Ini kerana ada di antara kita yang bangun pagi pada waktu tertentu seterusnya membuang air besar terlebih dahulu. Rutin ini akan berubah ketika anda pergi melancong.
Ketiga, faktor dehidrasi. Anda akan mudah mengalami dehidrasi ketika berada di dalam pesawat yang sedang berada pada ketinggian 30,000 kaki.
Kita mungkin hanya meminum air yang sedikit berbanding keperluan tubuh yang sepatutnya. Ketidakcukupan air semasa dalam penerbangan adalah antara sebab anda mudah mengalami kembung perut dan sembelit.
Keempat, faktor mental. Mungkin ada sebahagian daripada kita yang mungkin akan mengalami stres atau sedikit tekanan apabila berada di dalam penerbangan.
Ia juga boleh menyebabkan keresahan atau kegelisahan melampau kepada seseorang individu. Stres akan menyebabkan simptom masalah gastrousus semakin memburuk yang pada akhirnya menyebabkan masalah sembelit.
Apa yang saya boleh buat untuk elakkan sembelit semasa dalam penerbangan?
Petua hilangkan sembelit 1: minum banyak air

Petua hilangkan sembelit yang pertama ialah minum banyak air. Minum banyak air boleh membantu anda mengelakkan diri daripada mengalami sembelit.
Walau bagaimanapun, cuba elakkan daripada mengambil minuman beralkohol dan juga minuman berkafein kerana jenis minuman seperti ini boleh menyebabkan anda mengalami dehidrasi.
Pilihan terbaik ialah dengan meminum air kosong, jus buah-buahan atau sup. Sentiasa bawa botol air bersama anda ketika anda melancong.
Petua hilangkan sembelit 2: perhatikan respon tubuh anda
Sekiranya tubuh anda telah menunjukkan tanda-tanda untuk anda membuang air, usaha untuk terus ke tandas bagi membuang air.
Jangan sesekali menangguhkannya kerana najis yang berada terlalu lama dalam rektum akan menjadi lebih keras. Semakin keras najis anda, semakin sukar untuk anda membuangnya.
Petua hilangkan sembelit 3: cuba kekal dengan rutin anda
Petua hilangkan sembelit kedua ialah kekalkan rutin tubuh anda. Tubuh manusia mempunyai jam biologi atau dalaman yang mempengaruhi rutin harian tubuh kita.
Bagi mengelakkan masalah sembelit, cuba untuk kekal dengan rutin harian anda sama ada waktu tidur dan waktu biasa anda membuang air.
Kekal dengan rutin harian tubuh akan membantu sistem pencernaan anda kekal pada rutin hariannya.
Petua hilangkan sembelit 4: ambil makanan berserat

Petua hilangkan sembelit seterusnya ialah makan makanan berserat. Serat pemakanan amat penting untuk memastikan pergerakan usus anda berada dalam keadaan yang konsisten.
Antara jenis makanan yang kaya dengan serat ialah buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan juga roti.
Walau bagaimanapun, anda juga perlu mengambil jumlah air banyak apabila anda mengambil jumlah serat yang banyak. Ini untuk mengelakkan masalah sembelit akibat kekurangan air dalam tubuh.
Kesimpulan
Bercuti adalah sesuatu yang sememangnya menyeronokkan. Walau bagaimanapun, sembelit adalah sesuatu yang sangat tidak menyenangkan.
Oleh itu, cuba kekal untuk sentiasa melakukan rutin harian tubuh anda walaupun anda sedang bercuti. Jika anda biasa membuang air besar pada jam 6 pagi, lakukannya juga pada sekitar waktu yang sama.
Kami tidak mahu anda kekal mengalami sembelit di sepanjang perjalanan anda ketika bercuti.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen