Apabila anak demam panas kaki sejuk, sebagai ibu bapa, pasti anda terfikir apa patut dilakukan dan perkara yang harus dielakkan, betul tak? Jangan gusar, dalam perkongsian artikel ini ada jawapannya.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Apabila anak demam panas kaki sejuk, sebagai ibu bapa, pasti anda terfikir apa patut dilakukan dan perkara yang harus dielakkan, betul tak? Jangan gusar, dalam perkongsian artikel ini ada jawapannya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Kebanyakan ibu bapa akan berasa susah hati apabila melihat si kecil demam. Walaupun mereka tampak tidak berdaya serta kelesuan, demam itu sebenarnya mungkin sesuatu yang baik. Kenapa ya?
Demam sebenarnya boleh memberikan manfaat, kerana ia meningkatkan sistem imun untuk membantu tubuh melawan jangkitan.
Kita pasti terfikir ia adalah perkara yang tidak bagus apabila si kecil demam. Hakikatnya ia adalah tanda badan berfungsi seperti sepatutnya.
Kanak-kanak demam mungkin menunjukkan simptom seperti:
Sebelum kita ketahui apakah perkara patut dilakukan, berikut dikongsikan beberapa perbuatan yang harus dihindari:
Anak demam mungkin kurang lapar daripada biasa, tetapi jika mereka mahu makan, tawarkan diet sihat dan seimbang.
Kanak-kanak yang mendapat cukup nutrisi lebih berkeupayaan untuk melawan jangkitan.
Sewajarnya, anak yang demam perlu diberikan pakaian yang lebih selesa.
Anda pasti terfikir untuk memberikan anak selimut tebal bagi mengeluarkan peluh. Namun ini adalah tindakan yang salah!
Elakkan memberi anak berpakaian secara berlebihan atau berselimut tebal. Ini kerana ia boleh menghalang panas badan daripada keluar dan menyebabkan suhu meningkat lebih tinggi.
Selain itu, elakkan juga melakukan perkara seperti:
Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu menurunkan demam si kecil, seperti:
Apabila anak demam kepala panas kaki sejuk, mereka akan mudah meragam dan cerewet. Merawat demam dengan memberikan ubat-ubatan tanpa preskripsi, boleh membantu memberikan kelegaan.
Jika demam ringan dan anak tampak sihat, anda boleh membiarkan keadaan itu baik sendiri. Anda juga boleh membantu melegakan ketidakselesaan dengan memberikan acetaminophen – untuk bayi 3 bulan ke atas atau ibuprofen jika si kecil berusia lebih 6 bulan.
Harus diingatkan bahawa pengambilan ubat hanya untuk mengawal simptom dan bukannya menyembuhkan demam.
Baca juga:
Walaupun anda boleh memberikan anak acetaminophen atau ibuprofen, tetapi pastikan ia dalam dos yang betul.
Jika wujud keraguan, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan dos yang tepat dengan usia dan berat anak.
Jika badan anak terasa panas, gunakan kain lembap pada dahi untuk memberikan keselesaan.
Sekiranya mereka muntah-muntah dan tidak dapat menelan ubat, gunakan kain lap yang direndam dalam air suam untuk mengelap bahagian leher, lengan dan kaki si kecil bagi menurunkan suhu terasnya.
Elakkan mengelap anak dengan ais atau air sejuk. Jangan lap si kecil untuk tempoh masa lebih daripada 30 minit bagi setiap sesi.
Peluh semasa demam boleh menyebabkan anak dehidrasi. Berikan pelbagai jenis minuman selain air seperti jus buah atau minuman dengan elektrolit.
Anak mungkin tidak berselera untuk makan ketika demam, tetapi pastikan mereka minum air kerana ia penting. Jika dia muntah atau cirit-birit, berikan dia minuman elektrolit.
Terdapat beberapa perkara perlu dipertimbangkan sebelum membawa anak untuk melakukan pemeriksaan doktor semasa demam, iaitu:
Secara amnya, semakin muda usia anak, semakin membimbangkan jika mereka demam. Bawa anak berjumpa doktor jika:
Bagi bayi yang berumur 3 bulan hingga 1 tahun, bawa mereka mendapatkan pemeriksaan doktor jika demam 38°C atau lebih tinggi, yang berlarutan lebih daripada 24 jam.
Bawa si kecil berjumpa doktor jika demam berlanjutan dua hari atau lebih, pada anak berusia antara 1 dan 2 tahun dan untuk anak berumur lebih dari 2 tahun jika ia tidak bertambah baik selepas tiga hari.
Pemerksaan doktor perlu dilakukan jika anda mengesan tanda-tanda tertentu pada anak yang mungkin memerlukan rawatan lanjut seperti sakit tekak, jangkitan telinga atau jangkitan saluran kencing.
Gejala lain yang membimbangkan termasuk:
Periksa juga jika anak demam bertindak luar biasa atau mengalami masalah kesihatan kronik seperti asma atau diabetes.
Dalam kes yang jarang berlaku, ia boleh menyebabkan sawan demam – kebanyakannya tidak berbahaya dan tidak mengakibatkan kesan berpanjangan.
Sekiranya terdapat kebimbangan mengenai keadaan anak demam panas kaki sejuk, lakukan pemeriksaan dengan pakar kanak-kanak (pediatrik) bagi mendapatkan lebih kepastian.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen