Kunci Kepada Hidup Bebas Kesakitan: Memahami Otak

Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 5 minit bacaan
Share now

Sebagai seorang atlet atau jurulatih, kita cenderung untuk melihat kesakitan daripada sudut yang paling dekat dengan kita iaitu mekanik badan (body mechanics). Selain posisi dan corak pergerakan, terdapat satu lagi aspek yang menjadi dalang kepada kesakitan. Untuk memahaminya dengan lebih lanjut, kita perlu melihat lebih jauh ke dasarnya.

Sebagai tambahan kepada isu struktural dan mekanikal, terdapat elemen psikososial yang akan mengundang kepada kesakitan. Ada bukti yang menunjukkan bahawa kesakitan bukan sahaja berpunca daripada tabiat mekanik kita. Tabiat mental juga mampu mempengaruhi pelbagai masalah lain.

Menerusi artikel ini, saya akan membincangkan mengenai komponen psikososial biasa yang mampu menyumbang kepada peningkatan persepsi kesakitan. Saya juga akan menjelaskan beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk mengatasi masalah ini dan kemabali kepada hidup bebas kesakitan.

Apabila kesakitan bukan bersifat mekanikal

Pergerakan akan bermula daripada minda. Apa sahaja yang anda ingin lakukan akan bermula dengan berfikir bagaimana untuk melakukannya dan kesannya. Kebanyakan kita pernah mengalami manfaat penggunaan teknik mental seperti membayangkan sesuatu terlebih dahulu dan bersikap positif. Namun sayangnya, ia berkesan dan akan memberi kesan. Keyakinan untuk memecahkan rekod peribadi sememangnya akan membantu anda. Namun keyakinan itu juga boleh mendatangkan kesakitan kepada diri anda.

Professional dalam bidang kecergasan dan pergerakan cenderung untuk melihat terlebih dahulu disfungsi mekanikal untuk mengenalpasti punca kesakitan. Walaupun ia sangat kompleks, saya masih percaya bahawa mengenalpasti isu mekanikal adalah permulaan yang baik.

“Keyakinan untuk memecahkan rekod peribadi sememangnya akan membantu anda. Namun keyakinan itu juga boleh mendatangkan kesakitan kepada diri anda”.

Ia adalah mengenai kesederhanaan. Jika kesakitan itu hanya berlaku ketika melakukan sesuatu pergerakan sahaja, ia dengan mudah kembali hanya dengan mengulangi posisi itu dan mudah dirawat dengan kombinasi peringatan dan modaliti manual untuk ke arah pergerakan yang lebih baik. Saya fikir ia mungkin agak janggal untuk menganggap masalah itu bukan bersifat mekanikal.

Namun begitu, ia mula kelihatan aneh apabila kesakitan itu tidak mempunyai kaitan yang jelas terhadap asas struktural. Seperti mana saya melihatnya, ini merupakan jenis kesakitan yang boleh dibahagikan kepada dua kategori:

Kesakitan yang berasal daripada struktural, tetapi kekal

Jenis kesakitan ini kerap dipersalahkan menjadi punca kepada sisa keradangan dan pembentukan tisu parut. Kadangkala, ia mungkin semudah itu namun selalunya ia adalah lebih kompleks.

Terdapat banyak aliran pemikiran yang beranggapan bahawa sisa kesakitan boleh menyumbang kepada beberapa jenis mekanisme perlindungan iaitu kombinasi sensasi fizikal sebenar yang berhubungan dengan beberapa keadaan psikologi. Agak sukar untuk menyimpulkan kesakitan jenis ini kerana meskipun terdapat beberapa punca yang biasa, kesakitan psikososial adalah unik kepada setiap individu.

Jika anda pernah cedera teruk, anda mungkin akan sedikit gelisah untuk kembali melakukan aktiviti yang menyebabkan kecederaan anda. Ini mungkin akan menyebabkan anda melakukan pergerakan itu dengan salah lalu mengembalikan kecederaan.

Tambahan itu, adalah tidak mustahil juga tisu badan itu sendiri sudah membina satu jenis proprioceptive-hypersensitivity. Tisu anda akan “ingat’’ kali terakhir anda berada dalam posisi ini, ia mengundang bahaya. Tisu ini akan cuba menghalang anda daripada mengulanginya semula dengan mendatangkan kesakitan. Pelindung jenis ini adalah isu yang biasa apabila beberapa otot mula tegang untuk mengekalkan posisi perlindungan. Ketakutan untuk cedera sekali lagi akan meningkatkan perlindungan lalu merumitkan lagi masalah sedia ada.

Kesakitan yang tidak mempunyai kaitan dengan struktur fizikal yang spesifik

Sakit pada bahagian bawah belakang atau lower back pain (LBP) adalah contoh kepada ini. Banyak pengamal mengaitkan LBP dengan perkara seperti ketidakseimbangan postur, disc yang membonjol dan kestabilan teras yang tidak bagus kerana secara anatominya ia adalah masuk akal. Meskipun semua ini mampu memberi kesan kepada masalah ini, namun sayangnya, terdapat banyak bukti yang menunjukkan tiada satu pun yang boleh menjangka kedatangan sakit belakang dalam kalangan individu yang bebas kesakitan. Ada juga individu yang mengalami LBP meskipun mengamalkan postur badan yang baik dan mempunyai tulang belakang yang sihat. Jadi manakah logiknya?

Ada beberapa kajian yang telah mengenalpasti faktor psikologi seperti kepuasan pekerjaan dan depresi adalah penjangkauan sakit belakang yang lebih bagus berbanding petanda struktural/ antara faktor lain adalah insomnia dan kegelisahan yang selalu ditemui pada individu yang kerap sakit belakang. Secara keseluruhannya, kehadiran pemboleh ubah ini terlihat sangat bergantung kepada jangkaan kedatangan LBP yang kronik berbanding faktor struktural.

Pelbagai bentuk pendekatan terhadap kesakitan

Sementara LBP adalah faktor yang paling biasa terhadap kesakitan psikososial, saya juga telah melihat banyak individu dengan kesakitan pada leher dan rahang yang kelihatan seperti mempunyai kaitan dengan psikologi. Namun begitu, peningkatan tenaga dan pergerakan tidak selalu kelihatan dapat menyelesaikan masalah kesakitan.

“Terdapat beberapa kajian yang mencadangkan individu cenderung berasa sakit akibat perhatian yang mereka perolehi”.

Terdapat beberapa kajian yang mencadangkan individu cenderung berasa sakit akibat perhatian yang mereka perolehi. Untuk lebih jelas, kajian ini tidak mencadangkan individu untuk memalsukan kesakitan mereka untuk mendapatkan perhatian namun mereka akan terus merasakan kesakitan itu kerana mereka berasa puas hati dengan melakukannya. Di mana garis pemisah perlu dilukis antara kesakitan fizikal yang sebenar dengan yang dibuat-buat adalah isu lain yang lebih rumit.

Jika memperbaiki kekuatan, meningkatkan pergerakan dan menyelesaikan isu fizikal bukan penyelesaiannya, jadi apakah ia? Seperti biasa masalah ini memerlukan pelbagai bentuk pendekatan sama ada anda merupakan seorang jurulatih kepada atlet yang dalam kesakitan atau anda sendiri yang sedang mengalaminya.

1. Memahami senaman induksi kesakitan dengan kesakitan kronik

Kesakitan kronik kebiasaannya didefinisikan sebagai kesakitan yang berlanjutan sehingga lebih daripada 6 bulan. Salah satu daripada kesilapan terbesar yang saya lihat profesional lakukan adalah menggunakan prinsip di sebalik kesakitan kronik kepada rawatan kecederaan sukan dan sebaliknya.

Adalah tidak mustahil kesakitan kronik LBP anda bukan disebabkan oleh postur badan yang tidak bagus. Ia juga tidak mustahil bahawa kesakitan pada belakang anda yang berulang-ulang adalah hasil daripada postur badan yang teruk dan disfungsi corak pergerakan. Kebanyakan kajian yang saya telah lihat tidak menunjukkan sebarang kaitan di antara postur badan dengan kesakitan. Dan ia tidak mempunyai sebarang kaitan juga dengan populasi latihan yang kuat dan aktif. Pakar perubatan yang diiktiraf perlu mampu memahami perbezaan di antara intervensi yang diperlukan dengan ujian.

2. Ajar klien dan diri anda sendiri

Mengajar atlet, pesakit atau diri anda sendiri merupakan sesuatu yang penting untuk mengatasi kegelisahan ketika latihan. Kita takut akan sesuatu yang kita tidak tahu dan tidak faham. Jika anda seorang jurulatih, jangan hanya ajar atlet anda tentang senaman. Bantu juga klien anda memahami apakah yang menyebabkan kesakitan itu dan apakah kesan intervensi yang boleh dilakukan.

“Salah satu daripada cara terbaik mengatasi ketakutan adalah dengan mengajar mereka. Tunjukkan kepada atlet anda bahawa tiada apa yang perlu ditakutkan’’.

Anda sendiri perlu mengurangkan rasa sakit itu sendiri untuk mendapatkan manfaat psikologi. Ajar atlet anda untuk memahami dan menguasai badan mereka. Dorong mereka untuk melakukan pergerakan yang mereka takuti dan tunjukkan kepada mereka bahawa mereka boleh melakukannya tanpa mendapat kesakitan. Salah satu daripada cara terbaik mengatasi ketakutan adalah dengan mengajar mereka. Tunjukkan kepada atlet anda bahawa tiada apa yang perlu ditakutkan.

3. Periksa konteks kesakitan

Adakah ia ketakutan, kegelisahan atau kehilangan motivasi yang mempunyai kaitan dengan latihan? Atau adakah ia hanyalah aspek berlanjutan dengan personaliti atlet?

Jika seseorang yang tenang, berkeyakinan namun dibelenggu kecederaan, ia adalah satu perkara yang lain. Jika atlet itu kerap penat dan mengadu mengenai isu lain seperti kegelisahan atau kurang motivasi, maka masalah itu mungkin lebih besar berbanding masalah kecergasannya.

Anda perlu mampu untuk melihat tanda-tanda kegelisahan dan depresi untuk mengetahui bagaimana untuk menghadapi masalah itu dengan bertanggungjawab. Jika anda sendiri yang sedang menderita sakit kronik, lakukan ini juga kepada diri anda.

4. Ketahui bila untuk mendapatkan bantuan

Tanpa mengira kawasan, jika kesakitan anda berlanjutan sehingga lebih daripada seminggu tanpa sedikitpun berkurang, maka sudah sampai masa untuk mendapatkan bantuan pakar perubatan. Hentian utama anda perlu sentiasa menjadi sumber penjagaan pertama untuk menolak segala kemungkinan kesakitan yang teruk atau yang boleh membahayakan nyawa.

Jika anda atau atlet anda menghidapi sebarang jenis depresi atau kegelisahan, terdapat beberapa jenis rawatan yang efektif. Terapi kelakuan kognitif secara khususnya telah menunjukkan petanda memberangsangkan sebagai salah satu intervensi yang mampu merawat kesakitan atau gangguan psikososial.

Langkah pertama untuk mengatasi kesakitan

Tanpa mengira punca, kesakitan adalah sistem kecemasan badan anda. Ia memberi petanda bahawa terdapat sesuatu kerosakan yang perlu diperbaiki.

Ia mungkin agak sukar untuk mengaku isu tersebut adalah datang daripada minda anda. Sebagai seorang yang pernah menghadapi depresi dan kesakitan sepanjang hidup saya, saya boleh membimbing anda keluar daripadanya. Perkara yang paling sukar adalah untuk memulakan langkah yang pertama.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    DARI PAKAR Morteza Tafakory

    Saraf Siatik

    Saraf Siatik Saraf siatik adalah saraf besar yang berasal dari saraf tunjang distal dan memanjang sepanjang hampir seluruh anggota badan belakang. Dalam kebanyakan vertebrata, ia adalah cabang utama dari pleksus ...

    Ditulis oleh Morteza Tafakory
    the-sciatic-nerve

    Kenali Organ-Organ Anda: Buah Pinggang

    Semua orang tahu bahawa sesetengah organ adalah penting untuk kemandirian anda: Otak, Jantung, Paru-paru, Buah pinggang…. BUAH PINGGANG? Tepat sekali. Walaupun anda tidak akan jumpa kad hari Valentine yang ...

    Ditulis oleh Morteza Tafakory
    buah pinggang

    Fleksibiliti Tubuh Badan

    Jika anda mengalami masalah dalam fleksibiliti tubuh badan, anda tidak keseorangan. Otot hamstring, bahu atau otot lain tegang Badan berasa keras dan sukar untuk bergerak Pergerakan fizikal terbatas Kebanyakan ...

    Ditulis oleh Morteza Tafakory

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Masalah Botak Dan Rambut Beruban? Jaga-jaga! Anda Mungkin Menghidap Sakit Jantung

    Sakit jantung adalah keadaan kesihatan yang menakutkan. Tabiat merokok, obesiti dan penyakit kronik boleh menyumbang kepada risiko penyakit jantung.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Berisiko Sakit Kepala 2x Ganda Berbanding Lelaki? Ini Angkara Hormon Tak Seimbang!

    Tahukah anda, sakit kepala boleh dicetuskan oleh hormon yang tidak seimbang? Sebab itulah ada wanita yang sering pening kepala ketika datang bulan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 25/09/2020 . 4 minit bacaan

    Dari Rasa Lesu, Terus Jadi Segar! Ini Dia 8 Makanan Yang Akan Buat Anda Kekal Bertenaga

    Pernah tak berasa lesu walaupun baru selesai makan? Bukankah makanan penambah tenaga? Ini kerana makanan kita sering tinggi karbohidrat, terutamanya gula.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Sudah 4 Minggu Hamil? Tahniah, Tapi Hati-hati, Ada 9 Makanan Ibu Tak Boleh Makan Awal Mengandung!

    Bagi seorang wanita mengandung, pemakanan adalah antara aspek penting yang perlu diberikan perhatian. Ini 9 makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit pada payudara selepas menopaus

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tip keibubapaan

    Si Kecil Hiperaktif? Apa Kata Ibu Cuba 11 Tip Didikan Ini, Pasti Membantu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    kesan stres

    Tekanan Boleh Sebabkan Darah Beku? Bahaya Ini! Jangan Selalu Stres Stres Okay!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tips senaman

    Perut Rasa Kejang & Sakit Ketika Berlari? Cuba Lakukan 5 Tip Untuk Elak Masalah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan