backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Kalau Tekak Tidak Selesa, Telan Aiskrim Vanila? Ini 7 Mitos Sakit Tekak!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan Ā· Perubatan dalaman atau am Ā· Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid Ā· Disemak pada 19/09/2023

    Kalau Tekak Tidak Selesa, Telan Aiskrim Vanila? Ini 7 Mitos Sakit Tekak!

    Sebenarnya, wujud banyak mitos berkaitan ketidakselesaan pada tekak termasuklah aiskrim vanila ubat sakit tekak. Benarkah?

    Meskipun masih belum dapat disahkan kesahihannya, ramai individu yang menggunakan petua ini setiap kali sakit tekak dan ia mungkin tepat!

    Jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini untuk baca pelbagai lagi mitos berkaitan sakit tekak yang dipercayai kebanyakan orang kita.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, sila dapatkanĀ di sini.

    Sedikit sebanyak tentang kondisi sakit tekak

    Untuk pengetahuan anda, ia adalah satu keadaan kesihatan di manaĀ tekak akan berasa sakit, kering dan gatalĀ akibat beberapa perkara.

    Kondisi ini juga sebenarnya boleh terjadi pada mana-mana bahagian struktur di dalam rongga tekak iaitu; faringitis, tonsilitis dan laringitis.

    Tekak tidak selesa juga merupakan salah satu penyakit biasa 3 sekawan bersama demam dan selesemaĀ yang selalunya tidaklah begitu kronik.

    Ia mungkin akan datang dan pergi tanpa diduga dan biasa bertahan selama beberapa hari sahaja jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan.

    Puncanya tentu sekali disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus, alergi dan udara yang telah tercemar lantas anda terhidunya.

    Ada juga yang kata sakit tekak adalah salah satu daripada simptom wabak pandemik COVID-19! Benarkah?

    aiskrim vanila ubat sakit tekak

    Aiskrim vanila ubat sakit tekak adalah mitos?

    Aiskrim vanila ubat sakit tekak? Bagaimana pula dengan madu, pudina atau lozeng? Adakah ia juga adalah rawatan terbaik untuk simptom yang dikatakan virus korona baharu ini?

    Pelbagai cakap-cakap yang diutarakan setiap kali berbicara tentang kondisi ini dan ramai pula yang akan mempersoalkan mitos-mitos ini.

    Tenang, kami akan cuba membantu anda menjawab persoalan mengenai mitos berkaitan sakit tekak seperti berikut:

    #1. Sakit tekak adalah simptom COVID-19?

    Kalian perlu tahu bahawa kondisi ini juga boleh terjadi akibat jangkitan bakteria dan virus termasuklah virus korona baharu.

    Jadi, memang benar bahawa sakit tekak adalah salah satu daripada simptom telah dijangkiti COVID-19 namun agar sukar dibezakan.

    Ini kerana tidak terdapat perbezaan di antara sakit tekak biasa atau sakit tekak COVID-19 meskipun disebabkan oleh anasir yang lain.

    #2. Aiskrim vanila ubat sakit tekak?

    Mungkin ramai individu yang percaya bahawa aiskrim vanila ubat sakit tekak dan mengambilnya setiap kali mengalami kondisi ini.

    Sebenarnya, aiskrim vanila ubat sakit tekak mungkin sekadar sebuah mitos kerana belum ada kajian yang kata bahawa ia boleh membantu merawat atau melegakan tekak anda.

    Sebaliknya, kalian juga perlu tahu bahawa produk tenusu termasuklah aiskrim wajar untuk dielak ketika mengalami ketidakselesaan pada tekak.

    aiskrim vanila ubat sakit tekak

    #3. Sakit tekak hadir bersama sakit lain?

    Kebiasaannya, kita semua tidak akan mendengar orang mengadu hanya sakit tekak sahaja sebaliknya turut mengalami sakit lain.

    Ini kerana ketidakselesaan pada tekak merupakan salah satu daripada ā€˜penyakit tiga sekawanā€™ bersama batuk dan selesema.

    Ia adalah disebabkan tubuh badan yang cuba mengadaptasi jangkitan dengan meningkatkan suhu badan dan mengeluarkan lendir daripada badan.

    #4.Ā Serbuk penaik adalah ubat sakit tekak?

    Menurut The National Cancer Institute, kumur air garam bercampur serbuk penaik mampu melegakan kesakitan pada tekak.

    Ini kerana campuran ini dipercayai boleh membunuh bakteria selain menghalang pertumbuhan yis serta kulat pada kawasan terbabit.

    Caranya, campurkan 1/4 sudu kecil serbuk penaik, 1/8 garam dan 1 cawan air suam kemudian kumur sebagai alternatif ubat sakit tekak.

    #5. Merokok bukan punca sakit tekak?

    Mitos yang dipercayai terutamanya buat golongan perokok itu sendiri, ternyata hanyalah sekadar mitos dan ia tidak benar sama sekali.

    Ini kerana tabiat merokok atau menjadi perokok pasif berisiko tinggi menyebabkan kesakitan pada tekak akibat udara yang tercemar.

    Disebabkan itu, sila berhenti merokok dengan segera untuk mengelakkan diri serta orang tersayang menjadi mangsa tabiat buruk anda itu.

    aiskrim vanila ubat sakit tekak

    #6. Cuaca adalah punca sakit tekak?

    Selain tabiat merokok, cuaca terutamanya ketika sedang sejuk dan dingin dipercayai boleh menjadi punca kepada kondisi ini.

    Sebenarnya, cuaca bukanlah punca utama keadaan kesihatan ini berlaku kerana ia adalah disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria.

    Namun, harus juga diingatkan untuk kalian tidak menghirup udara yang terlalu kering atau lembap angkara cuaca yang tidak bagus untuk tekak.

    #7. Ia mudah untuk dirawat di rumah?

    Terdapat banyak ubat sakit tekak sama ada moden dan tradisional yang kalian boleh cuba untuk merawat keadaan kesihatan ini.

    Contoh yang paling popular dalam kalangan orang kita adalah lozeng, madu, pudina, cuka epal, bawang putih serta banyak minum air kosong.

    Meskipun belum wujud bukti saintifik yang mengesahkannya, namun adalah tidak salah untuk cuba rawatan tradisional ini di rumah.

    Jadi, itulah senarai antara mitos berkaitan sakit tekak termasuklah yang percaya bahawa aiskrim vanila ubat sakit tekak.

    Sebaiknya, kita wajar tidak mudah percaya dengan mitos berkaitan keadaan kesihatan sebegini dan rujuk pada doktor.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am Ā· Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid Ā· Disemak pada 19/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan