home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Serangga Masuk Dalam Telinga? Ini Cara Nak Keluarkan Tanpa Buat Telinga Luka

Serangga Masuk Dalam Telinga? Ini Cara Nak Keluarkan Tanpa Buat Telinga Luka

Anda mungkin pernah mendengar cerita mengenai serangga masuk ke telinga? Confirm pernahkan walaupun kejadian ini mungkin jarang berlaku.

Dalam kebanyakan kes, serangga akan memasuki telinga anda ketika anda tidur atau ketika anda melakukan aktiviti di luar rumah, seperti ketika berkhemah, berada di hutan, hiking dan sebagainya.

Serangga itu mungkin sudahpun mati ketika berada di dalam telinga anda tetapi ada kemungkinan juga ia masih hidup dan cuba menggali lubang di dalam telinga anda.

Ini boleh menjadi suatu perkara yang menyakitkan, menjengkelkan, dan membimbangkan.

Walaupun serangga dalam telinga anda itu mungkin tidak berbahaya, namun komplikasi lebih serius boleh timbul jika makhluk kecil ini tidak dikeluarkan atau dibuang secepat mungkin.

Mempunyai objek asing di dalam telinga turut menyebabkan jangkitan atau masalah lebih kronik, seperti kehilangan pendengaran.

Apa simptom yang menunjukkan serangga masuk ke telinga?

serangga dalam telinga

Sekiranya serangga itu masih hidup semasa di dalam telinga anda, anda akan rasa dengungan dan pergerakan serangga.

Bergantung kepada keadaan serangga tersebut di dalam telinga anda sama ada ia mati atau sedang menggigit, ia masih akan menyebabkan kesakitan, keradangan, dan kerengsaan dalam telinga.

Selain itu, simptom lain yang biasa terjadi saat serangga masuk ke telinga boleh melibatkan telinga bertukar kemerahan, bengkak mahupun cecair nanah atau darah keluar daripada telinga yang menandakan kecederaan.

Walaupun orang dewasa cukup mudah untuk mengenal pasti jika serangga masuk ke dalam telinga dengan dengungan dan pergerakannya, namun kanak-kanak lebih sukar untuk menentukan punca kesakitan di telinga mereka.

Sekiranya anda melihat anak-anak kecil sering menggosok atau menggaru salah satu telinga mereka, ini mungkin merupakan tanda serangga di dalam saluran telinga.

Serangga harus dikeluarkan dengan cepat kerana ia boleh menyebabkan gejala yang menyakitkan dan mencetuskan ketidakselesaan, lalu menyebabkan kerosakan lebih serius.

Cara membuang serangga masuk telinga

#1 Jangan gunakan cotton bud atau alat pencungkil

Bahagian terpenting dalam proses penyingkiran serangga di telinga anda adalah untuk kekal tenang terlebih dahulu.

Penggunaan putik kapas atau alat pencungkil bagi mengeluarkan serangga akan mendorong serangga itu masuk lebih jauh ke dalam telinga dan berpotensi merosakkan bahagian pertengahan telinga atau gegendang telinga.

#2 Letakkan minyak sayuran atau minyak bayi ke dalam saluran telinga

Meletakkan minyak biasanya akan membunuh serangga. Sekiranya anda mengesyaki serangga itu sudah mati, anda mungkin dapat mengeluarkannya daripada telinga menggunakan air suam dan picagari.

Namun, jika anda atau anak anda mempunyai masalah telinga, penting untuk segera berjumpa doktor sekiranya anda mengesyaki masih terdapat serangga di dalam telinga. Ini kerana ia boleh menggigit dan merosakkan gegendang telinga.

#3 Cuba lalukan air ke dalam telinga

Gunakan picagari dan masukkan air suam untuk membuatkan serangga keluar daripada saluran telinga.

Condongkan kepala anda ke arah bahu dan lakukan perkara ini supaya memudahkan serangga tersebut untuk keluar.

Bilakah saya harus menghubungi doktor?

hilang berat badan

Sekiranya anda atau anak anda begitu sakit dan tidak dapat menahan lagi kesakitan yang dialami di bahagian telinga, sudah tiba masanya untuk anda bertemu doktor dan dapatkan rawatan untuk membuang serangga tersebut dengan kadar segera.

Para doktor terutamanya pakar telinga, hidung, dan tekak (ENT) atau seseorang yang bekerja di bilik kecemasan akan menggunakan sesuatu yang disebut otoskop untuk mengintip ke dalam telinga dan menentukan kehadiran serangga.

Mereka mungkin menggunakan pinset atau forsep yang diubah untuk menarik serangga dan mengeluarkannya daripada telinga.

Sebagai alternatif, mereka juga mungkin menggunakan penyedut yang lembut atau melalukan saluran telinga dengan air suam dan kateter.

Bagi kanak-kanak, mereka mungkin perlu dibius semasa proses ini berlaku bagi mengurangkan kadar kesakitan.

Sekiranya penggunaan minyak tidak berjaya untuk membunuh serangga itu, doktor biasanya akan menggunakan lidocaine atau anestetik untuk membunuh serangga tersebut terlebih dahulu sebelum membuangnya.

Ada kemungkinan doktor anda juga akan memberi ubat antibiotik sekiranya berlaku kerosakan teruk pada saluran telinga.

Rumusan

Sekiranya kaedah di atas ini gagal atau anda masih mengalami kesakitan, cecair keluar daripada saluran telinga, atau pendengaran masih terjejas, segera bertemu doktor anda bagi mendapatkan bantuan perubatan.

Selain itu, para ibu bapa harus memberikan perhatian lebih dan peka jika anak kecil anda mengadu telinga mereka sakit, kerana dikhuatiri serangga masuk ke rongga telinga.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.medicinenet.com/objects_or_insects_in_ear/article.htm#how_can_a_doctor_or_other_health_care_professional_tell_if_theres_something_in_my_ear_tests_and_diagnosis

https://www.mayoclinic.org/first-aid/first-aid/basics/art-20056709#:~:text=Tilt%20the%20head%20to%20the,baby%20oil%20into%20the%20ear.

https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=insects-in-the-ear-90-P02828

https://www.urmc.rochester.edu/encyclopedia/content.aspx?ContentTypeID=90&ContentID=P02828

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/29619103/

https://www.signia.net/en/blog/global/what-to-do-if-something-enters-your-ear/

https://onlinelibrary.wiley.com/doi/pdf/10.1111/1742-6723.12387

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nisreen Nadiah Disemak pada 23/06/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
x