backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Kalau Kena Masuk Wad Hospital, Pastikan Anda Bawa 7 Benda PENTING Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 03/01/2023

    Kalau Kena Masuk Wad Hospital, Pastikan Anda Bawa 7 Benda PENTING Ini!

    Sekiranya anda dikehendaki untuk masuk wad hospital, pasti anda tidak begitu pasti atau terlupa apa barang-barang wajib yang perlu dibawa bersama. Jangan risau, ikut sahaja senarai semak untuk orang masuk wad yang kami sediakan di bawah ini. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan, anda boleh klik di sini.

    7 barang patut bawa untuk orang masuk wad

    Setiap individu pasti mempunyai rancangan atau senarai semak yang berbeza berkenaan barang yang ingin dibawa.

    Namun, bagi anda yang masih tidak pasti apakah yang perlu dibawa jika masuk ke wad, ini senarai semak yang mungkin boleh membantu anda.

    #1. Dokumen penting

    Ini merupakan perkara pertama dan yang paling penting untuk dibawa bersama ke wad hospital.

    Ini kerana, hal pertama yang akan diminta apabila anda ke hospital ialah dokumen-dokumen sah berkenaan diri anda.

    Antara yang mesti dibawa bersama ialah kad pengenalan diri, lesen memandu, pas pekerja (jika ada), dan juga kad insurans atau takaful perubatan.

    Dokumen pengenalan diri akan memudahkan proses kemasukan dan pendaftaran yang lebih pantas. 

    #2. Senarai ubat-ubatan

    Perkara kedua yang perlu dibawa bersama oleh orang masuk wad ialah senarai ubat-ubatan.

    Senarai ubat yang lengkap adalah salah satu perkara paling penting yang anda perlukan semasa dimasukkan ke hospital.

    Namun ia menjadi antara perkara yang sering diabaikan oleh ramai orang.

    Jika anda tidak membawa senarai ubat-ubatan yang sedang diambil, ia akan memberikan kesukaran kepada jururawat untuk mengenal pasti sebarang ubat yang anda terima sewaktu rawatan.

    Begitu juga dengan vitamin atau sebarang suplemen yang anda ambil, ia juga perlu disenaraikan bersama.

    Simpan semua ubat preskripsi dan bukan preskripsi anda di dalam bekas asalnya, jika boleh.

    Pastikan anda menuliskan perkara-perkara berikut pada senarai ubatan anda:

    • Nama ubat
    • Dos ubat
    • Kekerapan ubat
    • Masa dos terakhir

    #3. Senarai nombor telefon 

    orang masuk wad

    Anda juga dinasihatkan untuk membawa buku nota kecil atau kertas yang mengandungi beberapa nombor telefon penting yang boleh dihubungi sekiranya berlaku kecemasan di hospital.

    Anda boleh meletakkan sama ada nombor telefon ahli keluarga terdekat, saudara-mara atau rakan yang rapat dengan anda.

    Lebih baik jika ia disertakan dengan nama yang lengkap berserta alamat pemilik nombor tersebut sebagai persediaan.

    #4. Wang tunai

    Penggunaan kad kredit atau debit sememangnya sangat memudahkan urusan anda.

    Namun, adalah lebih baik jika anda juga menyediakan wang tunai dalam jumlah yang kecil sewaktu berada di wad hospital.

    Orang masuk wad perlu membawa wang tunai untuk membeli sebarang snek atau barang-barang kecil yang dijual di kedai dalam hospital.

    Selain itu, adalah lebih baik jika kad kredit atau debit disimpan di rumah untuk mengelakkan kehilangan kad. 

    #5. Pakaian yang selesa

    orang masuk wad

    Amat penting untuk anda membawa beberapa set pakaian bersih untuk keselesaan anda semasa berada di wad hospital.

    Antara jenis pakaian yang orang masuk wad perlu bawa bersama ialah baju tidur, stoking, pakaian dalam, selipar, kain basahan, bantal kecil dan juga tuala kecil.

    Ingat, ada kalanya persekitaran wad hospital boleh menjadi terlalu sejuk. Oleh itu, pastikan juga anda membawa selimut atau sweater sebagai persediaan.

    Elakkan membawa pakaian yang ketat atau sukar untuk diselak kerana anda mungkin perlu menjalani pemeriksaan dan rawatan yang kerap sepanjang berada di hospital.

    #6. Peralatan mandian

    Untuk memudahkan urusan anda ketika mandi, bawa bersama keperluan mandian yang lengkap sebelum masuk ke wad hospital.

    Orang masuk wad dinasihatkan untuk membawa sabun cecair, berus gigi, ubat gigi, dan juga syampu.

    Selain itu, bawa juga deodoran, pisau pencukur dan juga pelembap bibir.

    Kesemua peralatan mandian ini membantu anda untuk kekal bersih dan selamat sepanjang berada di hospital.

    #7. Jangan lupa sedikit hiburan

    orang masuk wad

    Berada di hospital selama berhari-hari mungkin boleh membuatkan anda kebosanan.

    Walaupun hospital mungkin ada menyediakan televisyen untuk ditonton, namun anda mungkin tidak akan menonton televisyen sepanjang masa.

    Oleh itu, bawa sedikit peralatan atau barangan yang boleh anda lakukan sepanjang berada di hospital.

    Antara barangan yang orang masuk wad boleh bawa bersama ialah buku, majalah, tablet, alat mengait, komputer riba dan lain-lain lagi.

    Kesimpulan

    Sebelum anda mendaftar masuk ke wad hospital, pastikan anda telah mengemas dan membawa kesemua barangan seperti yang telah disenaraikan di atas.

    Jangan sesekali membawa barangan berharga seperti barang kemas atau wang tunai yang banyak ke hospital.

    Anda juga boleh membawa barangan lain yang dirasakan perlu dan sesuai untuk dibawa bersama ke hospital.

    Jika anda hamil dan menunggu masa untuk melahirkan bayi di hospital, pastinya lebih banyak barang keperluan khusus yang mesti dibawa bersama.

    Anda boleh baca senarai semak khusus untuk ibu hamil di sini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 03/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan