home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Kepala Rasa Berpusing Saat Seorang Diri Di Rumah? Cuba 4 Teknik Ini Rawat Vertigo

Kepala Rasa Berpusing Saat Seorang Diri Di Rumah? Cuba 4 Teknik Ini Rawat Vertigo

Anda sedang berdiri tegak dan secara tiba-tiba sahaja kepala berasa seperti sedang bergerak atau berpusing? Awas, ia mungkin petanda anda mengalami kondisi yang bernama vertigo! Persoalannya, apakah sebenarnya kondisi ini dan apa cara rawatan vertigo yang sebenar?

Tenang, kami ada 4 cara yang kalian mungkin boleh cuba sekiranya terkena sendiri di rumah!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, sila dapatkannya di sini.

Apa itu vertigo?

Sebelum itu, adalah wajar untuk kita semua tahu akan definisi sebenar kondisi yang berkait rapat dengan sakit kepala ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, vertigo adalah satu keadaan di mana penderita akan berasa persekitaran atau diri sendiri sedang berputar sedangkan hanya berdiri tegak sahaja.

Ia adalah berkaitan dengan sistem keseimbangan tubuh badan yang kuncinya terletak pada pancaindera telinga.

Umumnya, pening kepala kesan masalah vertigo ini bukanlah satu keadaan yang boleh mengancam nyawa namun boleh menjejaskan kehidupan seharian individu.

Dalam situasi sedang memandu misalnya, mengalami vertigo secara tiba-tiba akan meningkatkan risiko kecederaan atau kemalangan kepada anda serta orang lain.

Selain daripada berasa kepala seakan berputar, vertigo juga boleh menyebakan gejala seperti mual dan muntah.

tips-overcoming-vertigo

Persoalannya, apakah punca sebenar kondisi ini berlaku?

Apa punca vertigo?

Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas, kondisi ini ada kaitannya dengan sistem keseimbangan tubuh badan yang terletak pada pancaindera telinga.

Ini bermakna masalah yang berlaku pada dalaman telinga akan menyebabkan sistem otak mungkin bakal menerima isyarat yang salah lantas menyebabkan ia berlaku.

Berikut adalah beberapa punca lain yang menyebabkan kondisi vertigo:

  • Penyumbatan pada rongga telinga – Kondisi kesihatan seperti selesema, alahan atau jangkitan pada sinus akan menyebabkan cecair tersumbat pada tiub eustachio yang menghubungkan telinga dengan sinus
  • Kecederaan kronik pada kepala – Kadangkala, bahagian dalaman telinga tidak terjejas namun kecederaan kepala mungkin menyebabkan gegaran sehingga muncul simptom vertigo
  • Labyrinthitis – Ia merupakan kondisi yang disebabkan oleh jangkitan lantas menjejaskan labyrinth iaitu bahagian dalaman telinga
  • Meniere’s disease Penyakit sindrom ini menyebabkan penghasilan cecair yang tidak normal pada bahagian dalam telinga lantas muncul kondisi ini, telinga berdengung serta hilang pendengaran
  • Benign paroxysmal vertigoAntara simptom kondisi ini adalah timbul sensasi seakan-akan sedang berpusing yang tidak dijangka, hilang keseimbangan serta muntah-muntah
  • Migrain – Terdapat jenis migrain iaitu basilar artery migraine yang mampu menyebabkan kondisi ini serta sakit kepala

Walau apapun puncanya, ia tetap merupakan suatu kondisi yang mengganggu kehidupan seharian kita!

Jadi, apa yang boleh dilakukan jika terkena vertigo di rumah?

Apa yang boleh dilakukan jika terkena vertigo?

Penting untuk anda tahu bahawa vertigo ini bukanlah satu kondisi yang begitu berbahaya sehingga boleh membawa maut.

Pun begitu, ia akan mengganggu kehidupan seharian kita jadi rawatan vertigo secara sendiri di rumah adalah sangat diperlukan.

Persoalannya, bagaimana? Ada 4 teknik yang kalian boleh cuba jika terkena!

#1. Teknik Epley

Caranya adalah kalian perlu duduk dan palingkan kepala sebanyak 45 darjah ke sisi dan kemudian berbaring secara menelentang.

Ketika sedang berbaring, palingkan kepala anda sebanyak 90 darjah ke sisi yang lain pula dan tunggu sehingga sekitar 30 saat.

Ulangi proses ini bergantung kepada bahagian kepala yang mengalami pening sehinggalah ia mula kebah.

#2. Teknik Semont

Caranya adalah kalian perlu duduk di atas permukaan yang rata dengan bantal di belakang dan kaki dilunjurkan ke hadapan.

Kemudian, sila berbaring dan palingkan kepala ke kanan, kiri dan ke atas sebelum kembali duduk dan hadapkan kepala ke bawah.

Akhir sekali, sila duduk menegak dan ulang proses ini sehinggalah pening kepala itu mula kebah.

traveling-with-vertigo

#3. Teknik Foster

Caranya adalah kalian perlu melutut dan dongakkan kepala ke atas selama beberapa saat dan kemudian sila bersujud sehingga dagu terkena lutut dan tunggu sehingga vertigo ini berhenti.

Selepas itu, palingkan kepala ke bahagian pening kepala ini berlaku, sama ada kiri atau kanan selama sekitar 30 saat dan dongakkan kepala kembali sekitar 30 saat.

Apabila vertigo ini benar-benar berhenti, cuba untuk berdiri secara perlahan dan ulangi proses sehingga berjaya.

#4. Teknik Brandt-Daroff

Caranya adalah kalian perlu duduk menegak dan palingkan kepala sebanyak 45 darjah ke bahagian sama ada kiri atau kanan yang mengalami pening.

Kekalkan posisi ini dan berbaring selama sekitar 30 saat atau lebih lama lagi sehingga vertigo ini mula kebah.

Ulang proses ini pada bahagian yang lain pula sehinggalah pening kepala itu benar-benar hilang secara sendiri.

Adakah kalian keliru dengan 4 rawatan vertigo ini? Sila dapatkan informasi lebih lanjut mengenainya bersama doktor atau pakar ya?

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://www.neuroequilibrium.in/vertigo-exercises-and-home-remedies/
  2. https://www.entuk.org/vertigo
  3. https://www.brainandlife.org/articles/handling-vertigo/
  4. https://www.fairview.org/healthlibrary/Article/89533
  5. https://www.uofmhealth.org/health-library/hw263714
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 27/04/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
x