backup og meta

12 Kebaikan Madu Kelulut Untuk Wanita, #5 Penting Kalau Nak Cantik!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/10/2022

    12 Kebaikan Madu Kelulut Untuk Wanita, #5 Penting Kalau Nak Cantik!

    Madu antara makanan yang dikatakan menawarkan pelbagai manfaat kesihatan. Tetapi bagaimana pula dengan madu kelulut? Ayuh kita bongkar kebaikan madu kelulut untuk wanita.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Kelebihan lebah kelulut

    Apa yang istimewa mengenai lebah yang dikenali dengan nama Trigona spp ini ialah ia tidak bersengat. Lebah yang tergolong dalam kumpulan apidae ini lebih terkenal dengan sebutan Kelulut di Malaysia.

    Amnya, saiz lebah kelulut ini jauh lebih kecil – dianggarkan antara 3-5 milimeter (mm) dan mempunyai bentuk badan lebih langsing berbanding lebah madu biasa berwarna kuning hitam yang boleh menyengat.

    Walaupun lebah kelulut tidak menyengat, tetapi ia boleh menjadi agresif, terutamanya apabila menerima ancaman.

    Madu yang dihasilkan oleh spesies lebah ini ada kalanya dirujuk sebagai ibu segala ubat (mothers medicine).

    Tetapi apakah kebaikan madu kelulut untuk wanita?

    Perbezaan lebah madu biasa & lebah kelulut

    Sebelum mengetahui kebaikan madu kelulut untuk wanita ini, ayuh kita fahami terlebih dahulu perbezaan antara lebah kelulut dan lebah madu biasa.

    kebaikan madu kelulut untuk wanita

    Amnya, perbezaan paling ketara antara kedua-dua lebah ini sudah tentulah dari aspek fizikal seperti ciri luaran, warna dan juga khasiat madunya.

    Seperti yang dinyatakan pada awal tadi, nama saintifik bagi lebah kelulut ialah Trigona Spp, manakala lebah madu biasa dikenali dengan nama Apis spp.

    Jika lebah madu biasa mempunyai sarang yang berbentuk heksagon, lebah kelulut pula sarangnya hampir menyerupai tempayan dan mempunyai satu laluan keluar masuk yang diperbuat daripada propolis.

    Berbanding dengan madu biasa, madu lebah tanpa sengat ini berwarna sedikit gelap, tidak jernih dan mempunyai rasa agak masam manis dengan sedikit rasa lemon

    Kelebihan madu kelulut ini adalah ia dikatakan mempunyai rangkaian khasiat dan nilai pemakanan yang lebih tinggi berbanding madu biasa – 2 kali ganda lebih berkhasiat!

    Kebaikan madu kelulut untuk wanita

    Terdapat beberapa kajian dan laporan yang mendokumentasi faedah dan madu lebah tanpa sengat. Hasilnya madu ini mempunyai sifat antimikrob, antioksidan dan antiradang.

    kebaikan madu kelulut untuk wanita

    Berikut antara beberapa kelebihan madu ini:

    1. Bantu atasi alahan debunga

    Ia dikatakan berfungsi sebagai vaksin semula jadi untuk membina antibodi kepada debunga.

    2. Sumber tenaga semula jadi

    1 sudu madu dicampurkan bersama 8 auns air – menjadikan ia minuman tenaga yang murah dan mudah disediakan.

    3. Kebaikan madu kelulut untuk wanita #Sumber antioksidan

    Madu kelulut ini kaya dengan sebatian antioksidan dan terapeutik. Ia mampu mencegah penurunan kognitif dan demensia, serta meningkatkan sistem kolinergik dan peredaran otak. 

    4. Melawan kanser

    Antara khasiat madu kelulut ini adalah keupayaannya untuk menghalang atau mengurangkan kebarangkalian pembentukan sel kanser.

    Keadaan ini adalah kerana ia boleh untuk meningkatkan status antioksidan dalam badan yang mana merupakan penghalang kepada pembentukan kanser.  

    5. Mengatasi masalah jerawat

    Madu daripada lebah tanpa sengat ini dikatakan dapat mengurangkan kemerahan jerawat serta pertumbuhannya dan melegakan pelbagai jenis masalah kulit yang lain. 

    kebaikan madu kelulut untuk wanita

    6. Penyembuh luka dan ulser

    Oleh sebab madu mempunyai sifat antimikrob dan antibiotik semula jadi, ia juga boleh digunakan untuk merawat luka dan melecur.

    Madu yang disapu pada bahagian luka ini dapat mencegah komplikasi jangkitan. 

    Sifat antiradang dalam madu pula boleh melindungi tisu daripada mediator keradangan yang sangat bertoksik.

    Manakala sifat pelembap dalam madu kelulut dapat meningkatkan penyembuhan luka dengan menggalakkan angiogenesis dan peredaran oksigen.

    Kebaikan madu kelulut untuk wanita #7. Ubat batuk asli

    Konsistensi madu yang pekat membantu menyaluti tekak – melindunginya daripada batuk yang berterusan.

    8. Rawatan untuk diabetes

    Kombinasi madu mentah dan kayu manis bermanfaat dalam mengawal tahap gula darah yang sihat bagi mengurangkan risiko menghidap diabetes.

    Ia juga membantu meningkatkan keberkesanan ubat yang digunakan untuk merawat diabetes. 

    9. Menggalakkan tidur lebih lena

    Pengambilan madu dapat menggalakkan pembebasan melatonin dalam otak dan meningkatkan imuniti serta membantu membina semula tisu semasa berehat.

    10. Kebaikan madu kelulut untuk wanita #Merangsang kesuburan

    Madu kelulut dikatakan dapat memberikan kesan positif kepada hormon kesuburan. 

    Tetapi harus diingatkan ia bukanlah penyelesaian utama untuk semua masalah ketidaksuburan kerana pelbagai punca boleh menyebabkan keadaan kesihatan tersebut.

    11. Merawat penyakit mata

    Madu lebah tanpa sengat ini dipercayai memainkan peranan penting dalam merawat katarak yang disebabkan oleh bahan kimia. 

    12. Penjagaan kulit

    Madu kelulut mampu untuk melembutkan dan membersihkan kulit. Sapukan madu kelulut pada permukaan kulit terutama pada bahagian kulit yang terasa kering.

    Baca juga:

    Sebelum amalkan madu kelulut, dapatkan rundingan doktor

    Madu kelulut adalah hasil semula jadi tanpa sebarang bahan tambahan. Bahkan banyak kebaikan madu kelulut ini.

    Pun begitu, anda disarankan untuk melakukan rundingan dan pemeriksaan doktor terlebih dahulu bagi mendapatkan kepastian sama ada wujud alahan atau tidak sebelum mengamalkan sebarang penggunaan madu kelulut ini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan