anda dialihkan oleh golongan profesional.
Ketahui apa yang perlu anda lakukan sekiranya anda terdedah kepada lebah:
- Sekiranya sebilangan kecil lebah terbang ke arah anda, anda perlu tenang dan pergi dari kawasan itu dengan perlahan. Cubaan untuk menghalau serangga tersebut boleh menyebabkan anda disengat.
- Sekiranya anda disengat oleh lebah atau tawon atau banyak serangga sudah mula terbang ke arah anda, sila tutup mulut dan hidung anda serta beredar dari kawasan itu dengan segera. Apabila lebah menyengat, lebah tersebut akan menghasilkan bahan kimia yang akan menarik perhatian lebah-lebah yang lain. Sekiranya mampu, sila berlindung di dalam bangunan atau kenderaan yang bertutup.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen