backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Betis Terasa Tajam, Sakit-Sakit? Anda Mungkin Alami Salah Satu Daripada 7 Keadaan Ini!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 2 minggu lalu

Betis Terasa Tajam, Sakit-Sakit? Anda Mungkin Alami Salah Satu Daripada 7 Keadaan Ini!

Betis kaki biasanya akan mula terasa sakit atau lenguh jika anda banyak bergerak atau terlalu lama berdiri. Namun jika betis kaki terasa panas gejala penyakit apa ya? Ini antara punca-punca mengapa betis sakit berdenyut boleh terjadi. 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Tulang/Otot, anda boleh klik di sini.

Betis kaki terasa panas gejala penyakit apa?

Setiap kali anda berjalan kaki atau berlari, anda pasti akan menggerakkan segala otot yang ada pada betis.

Dalam betis manusia, terdapat dua jenis otot iaitu otot gastrocnemius dan juga otot soleus.

Kedua-dua otot ini bertemu pada tendon Achilles dan bersambung terus dengan tumit anda.

Oleh itu, setiap pergerakan kaki pastinya akan menggunakan kedua-dua otot tersebut.

Walau bagaimanapun, disebabkan oleh beberapa keadaan tertentu, betis anda juga boleh terasa sakit yang berkaitan dengan otot-otot tersebut.

Ini 7 punca betis jadi lenguh atau sakit. 

#1. Kecederaan otot betis kaki (calf strain)

Apabila anda menggunakan otot pada betis secara berlebihan, ia sebenarnya boleh menyebabkan kecederaan pada otot-otot tersebut.

Jika keadaan ini berlaku, anda akan mengalami rasa sakit yang terjadi secara tiba-tiba pada betis anda.

Bukan itu sahaja, ketika otot anda sedang tegang, anda juga akan mengalami beberapa keadaan lain seperti:

  • Betis terasa kaku dan lemah terutamanya ketika anda berjalan atau berlari
  • Wujud bengkak pada betis dalam tempoh selepas satu atau dua hari
  • Mengalami rasa sakit secara tiba-tiba pada bahagian belakang kaki
  • Berasa sukar untuk bangun

#2. Kecederaan otot Achilles

betis kaki
Sakit pergelangan kaki.

Kecederaan otot Achilles adalah keadaan yang melibatkan tendon Achilles, iaitu tendon yang menghubungkan otot betis dengan tulang tumit.

Kecederaan pada tendon ini biasanya berlaku akibat penggunaan otot secara berlebihan, dan ia menjadi semakin lemah seiring dengan pertambahan usia.

Ini menjadikan tendon tersebut lebih rentan terhadap kecederaan.

Kecederaan ini biasanya berlaku pada individu yang tiba-tiba melakukan senaman secara intensif, yang boleh menyebabkan sakit betis.

Punca kaki lenguh tiba tiba #3. Sciatica

Siatika (sciatica) merupakan keadaan yang melibatkan saraf siatik, iaitu saraf yang menjalar dari bahagian bawah belakang, menuju ke pinggul, punggung, dan kedua-dua kaki.

Biasanya, siatika hanya menyerang satu sisi tubuh.

Keadaan ini kerap berlaku apabila tulang belakang atau penyempitan pada tulang belakang menekan saraf siatik.

Ini boleh menyebabkan keradangan, rasa sakit, dan mati rasa pada kaki yang terjejas, termasuklah betis.

#4. Neuropati perifer, salah satu penyebab betis sakit berdenyut

lenguh kaki
Neuropati pada kaki.

Neuropati perifer adalah keadaan yang melibatkan kerosakan pada saraf yang berada di luar otak dan sumsum tulang belakang.

Keadaan ini boleh menyebabkan kelemahan, mati rasa dan rasa sakit yang biasanya muncul pada tangan dan kaki.

Neuropati perifer boleh berlaku akibat kecederaan trauma, jangkitan, gangguan metabolisme atau penyakit keturunan.

Keadaan ini juga boleh berlaku akibat pendedahan kepada bahan beracun.

Namun, penyebab utama keadaan ini adalah penyakit kencing manis.

#5. Trombosis vena dalam (deep vein thrombosis)

Trombosis vena dalam adalah pembentukan gumpalan darah dalam satu atau lebih vena tubuh.

Biasanya, keadaan ini berlaku pada kawasan kaki.

Trombosis vena dalam boleh menyebabkan rasa sakit dan pembengkakan pada kawasan kaki, termasuklah betis.

#6. Kram atau kejang betis kaki punca kaki lenguh tiba tiba

Kram betis adalah keadaan di mana berlakunya pengecutan otot betis secara tiba-tiba atau tidak sengaja.

Keadaan ini biasa berlaku akibat keletihan otot, dehidrasi, atau kekurangan mineral tertentu dalam badan seperti kalium, kalsium, atau magnesium.

Kram betis biasanya berlaku semasa tidur atau selepas melakukan aktiviti fizikal yang kuat.

punca kaki kebas
Antara tanda penyakit kaki selalu kebas.

Gejala utama adalah rasa sakit yang tajam pada betis. Dalam beberapa kes, anda mungkin dapat merasakan benjolan keras pada otot betis.

Untuk mengurangkan kram dan betis sakit berdenyut, anda boleh mencuba teknik seperti pemanasan, regangan dan penggunaan kompres panas atau sejuk.

#7. Vena varikos

Vena varikos pula merupakan keadaan vena di kaki yang menjadi besar dan membengkak.

Keadaan ini biasanya disebabkan oleh injap vena lemah atau rosak, yang menghalang aliran darah kembali ke jantung.

Ini kemudiannya menyebabkan darah berkumpul dan vena membengkak. Vena varikos lebih kerap terjadi dalam kalangan wanita dan orang tua.

Selain itu, faktor risiko lain seperti kehamilan, obesiti, berdiri atau duduk dalam jangka masa lama dan sejarah keluarga juga meningkatkan risiko betis kaki sakit dan lenguh ini. 

Kesimpulan

Keadaan-keadaan sakit betis kaki seperti di atas ini boleh dicegah melalui rutin fizikal harian seperti melakukan regangan sebelum dan selepas bersukan untuk menguatkan betis.

Selain itu, elakkan bersukan secara berlebih-lebihan bagi mengelakkan masalah betis sakit berdenyut.

Sekarang anda telah tahu betis kaki terasa panas gejala penyakit apa. Jadi, jika anda berasa bimbang atau ragu-ragu, sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan konsultasi.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan