Elakkan Produk Tawar 1001 Manfaat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kesedaran untuk mengamalkan kehidupan yang lebih sihat kini semakin baik. Ramai orang sudah semakin sedar dan mula mengambil berat terhadap tahap kesihatannya melalui pemakanan dan gaya hidup sihat. Namun, terdapat sesetengah ‘produk kesihatan’ di pasaran yang cuba mengambil kesempatan ke atas pengguna melalui kata-kata manis yang kononnya menawarkan 1001 manfaat tanpa memikirkan kesannya ke atas pengguna.

Sebagai pengguna yang bijak, anda tidak seharusnya mudah menerima semua dakwaan yang diberikan itu. Ambil masa untuk semak dan membuat penilaian sebelum menjadikan ia sebagai makanan tambahan atau suplemen.

Jangan percaya kepada produk yang menjanjikan 1001 manfaat

Jika benar wujud solusi kepada 1001 masalah kesihatan hanya menggunakan satu produk, sudah tentu dunia ini akan bebas daripada pelbagai jenis penyakit. Ia terlalu bagus untuk dipercayai. Memandangkan tujuannya ialah keuntungan semata-mata, berbagai macam dakwaan tanpa asas yang kukuh boleh dibuat.

Apa yang lebih membimbangkan ialah promosi produk seperti ini sangat meluas sekali sama ada di media cetak, media sosial, televisyen, mahupun radio. Malah, sebahagian tokoh atau selebriti yang mempunyai ramai pengikut juga turut bersama-sama mempromosikannya.

Pengambilan suplemen, jus, atau makanan kesihatan adalah tidak salah asalkan bahan tersebut selamat dan pengguna tidak menjadikan ia sebagai pengganti kepada rawatan yang diberikan oleh doktor (jika disahkan menghidap penyakit).

Rawatan tradisional dan moden

Sebahagian doktor mengambil kira rawatan tradisional seperti ini sebagai alternatif selepas rawatan standard di hospital didapati kurang berkesan. Ada juga doktor yang sepenuhnya menolaknya.

Kedua-dua kaedah rawatan ini mempunyai kelebihannya tersendiri. Rawatan moden lebih meyakinkan kerana telah melalui proses uji kaji dan percubaan melibatkan banyak sampel dalam tempoh yang lama. Rawatan tradisional juga turut mempunyai fungsi dan manfaatnya tetapi kadar yang berkesan dan selamat digunakan adalah kurang jelas kerana hanya berdasarkan pengalaman orang lama yang tidak direkodkan dengan baik.

Melihat kepada masa hadapan, rawatan tradisional dan moden boleh disepadukan untuk menghasilkan kaedah penjagaan kesihatan terbaik. Lebih-lebih lagi Malaysia sangat kaya dengan pelbagai pokok dan tumbuh-tumbuhan yang boleh dimanfaatkan. Lebih banyak kajian dan perhatian harus diberikan. Tidak mustahil satu hari nanti kaedah rawatan tradisional di Malaysia ini diterima pakai di peringkat antarabangsa.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tak Makan Sayur, Tubuh Masih Boleh Dapat Khasiat Ke? Ini Cara Diet Sihat Tanpa Sayur-Sayuran

    Tak semua orang gemar makan sayuran, tetapi masih ramai mahu mengamalkan cara diet sihat. Artikel ini mampu bantu anda yang bencikan sayur!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 24/08/2020 . 3 minit bacaan

    Penangan COVID-19, Rakyat Malaysia Makin Cakna, Simpan Duit Untuk Situasi Kecemasan

    Gaya hidup sihat merupakan pilihan rata-rata rakyat Malaysia pasca PKP COVID-19. Mereka juga kini lebih bersedia dan menyediakan wang simpanan kecemasan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Berita, Berita Tempatan 13/08/2020 . 3 minit bacaan

    Hikmah Di Sebalik PKP, Kajian Buktikan Orang Malaysia Pilih Amal Gaya Hidup Sihat

    Selepas PKP, lebih ramai rakyat Malaysia yang ambil berat terhadap kesihatan diri. Tambah lagi, ramai yang makin cakna menggunakan teknologi telekesihatan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Berita, Berita Tempatan 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Anak Kurus Kering Sebab Kurang Zat? Apa Lagi Salah Faham Tentang Malnutrisi? #6 Paling Top

    Penyakit malnutrisi bukan sahaja menjadi masalah orang yang lapar tetapi diet mereka kekurangan nutrien, banyak mitos yang disalahertikan oleh orang ramai.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 16/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    rasa lapar false hunger

    Asyik Rasa Lapar Saja? Anda Mungkin Makan Banyak Sebab NAFSU! Ini Cara Nak Elak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    bahan masakan

    Nak Makanan Sedap Tapi Perlu Kawal Gula, Lemak? Pesakit Diabetes Boleh Guna 13 Bahan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    tip bersenam

    Siapa Yang Kata Senaman Itu Bosan? Ia Sangat Seronok Jika 7 Perkara Ini Dapat Diatasi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
    kebaikan bersenam

    Kaki Exercise Kena Tahu Ini- Tak Guna Bersenam Setiap Hari Jika Anda Duduk Lebih 10 Jam Sehari!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan