backup og meta

Ini 3 Cara Terbaik Halau Lipas Dalam Kereta, Mesti Lepas Ini Kereta Bersih & Wangi!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 19/12/2022

    Ini 3 Cara Terbaik Halau Lipas Dalam Kereta, Mesti Lepas Ini Kereta Bersih & Wangi!

    Lipas yang bersarang dalam kereta bukan sahaja menggelikan, malah boleh meninggalkan bau yang sangat tidak menyenangkan. Kenderaan anda juga dipenuhi lipas dan masih mencari cara halau lipas dalam kereta yang berkesan? Kami kongsikan beberapa petua dan cara nak halau lipas yang sangat berkesan untuk anda.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Habit Sihat, anda boleh klik di sini.

    Tempat biasa lipas membiak dalam kereta

    cara halau lipas dalam kereta

    Ada beberapa lokasi dalam kereta anda di mana lipas suka menyorok dan membiak.

    Antaranya ialah seperti di dalam laluan pendingin hawa, di bawah karpet kaki, dalam bonet kereta dan juga di celah kusyen.

    Antara sebab mengapa lipas suka berada di dalam kereta adalah kerana ia merupakan antara tempat yang ideal untuk menyorok dan bertelur.

    Selain itu, jika anda kerap makan dan minum dalam kereta, cebisan makanan yang jatuh akan menarik perhatian serangga ini dan membuatkan mereka datang dan membiak dalam masa yang singkat.

    Mengapa lipas perlu dihalau?

    Walaupun lipas hanyalah serangga seperti semut dan juga labah-labah, namun ia boleh memberikan kesan negatif kepada diri anda.

    Untuk pengetahuan pembaca, lipas boleh menyebarkan sehingga lebih 30 jenis bakteria yang pastinya akan mendedahkan diri anda kepada risiko penyakit.

    Selain itu, jika lipas muncul secara tiba-tiba ketika anda memandu, ia boleh menyebabkan anda terkejut dan membuatkan anda hilang kawalan ketika memandu.

    Ini boleh menimbulkan risiko untuk berlakunya kemalangan di jalan raya. 

    Cara halau lipas dalam kereta

    Terdapat pelbagai kaedah yang sering dikongsikan sama ada di internet mahupun di media-media sosial mengenai cara halau lipas dalam kereta.

    Kami kongsikan di sini beberapa cara nak halau lipas yang boleh anda praktikkan dalam kereta anda.

    Cara halau lipas 1: Guna minyak dan marjerin

    cara halau lipas dalam kereta

    Mungkin anda pernah melihat individu lain berkongsi kaedah ini di media sosial.

    Ia seolah-olah satu kaedah untuk memerangkap lipas yang bersarang dalam kenderaan.

    Bahan-bahannya adalah:

    Cara-caranya: 

    1. Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam bekas.
    2. Letakkan di dalam kereta anda. Sebaiknya, letakkan berdekatan lokasi yang sering menjadi tempat persembunyian lipas seperti di karpet kaki atau di celah kusyen.
    3. Biarkan semalaman dalam kereta. Lihat hasilnya pada keesokan hari.
    4. Anda akan mendapati banyak anak-anak lipas yang berada dalam bekas tersebut. 

    Cara halau lipas dalam kereta 2: Letak daun pandan

    Daun pandan mempunyai bau wangi yang dibenci oleh lipas.

    Oleh sebab itu, kita tidak menjumpai lipas bersarang berdekatan dengan rimbunan pokok pandan.

    Bagi menghalau lipas dalam kereta, ambil beberapa helai daun pandan dan buat simpulan sebelum diletakkan dalam kereta.

    Untuk hasil yang lebih baik, hiris halus daun pandan dan masukkan ke dalam beg jaring halus sebelum diletakkan dalam kereta.

    Cara halau lipas 3: Semburan serai wangi

    cara halau lipas dalam kereta

    Kini terdapat pelbagai produk semburan yang berasaskan serai wangi di pasaran.

    Anda boleh menggunakan semburan serai wangi ini sebagai salah satu cara halau lipas dalam kereta.

    Malah ia merupakan alternatif yang lebih baik berbanding racun serangga yang berasaskan bahan kimia atau racun lain.

    Jika anda mempunyai pokok serai wangi di rumah, anda boleh membuat semburan anda sendiri.

    Caranya ialah, kisar kering beberapa batang serai wangi (tanpa air).

    Setelah itu, masukkan ke dalam bekas berisi air dan perapkannya semalaman.

    Pada keesokan harinya, anda boleh menapis air tersebut daripada hampas serai dan masukkan ke dalam botol penyembur sebelum digunakan.

    Mudah kan?

    Tip cegah lipas membiak dalam kereta

    • Jangan makan atau minum dalam kereta
    • Bersihkan sisa makanan dengan segera jika makan dalam kereta
    • Elak meletakkan kereta berdekatan tong sampah atau longkang
    • Bersihkan dan vakum kereta anda secara berkala
    • Jangan tinggalkan makanan dalam kenderaan

    Kesimpulan

    Sekarang anda telah tahu 3 cara halau lipas dalam kereta.

    Selain daripada tiga kaedah ini, anda juga boleh meletakkan perangkap gam untuk lipas yang banyak dijual di pasaran.

    Perangkap lipas dalam kereta ini sedikit sebanyak boleh membantu menyingkirkan populasi lipas yang berada dalam kenderaan anda.

    Selamat mencuba!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 19/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan