backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Sudah Habis Teran Tapi Tak Keluar, Ini Petanda Sembelit Kronik! Atasi Dengan 5 Cara Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 09/02/2024

    Sudah Habis Teran Tapi Tak Keluar, Ini Petanda Sembelit Kronik! Atasi Dengan 5 Cara Ini

    Memang pedih dan perit setiap kali mengalami kondisi ini lebih-lebih lagi jika anda tidak tahu cara mengatasi sembelit yang betul.

    Ia sudah tentu akan menjadi lebih teruk jika kalian terkena kondisi sembelit kronik yang memerlukan perhatian perubatan lebih ketat.

    Persoalannya, wujudkah petua hilangkan sembelit? Ada, jom ikuti artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih lanjut!

    Apa itu sembelit?

    Sembelit adalah kondisi di mana penderita mengalami kesukaran untuk membuang air besar ekoran najis yang terlalu keras.

    Jika ia terlalu lembut, maka akan terjadi kondisi cirit-birit manakala sembelit pula akan berlaku jika tinja terlalu keras.

    Kondisi ini sering kali dikaitkan dengan risiko buasir kerana penderita cenderung meneran dengan lebih kuat ketika membuang air besar.

    Persoalannya, apakah simptom dan punca ia berlaku? Kenapa jadi sembelit?

    mengatasi sembelit
    Stres juga boleh menyebabkan sembelit.

    Simptom akan terjadi…

    Kekerapan membuang air besar adalah berbeza bergantung kepada individu kerana ada yang akan ke tandas untuk ‘hajat besar’ 3 kali sehari, 3 kali seminggu dan pelbagai lagi tempoh lain.

    Jadi, mungkin definisi sembelit itu sendiri adalah berbeza di antara setiap individu ekoran kekerapan membuang air besar yang tidak sama dengan orang lain.

    Namun ada beberapa simptom yang boleh diperhatikan jika terkena kondisi ini, iaitu:

  • Kurang 3 kali seminggu membuang air besar
  • Sukar untuk membuang air besar
  • Sakit ketika membuang air besar
  • Najis menjadi terlalu keras
  • Rasa kenyang walaupun sudah membuang air besar
  • Mengalami masalah rektum tersumbat
  • Dalam pada itu, ada juga individu yang akan mengalami buasir ekoran perbuatan meneran terlalu kuat ketika proses membuang air besar.

    Punca ia berlaku…

    Adakah sembelit bahaya?

    Penyebab sebenar kepada masalah ini adalah najis yang menjadi terlalu keras dan tidak mampu melalui rektum dengan lancar untuk dibuang.

    mengatasi sembelit
    Antara tip apabila alami masalah sembelit.

    Berikut adalah beberapa faktor risiko yang mengakibatkan kondisi ini:

  • Diet rendah serat
  • Diet tinggi lemak
  • Dehidrasi
  • Pengambilan ubatan tertentu
  • Kehamilan
  • Kelahiran
  • Melancong
  • Masalah kesihatan lain
  • Tabiat tidak sihat seperti menghisap rokok dan meminum alkohol juga dipercayai mampu merosakkan usus lantas menyebabkan kondisi ini.

    Bagaimana cara mengatasi sembelit kronik?

    Namun kalian tidak perlu terlalu risau kerana terdapat beberapa petua mengatasi sembelit yang boleh dicuba.

    #1. Minum air dengan cukup bantu hilangkan sembelit

    Dehidrasi adalah antara punca utama kondisi ini terjadi ekoran tubuh badan kekurangan air untuk melembutkan dan melancarkan pergerakan najis.

    Oleh itu, minum air dengan secukupnya sudah pasti boleh membantu.

    #2. Makan serat dengan ideal

    Serat adalah sebatian di dalam beberapa jenis makanan tertentu yang sangat membantu dalam memastikan usus sentiasa berfungsi dengan baik.

    Oleh itu, makan serat dengan secukupnya untuk usus yang lebih sihat.

    Cara mengatasi sembelit #3. Jangan tahan

    Perbuatan ini tentu sahaja akan menjejaskan usus dan membuat tinja di dalamnya tersekat atau tersumbat lalu menyebabkan sembelit.

    Disebabkan itu, jangan sesekali anda cuba untuk tahan daripada membuang air besar terutamanya dalam tempoh waktu yang terlalu lama.

    mengatasi sembelit
    Jangan biasakan diri menahan daripada membuang air besar.

    #4. Bersenam dengan lebih kerap sebagai petua hilangkan sembelit

    Kelancaran pergerakan najis di dalam usus juga sebenarnya akan banyak dipengaruhi oleh pergerakan tubuh badan anda secara umumnya.

    Cuba untuk tidak terlalu malas dengan hanya baring atau duduk sahaja dan bersenamlah dengan lebih kerap untuk kesihatan tubuh badan secara total.

    Petua hilangkan sembelit #5. Julap

    Sekiranya anda sudah melakukan pelbagai usaha untuk mengatasi sembelit namun tidak berhasil, julap mungkin adalah pilhan terakhir buat anda.

    Julap boleh didapati di farmasi atau klinik namun kalian disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 09/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan