backup og meta

8 Aktiviti Eksplorasi Buat Si Kecil 3-4 Tahun, Bagus Untuk Perkembangan Anak!

8 Aktiviti Eksplorasi Buat Si Kecil 3-4 Tahun, Bagus Untuk Perkembangan Anak!

Membenarkan anak meneroka dan mempelajari perkara baharu di persekitaran mereka adalah aktiviti kanak-kanak 3-4 tahun yang amat disarankan. Baca selanjutnya tantang aktiviti kanak kanak 3 tahun dalam perkongsian artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Anak bergerak aktif

Kanak-kanak di bawah usia 5 tahun, masih dalam proses perkembangan dan tumbesaran. Mereka pastinya akan bergerak aktif dan berminat untuk meneroka persekitaran – sama ada di dalam mahupun di luar rumah.

Sebagai ibu bapa, pada tempoh ini anda perlu memberikan lebih perhatian dan pengawasan kepada si kecil. Pun begitu, berikan peluang buat mereka meneroka.

Ini bermakna, tiada salahnya untuk melakukan pengawasan dan pemantauan rapi, tetapi wujudkan ruang untuk anak menikmati persekitaran yang berbeza.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Meneroka persekitaran

Antara contoh aktiviti kanak-kanak 3-4 tahun yang memberikan anak peluang meneroka adalah seperti berjalan-jalan di hutan, melawati muzium atau zoo.

Peluang meneroka persekitaran dalam dan luar – dengan pengawasan – adalah penting untuk perkembangan emosi, sosial dan fizikal anak.

Meneroka juga merupakan rangsangan kepada motor halus aktiviti kanak kanak 3 hingga 4 tahun.

Perkembangan anak 3 tahun.
Perkembangan anak 3 tahun.

Idea aktiviti kanak-kanak 3-4 tahun

Terdapat pelbagai aktiviti 3 tahun di taska yang boleh dilakukan. Berikut antara beberapa contoh aktiviti di dalam rumah sebagai panduan:

Melihat cermin

Dalam tempoh tumbesaran ini, anak akan belajar mengenali diri mereka melalui gambar atau cermin.

Apa kata anda sediakan cermin – pastikan kedudukannya selamat – dan biarkan anak meneroka wajah mereka. 

Anda boleh bertanyakan soalan seperti “Di mana hidung?”, “Cuba buka mulut” atau “Boleh tak kelipkan mata?”

Kanak-kanak juga suka meniru tingkah laku individu lain. Jadi ajak anak bermain permainan tiru perbuatan fizikal atau lisan.

Kabinet mesra kanak-kanak

Percaya atau tidak, kabinet atau almari merupakan antara tempat penerokaan yang disukai anak.

Ini kerana mereka mempunyai rasa ingin tahu mengenai apa yang berada di sebalik pintu almari atau laci.

Jadi sediakan kabinet rendah dengan laci untuk membolehkan anak menarik keluar dan meneroka barangan di dalamnya. Jangan lupa pastikan item di dalam laci adalah selamat dan sentiasa pantau mereka, okay?

Aktiviti kanak-kanak 3-4 tahun #Kotak mainan

Untuk menggalakkan imaginasi anak, cipta kotak mainan diisi dengan anak patung, mainan block, barangan mengemas rumah yang selamat seperti span atau berus bersih.

Berikan bekas makanan plastik dengan penutup, pinggan dan mangkuk plastik atau apa sahaja yang boleh disusun untuk dijadikan mainan menarik buat si kecil.

Anak bermain mainan.
Anak bermain mainan.

Mainan sentuhan, motor halus aktiviti kanak kanak 3 hingga 4 tahun 

Anak suka menggunakan deria sentuhan mereka. Jadi anda boleh berikan mereka  bermain warna air atau playdough

Di samping itu, kertas pembalut dan mainan bertekstur juga pilihan yang baik untuk memberikan mereka peluang meneroka.

Anda boleh menghasilkan playdough sendiri di rumah, seperti:

Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 cawan tepung biasa
  • ½ cawan garam
  • 2 sudu besar minyak sayuran
  • ½ – 1 cawan air
  • Pewarna makanan
  • Mangkuk besar

Cara membuatnya:

  1. Campurkan tepung, garam dan minyak sayuran ke dalam mangkuk.
  2. Tambahkan 2 titik pewarna makanan ke dalam cawan berisi air.
  3. Kemudian tuangkan perlahan-lahan ke dalam campuran tepung tadi mengikut konsistensi yang diingini. Sekiranya terlebih air, tambahkan tepung untuk mendapatkan konsistensi yang betul.
  4. Sedia untuk bermain. Pastikan selepas bermain, ia disimpan di dalam bekas bertutup.

Memanjat tangga

Memanjat tangga satu lagi perkara yang disukai si kecil, jika tidak, pasti tidak akan muncul di pasaran pintu penghadang pagar, betul tak? Anda boleh beri si kecil main tangga tapi anda perlu bersama-sama naik dan turun tangga dengan anak.

Pada kawasan rata pula, ajak anak untuk berjalan ke belakang atau berjingkit-jingkit. Idea lain adalah seperti meniru haiwan contohnya berjalan seperti penguin, melompat seperti kanggaru dan sebagainya atau menari mengikut muzik.

Aktiviti kanak-kanak 3-4 tahun: Meneroka luar rumah

Di bawah dikongsikan beberapa idea aktiviti 3 tahun di taska luar untuk dicuba:

Bermain bola

Sediakan bola dengan saiz yang sesuai untuk anak main. Pada fasa ini, anak akan belajar menendang, membaling dan menangkap bola.

Motor halus aktiviti kanak kanak 3 hingga 4 tahun #Pasir pantai

Mungkin anda tidak berkesempatan untuk ke pantai, tetapi si kecil masih boleh bermain pasir. Bagaimana? Anda boleh berikan mereka bermain pasir kinetik atau untuk lebih selamat, pasir buatan sendiri.

Bahan-bahan diperlukan:

Anda hanya perlu mencampurkan dua bahan tersebut ke dalam mangkuk dan gaul sebati. Hasilnya mungkin berbeza berbanding pasir kinetik di pasaran, tetapi ia selamat.

Anda juga boleh memberikan anak bermain air yang ada di dalam baldi kecil atau besen. Pasir dan air merupakan aktiviti kanak kanak 3 tahun yang menyeronokkan.

Pastikan anda sentiasa mengawasi anak semasa bermain, okay?

Meneroka alam, salah satu aktiviti kanak-kanak 3-4 tahun

Bawa anak ke taman tasik dan galakkan mereka untuk memegang daun dan batu, menyentuh kulit kayu pada pokok dan menangkap pepijat.

Sekiranya kawasan sesuai, biarkan anak berlari mengikut keinginan mereka. Tetapi paling penting, pantau mereka sentiasa.

Anak bermain di luar rumah.
Anak bermain di luar rumah.
Penerokaan melibatkan aktiviti kanak-kanak 3-4 tahun ini adalah mengenai pembelajaran tentang kehidupan – pepijat, batu, hiasan dinding, rumput, daun yang gugur – semuanya menarik perhatian si kecil.

Sebagai ibu bapa, berikan sokongan dan galakkan kepada anak untuk memberanikan diri meneroka sesuatu yang baharu – selagi ia selamat buat mereka.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Safe Exploring for Toddlers. https://kidshealth.org/en/parents/exploring.html#, Accessed on Nov 11, 2022
  2. 8 Reasons Exploring Nature with Children is Important. https://empoweredparents.co/exploring-nature-with-children/, Accessed on Nov 11, 2022
  3. Getting kids outside: one of the best things a parent can do. https://www.nature.org/en-us/about-us/who-we-are/how-we-work/youth-engagement/benefits-of-outdoors-for-kids/, Accessed on Nov 11, 2022
  4. 3 Years – 4 Years. https://www.learning4kids.net/play-activities-by-age/3-year-4-years/, Accessed on Nov 11, 2022
  5. Let’s Get Moving: 14 Indoor and Outdoor Physical Activities for Toddlers. https://helpmegrowmn.org/HMG/HelpfulRes/Articles/toddler/index.htm, Accessed on Nov 11, 2022
  6. Active Play Everyday. https://www.health.act.gov.au/sites/default/files/2019-08, Accessed on Nov 11, 2022
  7. The values we lay in outdoor play. http://thespoke.earlychildhoodaustralia.org.au/the-values-we-lay-in-outdoor-play/,  Accessed on Nov 11, 2022
  8. Indoor vs outdoor. https://www.earlymovers.org.uk/indoor-vs-outdoor, Accessed on Nov 11, 2022 

Versi Terbaru

03/12/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Anak Lelaki Suka Main Masak-masak? Jangan Larang! Ini 7 Manfaatnya Yang Banyak Parents Tak Tahu!

Ini 7 Kesilapan Yang Mak Ayah Selalu Buat Sewaktu Latih Anak Ke Tandas!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan